Cita

download Cita

of 2

description

CITA

Transcript of Cita

Cita Cita Saya

(ingin membina bangunan yang tinggi ) kenapa?

( jurubina) apa? 1

4 2Penutup (beritahu ibu) (apakah apa kata ibu? Perasaan kamu) (gembira, rajin belajar) 3

apa kamu akan buat? ( belajar bersungguh-sungguh ) contoh?

(siapkan kerja rumah,pergi tuisyen,dengar

nasihat, membaca buku dan lain-lain) Cita Cita Saya

Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurubina. Saya memilih kerjaya ini kerana saya ingin membina bangunan-bangunan yang tinggi seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur. Semua orang akan berasa bangga apabila melihat bangunan yang akan saya bina suatu hari nanti.

Saya memberitahu ibu tentang cita-cita saya. Ibu berasa gembira dan menasihati saya supaya rajin belajar . Jika kita belajar dengan bersungguh-sungguh kita pasti akan berjaya.

Oleh itu, saya mesti belajar dengan tekun. Setiap hari saya akan menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru dan sentiasa mendengar nasihatnya. Selain daripada itu, saya akan menghadiri kelas tuisyen dan membaca buku setiap hari.

Keluarga saya sentiasa memberi galakan dan nasihat kepada saya supaya tidak lupa akan kepentingan pelajaran. Jika kita tidak belajar, kita tidak akan dapat pekerjaan yang baik.

Saya yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguh, saya akan berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita menjadi seorang jurubina.

Cita-Cita

Saya