BOOK COVER ISLAMIC FINANCE CONFERENCE copy - … kerja/aqilah cmief 2016.pdf · 2017-09-21 ·...

17

Transcript of BOOK COVER ISLAMIC FINANCE CONFERENCE copy - … kerja/aqilah cmief 2016.pdf · 2017-09-21 ·...

Kewangan

Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•

PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN

KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016

PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

Disunting oleh:

Sharifah Shazwani Syed Mohamed

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

Amiratul Nadiah Hasan

Suhaili Alma’amun

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

(CMIEF) 2016

Cetakan Pertama, 2016

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan

untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,

sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan dan dicetak oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

http://www.ekonis-ukm.my/

Tarikh dan Tempat Persidangan:

24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama:

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),

Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM

ISBN 978-983-3198-94-8

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iii

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan iii

Kata Pengantar vi

WAQF & CROWDFUNDING

Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan

Wakaf Selangor

Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail

1

Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di

Kuala Langat

Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd

Adib Ismail

8

Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di

Kalangan Negara Islam Terpilih

Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

18

Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:

Kajian di Air Riths Airline.

Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

31

Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian

Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid

43

Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam

Crowdfunding

Oleh Anisa Syazwani Aris

53

Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia

Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62

Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian

Awal

Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor

78

Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:

Satu Tinjauan

Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

89

Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi

Perundangan Malaysia

Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah

Ab. Halim

104

The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A

Proposed Framework

Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,

Mohd Fairuz Md Salleh

129

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iv

TAKAFUL

Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship

Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236

Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:

Prospek & Cabaran

Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245

Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z

Altman

Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264

Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful

Keluarga

Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280

Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful

Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan

291

ZAKAT & PERCUKAIAN

Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan

Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142

Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158

Localization Model for Education Zakat Distribution Among University

Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia

(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)

Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor

167

Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian

Atas Status Anak Negeri

Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181

Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:

Kajian di Malaysia

Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200

Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan

Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213

Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia

Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

v

KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM

Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti

Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir

313

Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam

Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan

Pengguna

Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid

322

Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Akaun Amanah

Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334

Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan

Secara Islam Oleh Kerajaan

Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &

Ruzian Markom

343

Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu

Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357

LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM

Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)

Terhadap Risiko Kecairan

Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367

Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja

Sektor Swasta di Melaka

Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381

Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal

Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394

Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia

Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405

Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi

Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin

Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

vi

KATA PENGANTAR

Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan

KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada

persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan

Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.

Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan

Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia

(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi

Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016

Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang

kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan

Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara

penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui

prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal

berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

181

PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

LOKALISASI AGIHAN ZAKAT PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:

SATU KAJIAN ATAS STATUS ANAK NEGERI

_________________________________________________________________________

Nurul Aqilah Jalaludin

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Emel: [email protected]

Noor Afiqah Che Soh

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Hairunnizam Wahid

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK

Kajian ini adalah berdasarkan kepada kaedah lokalisasi yang telah mula dilaksanakan hasil kerjasama

dari pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Setakat tahun

2015 sebanyak 11 buah universiti awam dan swasta di Selangor turut terlibat dengan kerjasama ini.

Kaedah lokalisasi zakat bermaksud melokalisasikan pungutan dan pengagihan zakat di kawasan itu

sendiri, melalui perjanjian dengan LZS, IPT akan mengutip dana zakat daripada warganya dan akan

mengagihkan juga kepada warganya. Ini menyebabkan pelajar-pelajar bukan anak negeri Selangor turut

mendapat manfaat daripada kaedah lokalisasi ini. Isunya, adakah berlaku kekurangan dana di dalam

usaha mengagihkan kepada asnaf ini? Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan

kualitatif dengan menganalisis data dan temubual yang diperolehi daripada kaunter-kaunter zakat

universiti yang terlibat. Hasil kajian menunjukkan tidak berlaku kekurangan dana di kaunter-Kaunter

Zakat IPT namun begitu kadar agihan adalah berbeza mengikut jumlah yang kutipan oleh Kaunter Zakat

IPT. Ini akan dibincangkan seterusnya di dalam kajian ini.

Kata kunci: Lokalisasi pengagihan zakat, zakat pendidikan

PENGENALAN

Secara teorinya zakat dibayar oleh golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin untuk

tujuan meningkatkan taraf hidup orang yang kurang berkemampuan dan mengurangkan jurang

kekayaan dalam kalangan masyarakat (Azman, Mohammad et.al, 2012) Kesan agihan zakat kepada

golongan berpendapatan rendah dapat meningkatkan permintaan agregat dan meransang

pertumbuhan ekonomi kerana kecenderungan mengguna sut orang miskin lebih tinggi daripada

orang kaya (Zarina Kadri et.al, 2012).

Di Malaysia pengurusan zakat adalah di bawah tangunggjawab kerajaan negeri. Di mana

pengurusan dan pentadbirannya dipertanggungjawabkan kepada Majlis Agama Islam Negeri.

Peranan institusi zakat bukan sahaja untuk mengutip zakat tetapi juga mengagihkan dana zakat

kepada penerima zakat. Zakat yang dikutip daripada pelbagai sumber seperti individu perseorangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

182

syarikat korporat yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf seperti

yang telah disebut di dalam Al-Quran Surah Al-Taubah ayat 60 yang bermaksud.

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,

dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang

muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak

memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk

(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)

dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

ketetapan (yang datangnya) dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,

lagi Maha Bijaksana.

Ayat di atas juga menunjukkan bahawa agihan kepada lapan golongan asnaf memerlukan agihan

yang berkesan agar setiap pihak mendapat hak mereka selari dengan penegasan dan penjelasan

yang nyata tersebut.

Selain daripada itu, menurut huraian (Ahmad Hidayat Buang, 2000) antara asas dalam pengurusan

zakat adalah mempercepatkan agihan. Ini merupakan dasar yang penting kerana ia berkait rapat

dengan kepnetingan golongan penerima zakat terutamanya fakir miskin. Diriwayatkan kepada

Uqbah bin al-Harith bahawa Nabi S.A.W bersembahyang asar dan selepas itu beliau segera

kembali ke rumah dan keluar semula dengan segera. Nabi bersabda “Aku meninggalkan rumahku

sebahagian daripada sedekah dan akau tidak mahu sedekah itu berada semalaman dirumahku”

(Riwayat Bukhari). Al Shaukani mengulas bahawa hadith ini sebagai dalil disegerakan pengagihan

zakat.

Di dalam usaha untuk menambah baik agihan zakat di Malaysia (Muhammad Syukri,

2002) melalui kajiannya telah mengenalpasti bahawa terdapat jurang perhubungan antara pusat

pengurusan zakat dengan pembayar dan penerima zakat yang telah membawa kepada kesan yang

negatif. Jurang perhubungan ini timbul adalah disebabkan faktor terlalu luasnya kawasan yang

dipertanggungjawabkan kepada satu-satu pusat pengurusan zakat.

Abd Halim dan Mohd Saladin (2011) melalui kajiannya mendapati bentuk bantuan kepada asnaf

perlu dimantapkan lagi terutamanya dari segi pengagihan pendidikan. Ini kerana bantuan

berterusan dari segi pendidikan kepada golongan asnaf sehingga mereka berjaya adalah sangat

penting, ia dapat mengubah kehidupan dan meningkatkan lagi ekonomi negara dan ummah.,

menerangkan kaedah yang dilaksanakan dalam mengelola dana zakat yang telah dikumpul supaya

dapat diagihkan kepada asnaf yang berhak. Memandangkan peningkatan prestasi kutipan zakat

semakin meningkat maka pengagihan seharusnya meningkat sama supaya dapat mengurangkan

bilangan yang tidak berkemampuan.

Oleh yang demikian, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menjalankan kerjasama dengan

beberapa buah universiti untuk melaksanakan konsep lokalisasi pengurusan zakat bersama pihak

institusi-institusi pengajian tinggi dengan mewujudkan kaunter zakat dibeberapa buah universiti di

Selangor. Kaedah lokalisasi wajar dipandang serius oleh LZS kerana ia dapat membantu pihak

yang memerlukan bantuan zakat, khususnya dalam pendidikan universiti. Ini akan menambahkan

lagi kesedaran asnaf untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dengan

ilmu yang diterima mereka dapat digunakan untuk memajukan diri mereka dan keluarga kearah

yang lebih baik. Di dalam surah at-Taubah ayat 122. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya

(pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap

puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari

secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka

dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu

kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari

melakukan larangan Allah)

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

183

Melalui konsep lokalisasi ini LZS telah menurunkan sebahagian kuasa pengurusan zakat di dalam

kutipan dan agihan kepada pihak universiti. Sedikit berbeza dengan dasar agihan LZS yang

meletakkan syarat anak negeri Selangor bagi melayakkan seseorang menerima bantuan zakat dari

LZS, kaunter zakat IPT menggunakan dasar memungut dana zakat dari warganya dan akan

mengagihkan juga kepada warganya selari dengan perjanjian yang dibuat dengan LZS. Bertepatan

dengan kaedah lokalisasi yang mengecilkan lokalitinya, ia boleh jadi dalam bentuk daerah, mukim,

kampong ataupun qariyah. Agihan di Kaunter Zakat IPT kebanyakan tertumpu kepada pelajar yang

menuntut di IPT berkenaan. Iaitu yang tidak dibataskan unsur kenegerian mereka, malah pelajar

bukan warganegara Malaysia juga turut berkelayakan menerima dana daripada Kaunter Zakat IPT.

Isunya, adakah dengan terlaksananya kaedah lokalisasi ini berlaku kekurangan dana zakat

universiti yang diagihkan kepada pelajar-pelajar yang tidak ditapis status kenegeriannya. Objektif

kajian ini adalah unutk menunjukkan bahawa Lembaga Zakat Selangor melali kaunter IPTnya telah

merentasi batasan tanggungan mereka dengan turut menampung asnaf-asnaf yang bukan berasal

daripada negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Negeri Selangor (anatara negeri yang

mempunyai kutipan zakat tertinggi di Malaysia) turut membantu asnaf-asnaf yang bukan berasal

daripada negeri miskin. Selari dengan kajian daripada (Shirazi, 2009) yang menyarankan Negara-

negara yang mempunyai lebihan dalam dana zakat mereka membantu Negara-negara yang

mengalami kekurangan dana bagi mengatasi isu kemiskinan.

SOROTAN LITERATUR

Keberkesanan kutipan dan pengagihan zakat amat bergantung pada pengurusan oleh institusi zakat.

Faktor yamg mempengaruhi individu membayar zakat secara formal adalah mengenai kepuasan

hati pembayar kepada agihan dan kecekapan pengurusan institusi formal tersebut (Sanep et.al,

2005). Kajian (Hafizah et.al, 2016) menyokong peranan institusi zakat adalah penting. Kajian

tersebut mendapati Selangor merupakan negeri paling cekap dalam pengagihan zakat berbanding

Perak, Negeri Sembilan dan Kedah. Ini berdasarkan data jumlah kutipan dan agihan zakat tahunan

negeri yang menunjukkan negeri tersebut berjaya membelanjakan secara purata 80 peratus daripada

jumlah kutipan zakat setiap tahun. Selain daripada peranan institusi sebagai pemudah cara agihan

zakat, kaedah agihan zakat yang diamalkan juga perlu dinilai oleh individu secara terbuka. Ini

kerana terdapat beberapa kes negatif yang pernah berlaku seperti salahgunakuasa dan pecah

amanah wang zakat, pengurusan yang tidak cekap serta kaedah agihan yang dianggap tidak

memuaskan di peringkat negeri (Ngayesah et.al, 2016). Di dalam perspektif makroekonomi, ada

dua pendekatan dalam menguruskan zakat, yang pertama kaedah sentralisasi dan kedua kaedah

desentralisasi. Menurut kajian (Hudayati, 2011) untuk mencapai kesan pengurusan zakat yang

strategik, kaedah sentralisi merupakan satu-satunya cara terbaik. Dengan menjadikan pengurusan

yang sentarlisasi, koordinasi antara institusi zakat dan pengubah polisi fiskal akan diimplikasi

dengan lebih mudah.

Selain daripada itu, (Sanep, 2010) mengkaji faktor yang mempengaruhi ketidakpuasan hati

individu kepada institusi formal di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan masih ada individu yang

enggan membayar zakat menerusi institusi formal. Amalan ini akan menimbulkan persaingan

kepada institusi formal yang sedang menarik lebih ramai lagi pembayar zakat secara berpusat bagi

meningkatkan agihan dan kutipan zakat dengan lebih berkesan dan telus, ini secara tidak langsung

dapat mengurangkan bocoran zakat, iaitu pembayaran zakat melalui institusi tidak formal dalam

ekonomi. Dalam mempengaruhi orang ramai membayar zakat di institusi formal mereka perlu

menaikkan kepuasan hati individu dahulu, ini dapat dilakukan dengan menambah baik pengurusan

zakat (Sanep, 2006).

Telah banyak kajian yang dijalankan bagi menambah baik kaedah agihan zakat.

(Muhammad Syukri, 2002) misalnya mencadangkan satu kaedah memanfaatkan zakat untuk asnaf-

asnaf secara maksima. Kaedah tersebut dinamakan kaedah lokalisasi zakat. Kaedah lokalisasi zakat

ini bermaksud melokalisasikan pungutan dan pengagihan zakat, dengan memungut dan

mengagihkan zakat di kawasan itu sendiri. Lebihannya boleh diagihkan ke kawasan-kawasan lain

apabila keperluan asnaf di tempat tersebut dipenuhi. Kaedah ini melibatkan proses desentralisasi

keranan dalam merialisasikannya, pusat pungutan zakat harus mengagihkan kuasa memungut dan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

184

mengagih seperlunya kepada kepada kakitangannya di peringkat tempatan. Rentetan daripada

kajian ini (Hairunnizam et.al, 2011) turut mencadangkan masjid sebagai institusi terbaik bagi

menjalankan kaedah lokalisasi. Beberapa pembolehubah diuji untuk menganalisis persepsi amil

dan penerima zakat terhadap institusi masjid. Rata-rata mereka bersetuju kerana ia adalah salah

satu cara memartabatkan institusi masjid dalam aspek pengurusan zakat. Idea ini disokong oleh

Norsuhailly Shaidin (2015) yang juga mencadangkan turut mencadangkan bahawa pihak LZS

mewujudkan lebih banyak kaunter zakat di setiap masjid utama ataupun pusat kegiatan pelajar

yang terdapat di IPT swasta dan awam. Kewujudan kaunter zakat di IPT bukan sahaja dapat

memudahkan proses permohonan, kaedah lokalisasi ini juga akan dapat mengurangkan kerenah

birokrasi dan penolong amil dapat memahami keperluan pelajar. (Mohamad Rizal et.al (2015)

berdasarkan konsep lokalisasi ini mencadangkan satu model pentadbiran pengagihan zakat di

institusi pengajian tinggi dan Kajian ini menjangkakan konsep ini berupaya menyelesaikan masalah

serta mengenal pasti keperluan pelajar selari dengan prinsip agihan zakat yang telah digariskan

iaitu isti’ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah dan fauran.

Di dalam aspek pengurusan zakat pula, amil tempatan sangat berperanan penting kerana

mereka lebih mudah mengenal pasti keperluan asnaf di kawasan masing-masing terutamanya

keperluan oleh kumpulan fakir dan miskin dalam usaha meningkatkan tahap kehidupan mereka.

Amil boleh mengetahui keperluan asnaf sekurang-kurang jumlah zakat yang diperlukan mereka.

Jumlah bantuan zakat untuk kawasan bandar adalah berbeza dengan luar bandar malahan di dalam

bandar juga, kemungkinan bantuan zakat adalah tidak sama. Oleh itu (Hairunnizam et.al, 2011)

telah menjalankan kajian sejauhmana amil telah bersedia menjalankan kaedah lokalisasi, yang

mana kejayaan pelaksanaan kaedah ini amat memerlukan kepada keupayaan, latar belakang serta

kebolehan amil untuk memikul tanggungjawab ini untuk melaksanakannya. Kajian ini

menunjukkan amil sebenarnya sudah bersedia melaksanakan konsep ini namun pihak institusi zakat

perlu mempertingkatkan lagi kualiti amil daripada pelbagai aspek agar konsep ini benar-benar

dapat dilaksanakan dengan cekap dan profesional.

Kajian lain berkenaan lokalisasi agihan zakat di Institusi Pengajian Tinggi oleh

(AzharAhmad, 2015) mendapati zakat memberi kesan terhadap aspek kualiti hidup pendidikan

anak asnaf, Beliau menganggap konsep lokalisasi amat bertepatan dalam aspek membantu pelajar-

pelajar yang lemah dengan melakukan pemantauan berkala dari masa ke semasa. Dengan

menempatkan seorang amil zakat di masjid dan IPT ia bukan sekadar memudahkan para pelajar

untuk berurusan, malah ia sebagai pemantau kepada prestasi para pelajar tersebut agar dapat

memajukan diri dengan lebih dedikasi.

METODOLOGI KAJIAN

Untuk mencapai tujuan kajian dan seterusnya menjawab persoalan kajian, kajian ini dijalankan

dengan menggunakan pendekatan kaedah kajian gabungan (mixed method approaches) yang

diperkenalkan oleh (Creswell, 2003) iaitu secara kuantitatif dan diikuti dengan kajian kualitatif.

Data-data kuantitatif ialah data bilangan pelajar menerima agihan zakat mengikut anak negeri bagi

tahun 2015 yang dikumpul daripada lima buah kaunter zakat universiti iaitu Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor(KUIS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Multimedia

(MMU) melibatkan data agihan zakat pelajar bagi tahun 2015. Manakala data kualitatif diperolehi

daripada temubual yang dibuat bersama beberapa pegawai kaunter zakat universiti iaitu Ketua Unit

Zakat dan Sedekah Universiti Selangor (UNISEL) iaitu Encik Mohd Lukman Bin Taifor, Pengurus

Unit Zakat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Encik Muhamad Nasir bin

Jaafar, Ketua Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu

Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim dan Penolong Unit Zakat Universiti Kebangsaaan Malaysia

(UKM) iaitu Encik Abdul Rahman Bin Ramli.

Data-data kuantitatif yang diterima akan disokong oleh data kualitatif kerana data

kuantitatif sahaja dikhuatiri tidak mampu menguatkan hujah bagi menjawab atau menerangkan

secara generalisasi berkenaan isu yang dibangkitkan. Dengan gabungan kedua-dua kaedah

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

185

penyelidikan ini mampu menerangkan secara terperinci masalah kajian, pada masa yang sama

mampu mengeneralisasikan isu yang dikaji.

DAPATAN KAJIAN

Sejajar dengan peningkatan kutipan zakat di negeri Selangor pada saban tahun, LZS giat

memastikan keberkesanan agihan zakat turut beriringan. Untuk itu, setiap bantuan zakat

diperkemas kini agar keperluannya sentiasa releven dengan kepereluan semasa.

Lembaga Zakat Selangor, sejak kewujudannya menyokong dan yakin bahawa salah satu cara

membawa perubahan kepada penerima zakat adalah menerusi pendidikan. Oleh itu menurut

(Laporan Zakat Selangor, 2014) LZS telah mengagihkan sebanyak 31% bahagian agihannya iaitu

sebanyak RM 161,973,348.00 kepada pembangunaan pendidikan. Ia merupakan peratusan agihan

kedua terbesar selepas agihan kepada pembangunan sosial iaitu 55% bersamaan RM

286,458,592.00.

Rajah 1: Agihan Zakat Mengikut Program Pembangunan

31%

55%

4%

4%

6%

Jumlah Agihan

Pembangunan Pendidikan Pembangunan Sosial

Pembangunan Ekonomi Pembangunan Institusi Agama

Pembangunan Insan

Dapat juga dilihat, penyaluran wang zakat telah diperkukuhkan melalui lima program

pembangunan utama melibatkan Pembangunan Sosial, Pembangunan Ekonomi, Pembangunan

Pendidikan, Pembangunan Insan dan Pembangunan Institusi Agama.

Agihan di bawah program Pembangunan Pendidikan ini juga termasuk dengan agihan

pendidikan kepada kaunter-kaunter zakat universiti. Jadual 1 menunjukkan purata dan peratusan

agihan pelajar mengikut negeri.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

186

Bil Negeri Bil. Pelajar Peratusan Bil. Pelajar Peratusan Bil. Pelajar Peratusan Bil. Pelajar Peratusan Bil. Pelajar Peratusan

1 Johor 373 10.99 311 10.55 367 9.72 27 5.89 24 10.39

2 Kedah 384 11.31 262 8.89 309 8.18 57 12.45 12 5.19

3 Kelantan 726 21.38 553 18.79 834 22.09 77 16.81 8 3.46

4 Melaka 118 3.48 67 2.27 96 2.54 13 2.84 15 6.5

5 N. Sembilan 112 3.3 94 3.19 72 1.91 15 3.28 17 7.36

6 Pahang 263 7.75 270 9.16 224 5.94 40 8.73 18 7.79

7 P. Pinang 97 2.86 304 10.31 213 5.64 11 2.4 11 4.76

8 Perak 319 9.4 42 1.42 219 5.8 29 6.33 16 6.92

9 Perlis 54 1.59 69 2.34 0 0 10 2.18 0 0

10 Selangor 209 6.16 167 5.67 669 17.7 116 25.32 72 31.17

11 Terengganu 327 9.63 46 1.56 543 14.39 21 4.59 14 6.06

12 Sabah 148 4.36 397 13.47 60 1.59 23 5.02 3 1.3

13 Sarawak 60 1.76 298 10.11 21 0.56 1 0.22 4 1.73

14 W.P (K.L) 199 5.86 65 2.2 147 3.9 17 3.71 15 6.49

15 W.P. (Labuan) 0 0 1 0.03 0 0 1 0.22 0 0

15 W.P. (Putrajaya) 6 0.18 2 0.07 0 0 0 0 2 0.87

3395 2948 3774 458 231

KUIS MMU

Jumlah

Universiti UKM UPM UIA

Jadual 1: Peratusan Agihan Zakat Pelajar Mengikut Negeri di IPT

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

187

Melihat kepada Jadual 1, analisis data agihan zakat pelajar UKM, UPM dan UPM menunjukkan

anak negeri Kelantan merupakan penerima agihan zakat terbanyak iaitu masing-masing sebanyak

21.38%, 18.79% dan 22.09%. Manakala bagi anak negeri Wilayah Persekutuan Labuan bagi setiap

IPT mencatatkan jumlah hampir tiada iaitu daripada 0% hingga 0.3%.

Bagi agihan zakat di UKM, anak negeri kedua terbanyak adalah Kedah (11.31%) diikuti,

Johor (10.99%), Terengganu (9.63%) dan Perak (9.4%). Berbeza sedikit dengan UPM, agihan

terbanyak seterusnya kepada anak negeri Selangor (13.47%), Johor (10.55%), Perak (10.31%) dan

Kedah (8.89%). Melihat pula kepada data agihan UIAM menunjukkan anak negeri Selangor

menerima agihan kedua terbanyak iaitu 17.7%, diikuti Terengganu (14.39%), Johor (9.72%) dan

Kedah (8.18%). Seterusnya data dari KUIS menunjukkan anak negeri Kelantan sebagai penerima

agihan zakat kedua terbanyak iaitu 16.81%, Ketiga, Kedah (12.45%), Pahang (8.73%) dan Perak

(6.33%). Akhir sekali melihat kepada data agihan zakat pelajar MMU menunjukkan anak negeri

Johor mencatatkan penerima agihan kedua terbanyak iaitu Johor (10.39%), diikuti Pahang (7.79%),

Negeri Sembilan (7.36%) dan Perak (6.92%).

Jadual 2: Kedudukan Peratusan Agihan Zakat Pelajar Mengikut Negeri

Kedudukan Negeri Purata

Keseluruhan

Peratusan

1 Kelantan 440 20.34

2 Selangor 293 13.55

3 Terengganu 241 11.14

4 Johor 220 10.18

5 Kedah 205 9.48

6 Perak 177 8.19

7 Pahang 163 7.54

8 W.P (K.L) 89 4.12

9 P. Pinang 80 3.7

9 Sabah 80 3.7

11 Melaka 62 2.86

11 N. Sembilan 62 2.86

13 Sarawak 26 1.2

14 Perlis 21 0.97

15 W.P.

(Putrajaya)

2 0.09

16 W.P. (Labuan) 1 0.05

Jadual 2 menunjukkan kedudukan dan nilai purata keseluruhan agihan zakat pelajar di IPT (UKM,

UIAM, KUIS, MMU dan UPM). Kedudukan pertama keseluruhan menunjukkan anak negeri

Kelantan merupakan penerima agihan teramai iaitu secara purata seramai 440 orang iaitu sebanyak

20.34%.

Agihan Zakat Pelajar di IPT

Hasil dapatan menunjukkan tiada dasar yang menetapkan bahawa agihan zakat dari kaunter Zakat

IPT perlu diberikan kepada anak Negeri Selangor ataupun mendahulukan anak Negeri Selangor

dalam proses agihan selari dengan perjanjian Perlantikan Penolong Amil yang dibuat dengan LZS.

Namun begitu memang didapati penerima agihan kebanyakannya datang dari negeri miskin seperti

Kelantan.

Isu berkenaan dengan pelajar menerima agihan dana daripada dua pusat zakat tidak timbul

bagi pemohon yang sudah dikategorikan sebagai anak asnaf, iaitu waris kepada penerima zakat

daripada LZS kerana mereka sudah dibawah tanggungan LZS. Ini bermakna Kaunter Zakat IPT

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

188

akan serta merta menolak permohonan pelajar yang sudah dikategorikan sebagai anak asnaf.

Berbeza dengan pelajar yang menerima zakat daripada negeri-negeri lain selain daripada Selangor,

satu sistem akan digunakan untuk mengenalpasti adakah pemohon(pelajar) layak menerima zakat

daripada Kaunter Zakat IPT.

Dari sudut, berlaku kekurangan dana atau tidak, tidak berlaku kekurangan dana dimana-

mana IPT kajian, cuma apa yang berlaku adalah jumlah agihan akan dikurangkan bagi memastikan

kesemua pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan daripada Kaunter Zakat IPT. Pengkaji juga

mendapati agihan zakat pelajar daripada setiap IPT adalah berbeza jumlahnya. Ini adalah kerana ia

mengikut kepada jumlah kutipan yang berjaya dikutip oleh Kaunter Zakat IPT.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Melihat kepada peratusan agihan zakat bagi Pembangunan Pendidikan menunjukkan betapa LZS

menekankan isu pendidikan selari dengan kajian (Brown, 2007) yang menyatakan pendidikan

merupakan salah satu jalan utama membasmi kemiskinan. Jumlah peratusan agihan pendidikan ini

kemungkinan akan bertambah kerana berlakunya pertambahan penerima agihan daripada Kaunter

Zakat IPT. Ini adalah kerana jika dilihat setakat tahun 2015 sahaja sudah 11 buah Universiti

menubuhkan Kaunter Zakat IPT hasil kerjasama dengan LZS dan jika dilihat negeri Selangor

mempunyai lebih 40 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Kerjasama LZS

seterusnya akan menambah lagi beban tanggungan LZS kepada agihan zakat pendidikan. Namun

begitu, pengkaji tidak bercadang menjadikan isu ini negatif.

Rajah 2: Rajah Pelaksanaan Kebanyakan Kaunter Zakat IPT

Kaunter Zakat IPT mempunyai objektif yang perlu dijayakan antaranya adalah menguruskan

agihan bantuan zakat kepada asnaf yang layak menerima bantuan dan melakukan kutipan zakat

bagi kakitangan melalui kaedah potongan gaji bulanan dan bayaran di kaunter zakat yang

disediakan. Kutipan yang berjaya diperolehi oleh Kaunter Zakat IPT akan diserahkan kepada LZS

yang kemudiannya akan diagihkan kembali 50% daripada bahagian hasil kutipan Kaunter Zakat

IPT kepada warga IPT yang layak. Tidak dapat dinafikan bahawa amaun zakat yang sepatutnya

diagihkan ini pastinya bergantung kepada berapa banyak hasil kutipan zakat. Oleh kerana itu,

cadangan bagi menaikkan peratusan agihan Kaunter Zakat IPT perlu dipertimbangkan agar agihan

di peringkat IPT dapat diselaraskan.

Kaedah lokalisasi ini juga membantu mengurangkan keciciran asnaf yang layak menerima

zakat. Rata-rata Kaunter Zakat IPT melakukan hebahan yang munasabah bagi mempromosikan

bantuan yang diberi oleh Kaunter Zakat IPT dan ada juga IPT yang menjalankan kerjasama dengan

Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam mengesan asnaf-asnaf yang layak dan memerlukan.

LZS melalui kaunter Kaunter Zakat IPTnya telah melangkawi batasan negerinya dalam

mengagihkan zakat kepada asnaf yang layak tidak mengira kepada status kenegerian mereka.

Malah dengan kewujudan Kaunter Zakat IPT ini, ia turut membantu pelajar luar Negara yang rata-

ratanya dikategorikan sebagai Ibnu Sabil. Ini adalah selari dengan teori kaedah lokalisasi yang

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

189

dikaji oleh (Muhammad Syukri, 2002) yang dijalankan dengan melokalisasikan pungutan dan

pengagihan zakat, dengan memungut zakat dari orang-orang tempatan yang berada dan

mengagihkannya kepada asnaf-asnaf zakat di lokaliti itu sendiri juga. Ini bermaksud kutipan zakat

dipungut daripada pekerja-pekerja yang bekerja di Universiti berkenaan kemudian agihan juga

turut akan diberikan kepada warga Universiti itu juga tidak kira status kenegerian mereka. Melalui

kaedah lokalisasi ini juga telah menunjukkan bahawa LZS sebagai salah satu negeri yang

mempunyai kutipan zakat tertinggi di Malaysia telah menjalankan tanggungjawabnya membantu

negeri-negeri yang kurang kutipan zakatnya seperti Kelantan.

Namun begitu, masih perlu kerjasama antara LZS dengan Pusat Zakat Negeri-negeri

(PZNN) lain di Malaysia dalam memastikan agihan dapat diperluaskan lagi kepada mereka yang

layak di lokaliti sesebuah IPT. Sekiranya berlaku kekurangan dana, PZNN perlu bersedia

menyalurkan sejumlah dan yang patut bagi memenuhi keperluan anak negeri mereka. Tidak

dinafikan akan berlaku isu berkenaan dengan bidangkuasa jika kerjasama ini dipertimbangkan,

namun, ini adalah suatu perbincangan yang mana dari sudut perlaksaan akan diserahkan kepada

pihak berwajib untuk memikirkan bagaimana mungkin unutk menjalankan kerjasama ini.

KESIMPULAN

Memberi bantuan kewangan untuk pendidikan sedikit sebanyak membantu golongan ini keluar dari

kemiskinan. Pendidikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf

terutama di kalangan fakir dan miskin. Pendidikan dan pembelajaran yang berterusan di setiap

peringkat sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi sehingga berjaya dapat membuka peluang

pekerjaan yang cerah dan menjamin masa depan yang baik. Kerjaya yang baik hasil daripada

pendidikan yang berterusan dapat mengeluarkan golongan asnaf ini daripada kepompong

kemiskinan dan kefakiran. Di samping itu kelulusan yang baik di peringkat pengajian tinggi dapat

menjamin kerjaya yang baik dan menangani masalah pengangguran di kalangan remaja (Azman,

2014). Pengkaji di akhir kajian ini mendapati bahawa LZS telah giat berusaha menyalurkan

bantuan zakat kepada golongan asnaf tanpa mengira status kenegerian mereka dan usaha seperti ini

harus dipuji. Walaubagaimanapun, perlu ada usaha daripada PZNN lain untuk membantu anak

negeri mereka masing-masing supaya dapat mengurangkan beban LZS dalam menanggung asnaf-

asnaf yang ada terutama di bawah Program Pendidikan. Pegawai di Kaunter-kaunter zakat juga

turut mencadangkan bahawa perlunya kajian komprehensif lain berkenaan dengan Had Kifayah

dikira berdasarkan kemampuan pelajar itu sendiri dijalankan, kerana pelajar mempunyai

tanggungan perbelanjaan berbeza-beza mengikut jurusan masing-masing

RUJUKAN

Abd, Halim, & Mohd, Saladin, (2011). ‘Pengurusan Agihan Zakat: Fiqh Zakat Malaysia. Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ). Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Ataina, H, & Achmad, T. (2010). Management of Zakah: Centralised Vs Decentralised Approach.

Seventh International Conference – The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy.

351-374.

Azhar, A, M., Hairunnizam, W., & Sanep, A. (2015) Kesan Bantuan Zakat Terhadap Prestasi

Akademik Pelajar: Kajian Terhadap; Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor Di Institusi

Pengajian Tinggi. Seminar Zakat Peringkat Kebangsaan. Isu Kontemporari Pengurusan Dan

Pembayaran Zakat Di Malaysia. 93-107.

Azman, A, R., & Siti, M, A., (2014) Dana Zakat dalam Pendidikan Asnaf danv Sumbangannya

Terhadap Ekonomi Malaysia. PROSIDING PERKEM ke-9. 208 – 215

Creswell, J. W. and V. L. P. Clark (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research,

SAGE Publications.

Hafizah, Z., Siti Khalilah, B., Rahayu M, Y., & Siti, N, Z, O. 2016. Managing Zakat Fund in

Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 1: no. 2

(2016) 46–53.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

190

Hairunnizam, W., Sanep, A. & Radiah, A.K. (2011) The 5 Th Isdev International Islamic

Development Management Conference (Idmac 2011) Islamic Marketing & Asset

Management. Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV) University.

Muhammad Rizal, J., Hairunnizam, W., & Sanep, A. (2015). Lokalisasi Unit Zakat Institusi

Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan. Prosiding

Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 81-93.

Muhammad Syukri, S. (2002). Lokalisasi Zakat: Satu Cadangan Teoritis. Muzakarah Pakar Zakat

Anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1-15.

Ngayesah, S., Hamid, A., Jamaliah, W., & Jusoh, W. (2016) Corporate Image of Zakat Institution

in Malaysia. 1-15.

Norsuhailly, S., Hairunnizam, W. & Sanep A., (2015) Melokalisasikan Urus Tadbir Pengagihan

Zakat Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor Di Institusi Pengajian Tinggi. Seminar Zakat

Peringkat Kebangsaan. Isu Kontemporari Pengurusan Dan Pembayaran Zakat Di Malaysia.

29-44.

Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan., M. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya

Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management

Studies 13 (2), 175-196.

Shirazi, N.S., & A., M.F. (2009) Poverty Elimination Through Potential Zakat Collection in The

OIC-Member Countries: Revisited. Pakistan Develepment Review, 48(4), 739-753.

Zainal, H. (2016). Managing Zakat Fund in Malaysia, 1(2), 46-53.