Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

22
FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION SEMESTER SEPTEMBER 2013 MPW1113/MPW2113 BAHASA KEBANGSAAN A NO. MATRIK : R336825001 NO. KAD PENGENALAN : A1031320 NO. TELEPHONE : 012-2856722 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI

description

Bahasa Kebangsaan Malaysia-Sejarah Ejaan Baku Bahasa Malaysia

Transcript of Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

Page 1: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA

COMMUNICATION

SEMESTER SEPTEMBER 2013

MPW1113/MPW2113

BAHASA KEBANGSAAN A

NO. MATRIK : R336825001

NO. KAD PENGENALAN : A1031320

NO. TELEPHONE : 012-2856722

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI

Page 2: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

1

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan……………………………………………………………………………………2

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

di Malaysia dan Indonesia Sebelum Pembakuan Dilaksanakan……………………………...3

2.1 Ejaan Rumi Crawford………………………………………………………………...4

2.2 Ejaan Rumi Thomas Bowrey…………………………………………………………4

2.3 Ejaan van Ophuijsen…………………………………………………………..5

2.4 Sistem Ejaan Wilkinson……………………………………………………....5

2.5 Sistem Ejaan Rumi Za’ba…………………………………………………………….6

2.6 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia………………………………………………………..7

2.7 Sistem Ejaan Rumi Kongres………………………………………………………….7

2.8 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan

Bahasa Melayu Universiti Malaysia (PBMUM)……………………………………..8

3.0 Sejarah Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM)

dan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM),

Peranan dan Fungsinya Dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu……………9

4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di

Malaysia dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu…………………………..11

5.0 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Terkini yang Digunakan di Malaysia……………...….12

5.1 Penggunaan Huruf Abjad Rumi……………………………………………………..13

5.2 Huruf Vokal…………………………………………………………………………14

5.3 Huruf Konsonan……………………………………………………………………..14

5.4 Huruf Diftong………………………………………………………………………..16

5.5 Sistem Keselarasan Huruf Vokal…………………………………………………….17

5.6 Perubahan Huruf Konsonan Lama ke Baru…………………………….……………18

5.7 Penggunaan Tanda Koma……………………………………………………………19

6.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………..19

Bibliografi………………………………………………………………………………………..21

Page 3: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

2

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang maju di dunia, sama majunya dengan bahasa lain

seperti Bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain- lain bahasa sejak abad ke-16 dan abad ke-17

(Kamal Shukri, 2007). Ketika itu bahasa Melayu sudah menjadi bahasa perdagangan, bahasa

ilmu, bahasa kesusasteraan, bahasa kerajaan dan bahasa diplomasi tidak sahaja di Tanah Melayu

tetapi di seluruh rantau Malaysia-Indonesia-Brunei. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

dan bahasa resmi di tiga negara berdaulat iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Singapura pula mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu

bahasa resminya.

Menurut Naffi Mat (2006), bahasa baku merupakan variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh

anggota masyarakat untuk digunakan dalam situasi resmi; bahasa yang bentuknya telah

diseragamkan, diterima oleh seluruh penutur bahasa itu sebagai model, ukuran atau rujukan.

Bahasa ini telah melalui proses pengekodan. Disebabkan penggunaan jenis bahasa baku ini

berlaku dalam situasi resmi, maka perlulah ditentukan sifat–sifat bahasa ini yang benar–benar

seragam dan mantap. Dengan demikian, bahasa tersebut dapat memainkan peranannya dengan

berkesan.

Proses memantapkan bentuk bahasa inilah yang disebut proses pembakuan bahasa. Maksud

proses ini ialah melakukan usaha pembinaan bahasa supaya sifat-sifatnya tersusun dan teratur.

Proses pembakuan bahasa berlaku pada beberapa aspek, salah satunya ialah berkaitan dengan

sistem ejaan rumi. Tulisan ini membahas dan membincangkan mengenai sistem ejaan rumi

dalam bahasa Melayu. Perkara yang ditekankan dalam sistem ejaan rumi baku bahasa Melayu

adalah keselarasan vokal, ejaan kata pinjaman dan ejaan kata dasar dan terbitan. Tahap

pembakuan yang terakhir untuk ejaan rumi bahasa Melyu adalah pada tahun 1972 apabila

Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menerima penggunaan Sistem Ejaan Baharu di kedua-

dua Negara (Melebek & Moain, 2006).

Page 4: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

3

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia

Sebelum Pembakuan Dilaksanakan.

Pada abad ke-20 keperluan terhadap sistem ejaan rumi menjadi penting kerana ejaan

Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi

mereka yang tidak dapat memahaminya. Sejak dari permulaan , bahasa Melayu

ditulis dengan huruf Latin oleh pengembara, pedagang, pentadbir dan orientalis

Eropah (Mebelek & Moain, 2006). Usaha-usaha untuk menuliskan kata-kata Melayu

dalam huruf Rumi telah dilakukan dan juga usaha mentranliterasikan tulisan Jawi

kepada Rumi, tanpa mengetahui sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar.

Akibatnya muncullah pelbagai aturan perumian bahasa Melayu yang dihasilkan

daripada pemahaman dan pengetahuan yang berbeza-beza tentang sistem bunyi

bahasa Melayu dalam kalangan yang terlibat. Berbagai huruf digunakan sebagai

lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi -bunyi serapan atau

pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi dalam tulisan-tulisan oleh

orang-orang Inggeris pada abad ke-19 membuktikan wujudnya kekacauan ini.

Dilihat dari sejarah, sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai tulisan bahasa Melayu,

kerana akibat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, daerah Melayu dibahagikan kepada dua

wilayah, iaitu Indonesia yang diletakkan di bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya

di bawah Inggeris (Mebelek & Moain, 2006). Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan

dan ejaan mereka untuk penulisan dalam bahasa Melayu. Sistem ejaan van Ophuijsen (1901)

digunakan oleh Belanda untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua penerbitannya dan

juga untuk berhubung dengan rakyat. Manakala pihak Inggeris menggunakan sistem ejaan

Wilkinson. Berikut adalah beberapa sistem ejaan yang pernah digunakan sebelum Sistem Ejaan

Baharu.

Page 5: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

4

2.1 Ejaan Rumi Crawford

John Crawford telah mencuba untuk merumikan tulisan jawi pada tahun 1848

(Mebelek & Moain, 2006). Beliau mengatakan bahawa skrip Arab sebenarnya tidak

dapat melambangkan huruf bahasa Melayu dengan sempurna tetapi skrip rumi dapat

melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu.

Ejaan Crawford Ejaan Melayu moden

ch- puchuk pucuk

w- luwar luar

n_ balana, buni balanya, bunyi

2.2 Ejaan Rumi Thomas Bowrey

Ejaan ini diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan dijilidkan menerusi Kamus

pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang diterbitkan di (Mebelek & Moain,

2006). Berikut adalah senarai beberapa perkataan Melayu dalam tulisan rumi dalam

kamus yang dicatat oleh Bowrey.

Senarai Bowrey Ejaan Sekarang

Kitta poonea Kita punya

Tuan poonea Tuan punya

Dea poonea Dia punya

Camee poonea Kami punya

Camoo poonea Kamu punya

Deaoran poonea Dia orang punya

Pecataawan Perkataan

Janjeawn Janjian

Page 6: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

5

Todohan Tuduhan

Sistem ejaan Rumi Thomas Bowrey menunjukkan ciri-ciri keantikannya, terutama sekali

dalam penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg, dd, ll, rr, ss dan tt dan gugus vokal

yang sama, iaitu ee dan oo, kesemuanya seolah-olah menonjolkan kepanjangan

konsonan dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal it u.

2.3 Ejaan van Ophuijsen

Pembakuan ejaan Bahasa Indonesia yang pertama kali diadakan tahun 1901 oleh Charles van

Ophuijsen dibantu oleh Engku Nawawi dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim (Mebelek &

Moain, 2006). Hasil pembakuan mereka yang dikenal dengan Ejaan Van Ophuijsen yang

berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Logat Melajoe. Dalam buku

ini telah ditetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonon. Daripada keseluruhan

lambang ini, terdapat sembilan huruf yang berbeza iaitu 2 vokal e’(e), oe (u) dan tujuh konsonan lain antaranya

adalah ch (kh), dj (j), j (y), (k, ?) dan tj (c).

2.4 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson

P ada t ah un 1 90 2 p e r ancan gan e j aan yan g p e r t am a d i T an ah M e l ayu

b e rm ul a apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak,

Pahang dan Negeri Sembilan) mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa

ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson (James T. Collins & Alma E. Almanar,

2005). Sistem ejaan yang dikenali dengan nama Ejaan Wilkinson dirumuskan

dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada Oktober 1904 dalam bentuk

sebuah laporan dan senarai perkataan yang dieja menurut kaedah yang diperakukan oleh

jawatankuasa tersebut. Ejaan ini digunakan di semua sekolah umum. S i s t em e j aan i n i

ad a l ah s am a d an se r agam d en gan yan g d ih a s i l k an d a r i t ah un 1 90 1 h i n gga

ak h i r t ahu n 19 40 -an . Wi lk i ns on m en ggu n ak an p end eka t an t r an s l i t e r a s i

Page 7: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

6

daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Kaedah

transliterasi (atau harfiah) ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu

kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Kamus Jawi-

Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 oleh Wilkinson dianggap unik kerana

abjadnya mengikut abjad Jawi.

2.5 Sistem Ejaan Rumi Za’ba

Sistem ejaan ini disusun dan diperkemaskan dalam beberapa tahun dan termuat dalam beberapa

buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang Sultm Idris Training College

dan terkenal sebelum sistem ejaan baru 1972 (Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin &

Rosdah Omar, 2006). Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan Sekolah. Dari satu sisi,

sistem ejaan ini memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka

ragam yang menyebabkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari

untuk semua urusan yang menggunakan tulisan rumi. Za'ba, yang nama penuhnya Zainal Abidin

bin Ahmad, bertugas sebagai penterjemah dalam tahun 1923, di Bahagian Terjemahan, Jabatan

Pendidikan Tanah Melayu. Za'ba membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai “huruf

saksi” (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam huruf

vokal yang berikut:

Bunyi atas kasar = a halus =

Bunyi bawah kasar = e kasar = o

Bunyi hadapan halus = i halus = u

1. Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan <a> misalnya anak,

ayer, ajak, padang, jala, mata.

2. Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang dilambangkan dengan / / misalnya

nam, mping, ngkau, p dang, k ras, dan s mbah.

3. Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang dilambangkan dengan

<e>. Misalnya esok, elok, ekor, perak, gelek, leher.

Page 8: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

7

4. Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang dilambangkan dengan <i> yang

dilambangkan dengan <i> misalnya ikan, isi, ibu, gigi, kirim, nipis.

5. Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang dilambangkan dengan

<o> misalnya orang, oleh, olok, bodoh, poko, tombong.

6. Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang dilambangkan dengan <u>

misalnya ubah, ukir, ugut, hulu, turun.

2.6 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia

Kecelaruan dalam penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana

adanya pengejaan kata yang masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson dan beberapa sistem

ejaan rumi lain yang digunakan dalam pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit dan

tersebar semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara

penggunaan yang beraneka ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu memperkenalkan

beberapa sistem baru ejaan rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959, salah satunya yang

mendapat perhatian ialah Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia. Sistem ini merupakan sistem ejaan yang

digunakan dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula tahun

1943 di bawah Zainal ‘Abidin bin Ahmad sebagai Ketua Pengarang (Sharifah Nor Syed,

Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar, 2006). Sistem Ejaan Fajar Asia dikatakan sebagai

percubaan pertama dalam usaha menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi

bahasa Indonesia.

2.7 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Ejaan Kongres dihasilkan berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan

perkembangan bahasa Melayu (Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar,

2006). Sistem ejaan ini menurunkan peraturan mengeja dalam huruf rumi menggunakan kaedah

seperti berikut:

Page 9: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

8

1. Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya misalnya a diberi a seperti a

dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri daripada a ,e, é, i, o dan u. Vokal e terdiri

daripada dua bentuk, iaitu e yang tidak bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal

ini diberi nama e pepet. Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (é). Huruf e

bertanda ini diberi nama e taling misalnya sémak, lépak, léhér. Penggunaan e tanpa tanda

lebih banyak daripada é bertanda.

2. Konsonan diberi nama setelah mendapat bantuan daripada vokal a. Konsonan asli dalam

sistem ejaan ini berjumlah 17. Konsonan yang dimaksudkan ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/,

/l/, /m/, /n/, / /, / /, /p/, /q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/ dan /z/

digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana konsonan tersebut hanya digunakan

apabila mengeja kata pinjaman.

2.8 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaysia (PBMUM)

Kaedah ejaan ini digunakan dalam penerbitan jurnal bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan

Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) bermula tahun 1959 (Sharifah Nor Syed,

Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar, 2006). Kaedah ini bukanlah satu kaedah ejaan rasmi

yang diperakukan tetapi merupakan satu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa

Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai ejaan Soewandi dan ejaan

Fajar Asia.

Usaha penyatuan ejaan rumi antara Bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia

bermula pada tahun 1959, menghasilkan suatu sistem ejaan bersama yang disebut ejaan Malindo,

walau bagaimanapun, ejaan ini tidak dapat dilaksanakan. Persetujuan tentang sistem ejaan rumi

bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di

Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dikenali dengan nama

Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

Page 10: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

9

3.0 Sejarah Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan Majlis Bahasa Brunei-

Indonesia-Malaysia (MABBIM), Peranan dan Fungsinya Dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi

Bahasa Melayu.

Menyedari pentingnya penyatuan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun bagi

memastikan kelancaran komunikasi budaya, ilmu, dagang, ekonomi, teknologi, dan lain-lain,

antara negara yang menuturkan bahasa Melayu dan memperlihatkan peranan yang akan

dimainkan oleh bahasa Melayu dan di Asia Tenggara dan di seluruh dunia, maka seawal 1950-an

gagasan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) diutarakan.

Pertemuan antara Jawatankuasa Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia pada 4-7 Disember

1959 dimana Malaysia diwakili Tun Syed Nasir dan Indonesia diwakili Dr. Slamet Mulyana,

menjadi titik permulaan untuk merealisasikan hasrat ini (Mebelek & Moain, 2006). Hasilnya

ialah Sistem Ejaan Malindo yang pelaksanaannya dirancangkan pada Januari 1962. Namun,

konfrontasi Indonesia-Malaysia mengakibatkan pelaksanaannya tertunda sehingga 7 September

1966. Seterusnya, pada 27 Jun 1967 Jawatankuasa Ejaan Malaysia dan Tim Ahli Bahasa

Komando Tertinggi Indonesia (KOTI) membuaat keputusan untuk mewujudkan Sistem Ejaan

Baru yang praktis, ekonomis dan ilmiah.

Dalam kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia, Hussein Onn ke Jakarta pada 23 Mei 1972, suatu

perundingan telah diadakan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Bapak

Mashuri, bagi menghasilkan Pernyataan Bersama berhubung dengan usaha bersama untuk

mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing. Rundingan ini membawa kepada

persetujuan dan penandatanganan Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia (Mebelek &

Moain, 2006). Sebagai lanjutan daripada Pernyataan Bersama yang disepakati pada 23 Mei

1972 di Jakarta, maka suatu persidangan diadakan antara Panitia Ejaan Bahasa Indonesia dengan

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia, pada Jun 1972 di Jakarta. Persidangan ini

mempunyai tujuan untuk menyempurnakan ejaan yang dipakai di kedua-dua negara berdasarkan

perkembangan di kedua-dua negara pada ketika itu, menyemak semula persetujuan mengenai

ejaan bersama yang dicapai pada 27 Jun 1967 dan bertukar fikiran mengenai masalah bersama

dalam bidang bahasa secara umum. Lanjutan daripada Pernyataan Bersama 23 Mei 1972 dan

Page 11: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

10

pertemuan Panitia Ejaan Indonesia/Malaysia pada Jun 1972, maka Majlis Bahasa Indonesia-

Malaysia (MBIM) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 29 Disember 1972.

Untuk memastikan usaha penyelarasan istilah terus berjalan bersesuaian dengan keperluan

zaman, maka sidang/rapat antara kedua-dua negara anggota MBIM diadakan dua kali setahun

dan tempatnya diadakan secara bergilir-gilir, sama ada di Malaysia ataupun di Indonesia.

Sehinggalah pada 8 November 1985, apabila negara Brunei Darussalam menjadi anggota baharu

Majlis, pada sidang Ke-24 di Jakarta, maka tertubuhlah Majlis Bahasa Brunei Darussalam-

Indonesia-Malaysia (MABBIM). Setelah tertubuhnya MABBIM pada 1985, sidang dibahagikan

kepada dua kategori, iaitu Sidang Majlis yang membahas perkara dasar MABBIM, seperti hal-

hal yang berkaitan dengan pedoman bahasa, tatacara kerja sidang, dan Rancangan Lima Tahunan

MABBIM dan Sidang Pakar membahaskan khusus mengenai hal-hal penyelarasan istilah dalam

bidang/subbidang tertentu.

Bahasa Melayu mencapai kejayaan yang baik dalam usaha penyeragaman sistem ejaan rumi

apabila wujud Sistem Ejaan Rumi Baharu yang dilaksanakan melalui MBIM. MBIM berperanan

merumuskan kaedah-kaedah membuat istilah yang serupa di Indonesia dan Malaysia. Pada tahun

1975 Majlis ini (Sidang VI) berjaya merumuskan petua-petua membina istilah bersama tetapi

buku berkenaan dengannya diterbitkan serentak hanya pada 1978 berjudul “Pedoman Umum

Ejaan Bahasa Malaysia” (di Malaysia) dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia Yang di

sempurnakan (di Indonesia), serta Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (di

Malaysia) dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Indonesia (di Indonesia). Elemen

terpenting dalam pedoman peristilahan ini ialah ejaan perkataan Inggeris yang hanya hendak di-

Melayukan (di Malaysia atau di Indonesia) dengan pengubahan ejaannya sahaja (kerana tiada

padanannya yang sesuai dalam bahasa Melayu Malaysia/Indonesian semasa) tidak lagi dieja

mengikut bacaan perkataan Inggeris itu tetapi dipentingkan segi visualnya.

MBIM juga mempunyai peranan untuk menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang ilmu;

tumpuan diberikan pada ketika itu terhadap bidang sains asas, seperti biologi, kimia, fizik, selain

bidang sains kemasyarakatan. Hasilnya, terbitlah buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah

Page 12: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

11

Bahasa Melayu pada 1975 dan Panduan Penyusunan Kamus Istilah pada tahun 1982 (Mebelek

& Moain, 2006).

4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia dalam Pembakuan Sistem Ejaan

Rumi Bahasa Melayu

Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan dengan nama asalnya Balai

Pustaka. Hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III di Singapura dan Johor

Bahru pada September 1956, kerajaan bersetuju dengan satu daripada cadangan Kongres,

menukar nama Balai Pustaka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (Sulaiman Masri, Mashudi

Bahari & Juliyana Mohd. Junid, 2007). Matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1)

Ordinan 1959, dengan pindaan pada tahun 1972 adalah seperti yang berikut:

(i) Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan

(ii) Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan

(iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,

risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan

(iv) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa

kebangsaan

DBP mempunyai matlamat jangka paanjang iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran

negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti

kegiatan kebudayaan, kegiatan intelektual, ekonomi dan perdagangan.

DBP berperanan penting dalam menyusun sistem ejaan rumi baharu bagi bahasa Melayu DBP

telah menerbitkan buku Pedoman Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975. Sistem ejaan baru

ini merevisikan sistem ejaan sebelumnya misalnya daripada ch kepada c, sh kepada sy, dz kepada

d dan th kepada s. Lambang-lambang kh, ny, gh dan ng masih kekal digunakan.

Page 13: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

12

Rancangan pengisian bahasa Melayu juga diusahakan oleh DBP. Banyak buku ilmu dikarang

ataupun diterjemahkan untuk kepentingan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan

universiti. Sastera Melayu juga berkembang pesat, banyak hasil sastera diciptakan dan ramai

penulis dilahirkan di bawah naungan DBP.

Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak bagi penerbitan majalah bahasa seperti majalah Dewan

Bahasa, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, dan Jurnal Bahasa. Begitu juga buku sastera, ilmiah,

fiksyen ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu dengan sasaran utama ialah pelajar dan

golongan pembaca buku.

DBP dijadikan sebagai tempat rujukan oleh para pelajar dan golongan pendidik dalam

mempelajari bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat hanya dapat

dirujuk daripada DBP. DBP menjadikan media massa sebagai medan menyalurkan maklumat

kepada umum iaitu masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, kita juga boleh melayari Internet

dengan membuka laman webnya. DBP turut memperkenalkan perkataan-perkataan baru

bersertakan pengertiannya.

5.0 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Terkini yang Digunakan di Malaysia

Ejaan Rumi Baharu (ERB) tahun 1972 merupakan hasil daripada pemikiran yang berlandaskan

prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk

keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berbeza latar belakang sosiolinguistik dan sejarah

perkembangannya, ERB dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua

pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan ERB menunjukkan prinsip-

prinsip kesederhanaan, linguistik, ekonomi, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi

yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu.

Page 14: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

13

5.1 Penggunaan Huruf Abjad Rumi

Dalam sistem ERB, terdapat 26 abjad yang digunakan. Lima daripadanya ialah huruf vokal dan

21 huruf konsonan dengan tambahan lima huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, ny dan sy.

Huruf contoh

Besar Kecil

A a ayam

B b basikal

C c cacing

D d dayang

E e ekor

F f fasal

G g gayung

H h hilang

I i ikan

J j jari

K k kaki

L l lancung

M m masuk

N n nanas

O o olah

P p pisang

Q q Quran

R r rakit

S s saying

T t takut

U u ular

V v vitamin

W w wayang

X x xenon

Y y yuran

Page 15: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

14

Z z zakat

5.2 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang

melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti jadual di bawah.

Huruf Fonem di depan di tengah di belakang

a

e

i

o

u

[a]

[ə]

[ɛ]

[i]

[o]

[u]

sapi

emak

enak

itu

oleh

usang

badi

sena

petak

simpan

kota

tunas

lupa

imperialisme

tauge

sini

pidato

siku

5.3 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti

jadual di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang

/b/

/c/

b

c

bahasa

cakap

sebut

kaca

adab

Mac

Page 16: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

15

/d/

/f/

/g/

/ğ/

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

/ŋ/

/ń/

/p/

/q/

d

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

ng

ny

p

q

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

lekas

maka

nama

ngilu

nyata

pasang

Qur’an

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

alas

kami

anak

angin

hanya

apa

wuquf

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

kesal

diam

daun

pening

-

siap

buraq

Page 17: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

16

/r/

/s/

/ś/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

r

s

sy

t

v

w

y

(i) z

(ii) x

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zaman

xenon

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat

-

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz

-

5.4 Huruf Diftong

Huruf diftong ialah bunyi rangkap gabungan yang dihasilkan dari dua huruf vokal. Dalam bahasa

Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam

jadual di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang

/ai/

/au/

ai

au

aising

aurat

ghairah

trailer

saudara

pandai

harimau

Page 18: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

17

/oi/

oi

auditorium

oidium

boikot

amboi

5.5 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata

dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada

suku kata akhir tertutup. Pola keselarasan huruf vocal:

(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna

sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil. Suku kata praakhir Suku kata Akhir

Tertutup

Contoh Penggunaan

1. a a asal talak halaman

2. a i alih tarik parit

3. a u asuh datuk baruh

4. e (pepet) a emas kelam selam

5. e (pepet) i betik ketil lebih

6. e (pepet) u belut telur perut

7. e (taling) a elak dewan perang

8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh

9. e (taling) o elok belok telor

10. i a bilah kilang selinap

11. i i intip pilih sisih

Page 19: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

18

12. i u pikul ribut tidur

13. o a otak borang sekolah

14. o e (taling) oleh boleh celoteh

15. o o obor borong kelompok

16. u a ulat bulat ketupat

17. u i ulit kulit putih

18. u u untuk buluh seluruh

5.6 Perubahan Huruf Konsonan Lama ke Baru

Daripada 26 huruf konsonan terdapat lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama

kepada ejaan rumi baharu. Contohnya:

Huruf Lama Huruf Baru Contoh Pemakaian kini

ch c chacat

chuci

cacat

cuci

dh d dharab

khadi

mudharat

darab

kadi

mudarat

dz z dzalim

bedza

dzat

zalim

beza

zat

sh sy shaitan

syarat

meshuarat

syaitan

syarat

mesyuarat

th s mithal

ithnin

bahath

missal

isnin

bahas

Page 20: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

19

5.7 Penggunaan Tanda Koma

Terdapat beberapa perubahan dalam penggunaan huruf konsonan daripada ejaan

lama k ep ad a e j aan r u mi b ah ar u i a i t u t and a kom a d i a t a s ( ‘ ) d i gu gu r k an

a t au t e l ah d i gan t ikan dengan huruf konsonan yang baru. Contohnya seperti berikut:

Penggunaan tanda koma Perkataan lama Perkataan baru

T and a kom a d i a t as ( ‘ ) ,

i a i t u yan g sepadan dengan

huruf jawi ( ع), dihapuskan

jika membuka suku kata.

‘alam

rai’i

ma’af

alam

raim

maaf

T and a ko m a d i a t as ( ‘ )

d i gan t i k an d en gan

h u ru f k on so n an k j i k a

m enu t up s uk u k a t a .

ma’na

tama’

ra’yat

mana

tamak

rakyat

T and a kom a d i a t as ( ‘ ) ,

i a i t u yan gsepadan dengan

huruf Jawi Hamzah (ع),

dihapuskan jika membuka

suku kata.

so’al

masa’alah

soal

masalah

6.0 Kesimpulan

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang maju, sudah digunakan sebagai bahasa perdagangan

seawal abad ke-16. Bahasa ini dipakai sebagai bahasa resmi di beberapa negara, iaitu Malaysia,

Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura. Pembentukan suatu bahasa Melayu yang baku

Page 21: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

20

melalui banyak cabaran. Banyak usaha ke arah pembakuan bahasa salah satunya ialah berkaitan

dengan sistem ejaan rumi. Sebelum dipersetujuinya Ejaan Rumi Baharu pada tahun 1972,

terdapat beberapa sistem ejaan yang berlaku, salah satunya yang terkenal ialah sistem ejaan

Za’Ba. Sejalan dengan penubuhan MBIM, sistem ejaan rumi terus mendapat perhatian yang

serius sehingga dilanjutkan dengan penubuhan MABBIM setelah Negara Brunei menjadi ahli.

Peranan DBP juga sangat penting dalam penyelarasan sistem ejaan rumi, seperti isalnya,

mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-

risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Rumusan ERB menunjukkan

prinsip-prinsip kesederhanaan, linguistik, ekonomi, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf

standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu.

Page 22: Assignment mpw1113 Sept2013.pdf

MPW1113/2113

21

BIBLIOGRAFI

James T. Collins & Alma E. Almanar. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamal Shukri. (2007). Bahasa Melayu: Apa sudah Jadi? Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Naffi Mat. (2006). Glosari Pengajian Melayu. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Melebek A. R. & Moain . A. J. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & distributors Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar. (2006). Bahasa Melayu Kertas 1&2

Teks & Rujukan Lengkap. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Sulaiman Masri, Mashudi Bahari & Juliyana Mohd. Junid. (2007). Bahasa Melayu: Siri

Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.