Assg Kecergasan Fizikal
-
Upload
si-pak-janggut -
Category
Documents
-
view
272 -
download
1
description
Transcript of Assg Kecergasan Fizikal
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
SMP PPG MAC 2012
HBPE 1203
KECERGASAN FIZIKAL (SMP)
NAMA : JULIANUS TIOON
NO. MATRIKULASI : 840814125139001
NO. KAD PENGNEALAN : 840814-12-5139
NO. TELEFON : 014-6729336
E-MEL : [email protected]
NAMA TUTOR : VICKNESWARAN A/L NAKAR
SALAPAN
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE
Pengenalan
Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan
setiap murid harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini. Aktiviti ini boleh
dijalankan di dalam bilik atau diluar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti yang
akan dijalankan. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak akan dapat memperoleh
pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat
memberikan pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat,
jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti menyemai kesedaran
murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan. Menyeimbangkan antara
perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.
Mengukuhkan perhubungan danpergaulan di kalangan murid dalam kalangan murid dalam
sekolah dan di antara sekolah. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid
dalam aktiviti yang diceburi. Membina dan meningkatkan disiplin murid. Mewujudkan
budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan. Membina dan meningkatkan kerjasama
dan sumdangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta mewujudkan sekolah
yang berwatak.
Dalam merealisaikan Falsafah Pendidikan Negara dalam aktiviti kokurikulum, murid-
murid perlu mempunyai kecargasan fizikal yang baik dalam mengharungi kehendak
pembelajaran masa kini. Oleh itu, kecergasan fizikal perlu dititikberatkan pengajarannya dan
dalam pendidikan seharian murid. Kecergasan ini boleh dilakukan di sekolah ataupun di luar
sekolah. Di dalam sekolah guru boleh manjalankan aktiviti yang boleh meningkatan
kecergasan fizikal murid seperti naik turun kerusi, lari ulang alik 10 meter dan sebagainya. Di
luar sekolah pula, murid-murid boleh menjalankan aktiviti kecergasan sendiri, bersama rakan
atau keluarga. aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berjoging, berbasikal, berenag dan
sebagainya.
Definisi Kecergasan Fizikal
Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak
aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas
kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan
keputusan yang lemah.
Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan
saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan
fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah
pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh
menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu
fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk
3 hari dalam seminggu.
Kecergasan Fizikal dapat didefinisikan sebagai kemampuan dan kebolehan seseorang
melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk
melakukan aktiviti kesenggangan. Menurut Fall (1980) mendefinisikan kecergasan fizikal
sebagai "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan
fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari
ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula
merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan,
kemahiran dan sebagainya". Menurut Corbin & Lindsey (1984) mendefinisikan kecergasan
fizikal sebagai “keupayaan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisen dan
berkesan. Kecergasan fizikal seharusnya mengandungi 11 komponen yang dapat memberi
sumbangan kepada kualiti hidup secara menyeluruh. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan
kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan, menikmati masa riadah, menjadi sihat,
mencegah daripada penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan-keadaan kecemasan. Baka
membezakan saiz tubuh, personaliti kendiri serta kepandaian seseorang individu. Boleh
dihujahkan bahawa baka menentukan limitasi potensi individu”. Tiap-tiap orang boleh
meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap
kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program
kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan
daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.
Ujian Kecergasan
Ujian kecergasan membolehkan seseorang mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
mereka, dan boleh menilai apa yang perlu diperbaik dan dikembangkan. Ujian kecergasan
bukan sahaja untuk atlet bahkan sebagai seorang yang bersenam biasa pun boleh dan
digalakkan melakukan ujian kecergasan. Ujian kecergasan terbahagi kepada dua iaitu, ujian
kecergasan berlandaskan kesihatan adalah untuk mengetahui kesihatan badan peserta dan
ujian kecergasn berlandaskan perlakuan motor yang mana digunakan untuk mengukur
komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor.
Ujian kecergasan berlandaskan kesihatan adalah seperti:
1. Larian 2.4km,
2. Tekan tubi tanpa henti,
3. Indeks jisim badan,
4. Jangkauan melunjur dan,
5. Lompat jauh berdiri.
Ujian kecergasan berlandaskan perlakuan motor adalah seperti:
1. Lari pecut 30m (kelajuan),
2. Lari ulang-alik 10m (ketangkasan),
3. Mengelecek bola kerangjang (koordinasi),
4. Lompat kuadran (masa tindak balas),
5. Dirian bangau (imbangan) dan,
6. Hand grip dynamometer (kuasa).
Ujian Lompat Kuadran
Ujian lompat kuadran merupakan ujian yang digunakan untuk mengukur komponen
masa dan tindak balas seseorang individu. Masa dan tindak balas merujuk kepada keupayaan
seseorangindividu dalam bertindak balas terhadap rangsangan dalam jangka masa yang
singkat. Ujian ini juga dapat menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan
pantas dengan melompat ke arah yang berlainan dengan kedua-duan kaki memijak petak yang
telah di sediakan. Ujian Lompatan Kuadran ini boleh dijalakan diluar waktu pengajaran
matapelajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga perlu mengambil kira kehendak ujian
mengikut peringkat umur, peralatan ujian dan tempat ujian dijalankan. Kesihatan murid juga
perlu dititikberatkan memandangkan kesihatan murid tersebuat akan mengganggu kosentrasi
ketika melakukan aktivti Ujian Lompat Kuadran.
Objektif
Guru dapat :
1. mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi badan dengan cepat
berdasarkan arahan lompatan.
Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh guru.
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal murid.
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal murid melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan murid berdasarkan prestasi.
Peralatan
pita penanda dan jam randik.
Susunan pelan
panjang setiap garisan bersilang ialah satu meter
3 2
1 4
mula
Prosedur aktiviti
1) Guru menerangkan dan mendemostrasikan cara aktiviti dilakukan
2) Peserta diminta untuk berdiri di belakang garisan permulaan.
3) Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3 dan 4.
4) Lompat dengan kedua kaki ke petak kuadran 1, kemudian ke petak kuadran 2, petak
kuadran 3 dan petak kuadran 4 sebelum kembali ke petak kuadran 1 semula dan
berturutan selama 10 saat.
5) Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan oleh penguji.
6) Peserta melompat dengan kedua-dua kaki ke petak kuadran 1, petak kuadran 2, petak
kuadran 3, petak kuadran 4 dan balik semula ke petak kuadran 1.
7) Lompatan yang berjaya – 1 kiraan mata setiap zon lopatan menggunakan dua kaki.
8) Diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10 saat. Dua percubaan diberikan masa rehat
antara setiap percubaan
Skor
1. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki di
dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.
2. Pendaratan kaki yang tidak betul atau mendarat menggunakan sebelah kaki tidak akan
dikira sebagai 1 skor.
Klasifikasi, Indikator Prestasi dan Pemarkahan Ujian Lompat Kuadran
LELAKI TAHAP PEREMPUAN
› 31 lompatan Cemerlang › 33 lompatan
25-30 Amat Baik 27-32
13-24 Baik 14-26
7-12 Sederhana 8-13
0-6 Lemah 0-7
Klasifikasi untuk Lompat Kuadran
Ringkasan Ujian Lompatan Kuadran
Ujian lompatan kuadran telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kolombong Kota
Kinabalu. Seramai 10 orang murid dari kelas tahun 5 Gemilang telah dipilih untuk menjalani
ujian ini iaitu 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Pemilihan murid dilakukan
secara rawak dan mendapati 4 daripada 5 orang murid lelaki adalah atlet sekolah dan 1
daripada 5 orang murid perempuan adalah atlet sekolah. Ujian lompatan kuadran ini telah
dilakukan di kawasan kantin sekolah selepas waktu persekolahan.
Dapatan Ujian Lompatan Kuadran
Nama Peserta Skor
1 Muhd. Alif Ferhan Sony 29
2 Muhd. Firdaus Bin Norgan 25
3 Andurey Anad Anak Adam 24
4 Muhd. Rozaidi Bin Md Kassim 25
5 Richie Darien Jeuprinjo 22
6 Siti Norfaizah Nasir 25
7 Affer Joys Sheanny Jinus 25
8 Nur Shaerra Salmie Binti Libit 23
9 Nurshazniera Azwa Binti Saptu 22
10 Nurul Asyhiqin binti Ibrahim 23
Analisis Ujian Lompatan Kuadran
1) Peserta pertama adalah atlet sekolah dan dia juga adalah seorang pemain bola sepak.
Dia dapat melakukan lompatan dengan mendarat dua kaki sebanyak 29 kali. Ini
bermakna, murid ini mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dimana dia dapat
mencapai tahap amat baik dalam klasifikasi lompat kuadran.
2) Peserta kedua memperoleh skor sebanyak 25 lompatan dengan dua kaki yang betul.
Peserta ini juga adalh atlet sekolah dalam acara olahraga. keputusan yang diperoleh
dalam ujian lompat kuadran ini mendapat tahap amat baik juga. Ini keran tahap
kecergasan murid ini juga tinggi.
3) Peserta ketiga mendapat skor sebanyak 24 lompatan dengan dua kaki mendarat dengan
betul. Dia juga merupakan alet sekolah dalam acara olahraga. Keputusan yang
diperoleh adalah dalam tahap baik. Semasa melakukan ujian, murid ini hilang
keseimbangan semasa melompat menjadikan dia memperlahankan lompatan dan
mendapat skor 24 lompatan sahaja.
4) Peserta keempat memperoleh skor sebanyak 25 lompatan. Peserta ini juga adalah atlet
sekolah. Dia melakukan lompatan kuadran pada tahap yang amat baik.
5) Peserta kelima melakukan lompatan sebanyak 22 kali sahaja. Kelemahan peserta ini
ialah, dia tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melakukan aktiviti dan
asyik tersalah petak kuadran. Menyebabkan dia kehilangan skor kiraan. Dengan itu,
dia hanya memperoleh tahap baik.
6) Peserta keenam adalah murid perempuan. Dia dapat melakukan sebanyak 25
lompatan. Peserta ini dapat juga adalah atlet sekolah. Semasa melakukan lompatan,
dia hampir terjatuh kerana keterujaan melakukan aktiviti. Keputusannya, dia dapat
mencapai tahap amat baik juga.
7) Peserta ketujuh dapat melakukan 25 lompatan juga. Biarpun peserta ini bukan atlet
sekolah, tapi dia dapat menyaingi skor yang diperoleh oleh atlet sekolah. Murid ini
juga mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dan skor yang diperolehi adalah pada
tahap amat baik.
8) Peserta kelapan dapat melakukan sebanyak 23 lompatan dengan daratan yang betul.
Dia memperoleh tahap baik dan murid ini juga adalah murid yang aktif melakukan
aktiviti sukan semasa Pendidikan Jasmani di sekolah.
9) Peserta kesembilan mendapat skor 22 lompatan. Murid ini dapat mencapai tahap baik.
Peserta ini tidak dapat memperoleh skor yang tinggi kerana, dia adalah murid biasa
yang kurang aktif dalam bidang sukan.
10) Peserta terakhir ini dapat memperoleh skor sebanyak 23 lompatan. Peserta ini
mepunyai tubuh yang agak berisi dibandingkan dengan peserta lain. Namun, peserta
ini masih menunjukkan sikap daya saing dalam melakukan aktiviti lompat kuadran.
Peserta ini dapat mencapai tahap baik.
Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Ujian Lompatan Kuadran
Selepas menjalankan aktiviti Lompatan Kuadran ini, saya dapati terdapat kekuatan dan
kelemahan dalam menjalankan Ujian Lompatan Kuadran ini. Antara kekuatan, kelemahan
ujian lompat kuadran adalah seperti di bawah;
Kekuatan
Kekuatan yang dapat saya perolehi dalam menjalankan aktiviti ujian Lompatan
kuadran ini ialah, ujian ini tidak memerlukan kawasan atau ruang yang besar. Ini adalah salah
satu kekuatan atau kebaikan dalam menjalankan aktiviti ini, di mana ianya hanya perlu ruang
dalam lingkungan seluas 6 meter persegi. Saya telah melakukan aktiviti ini di kawasan kantin
dan ruang yang digunakan adalah sangat kecil. Saya telah memasang garisan bersilang
sapanjang 1 meter dan ruang di sekeliling garisan silang hanyalah dalam 1 meter persegi.
Kekuatan yang kedua ialah, Ujian Lompatan Kuadran ini tidak memerlukan peralatan
yang banyak dan kompleks. Pegawai penilai atau guru hanya perlu menyediakan pita pelekat
atau tali atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk membuat garisan silang sepanjang 1
meter setiap garisan dan garisan mula. Peralatan yang kedua ialah jam randik atau jam digital
juga boleh digunakan. Jam ramdik atau jam digital digunakan untuk mengambil masa murid
untuk melakukan lompatan dan berhenti. Jika tidak ada jam randik atau jam digital, maka
sukar untuk pegawai penilai atau guru untuk menetukan masa 10 ssat mereka semasa
melakukan lompatan. Dengan itu, kekuatan atau kebaikan Ujian Lompatan Kuadran yang
kedua ialah, ujian ini tidak memerlukan peralatan yang banyak.
Kekuatan yang ketiga ialah, penyediaan tempat ujian yang mudah dan senang dibuat.
Ini juga adalah salah satu kebaikan Ujian Lompatan Kuadran. Pegawai penilai atau guru
hanya perlu mengetahui bentuk garisan silang 1 meter, menyediakan garisan tempat
permulaan, dan meletakkan nombor pada setiap petak kuadran. Ini jelas menunujukkan ujian
ini tidak susah untuk disediakan dan ianya boleh disediakan oleh murid atau guru. Tempat
ujian lompat kuadran ini juga boleh dijalankan di koridor sekolah yang mana ia cukup untuk
murid melakukan lompatan.
Kekuatan seterusnya ialah ujian ini tidak memerlukan pengalaman seseorang untuk
mengendalikannya. Pegawai penilai hanya perlu mengikut manual ujian juga boleh
menjalankan ujian ini. Ujian ini juga tidak memerlukan penguji yang banyak. Ia hanya
memerlukan seorang penjaga masa dan seorang lagi mengira dan memerhati kaki peserta
yang melakukan lompatan.
Kekuatan yang lain ialah, pemilihan murid unutk melakukan aktiviti lompatan kuadran
juga tidak mempunyai batas atau faktor untuk memilih peserta ujian. Contohnya, peserta
boleh tergolong kepada murid yang berbadan besar sederhana besar ataupun murid yang
kurus. Ujian lompat kuadran ini hanya perlu murid yang boleh melompat pelabagai arah dan
melompat mengikut turutan nombor pada petak kuadran untuk mendaptkan skor.
Kelemahan
Melalui ujian yang saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kelemahan.
Kelemahan yang pertama yang dapat saya perhatikan ialah, ujian lompatan kuadran ini hanya
doleh dijalankan sekali dalam satu masa. Maksud di sini ialah, hanya seorang peserta sahaja
yang boleh diuji oleh penilai dalam satu masa. Ujian lompat kuadran ini tidak boleh
dijalankan dua peserta dalam satu masa.jika hendak melakukan 2 peserta dalam satu masa,
maka terpaksa untuk membuka satu lagi stesen ujian lompatan kuadran.
Kelemahan kedua yang dapat dilihat ialah, perbezaan permukaan lompatan yang
dijadikan stesen ujian lompat kuadran. Ertinya di sini ialah, jika stesen ujian lompatan dibuat
di atas permukaan simen, maka lompatan murid akan menjadi lebih stabil kerana permukaan
simen yang agak kasar membantu peserta dalam mengimbangi badan mereka semasa
melakukan aktiviti. Namun, jika permukaan lompatan yang dijadikan stesen ialah di atas
permukaan mozek, ini akan memberi impak kepada lompatan peserta. Permukaan mozek
yang agak licin boleh menyebabkan peserta akan mengurangkan kekuatan atau kepantasan
lompatan mereka kerana takut daripada jatuh semasa melakukan ujian.dengan itu, jika ujian
dibuat di kawasan permukaan yang kasar akan memberi skor yang lebih berbanding dengan
ujian di permukaan yang licin. Dengan itu, terdapat ralat semasa melakukan lompatan.
Kelemahan seterusnya ialah, faktor kasut yang digunakan oleh peserta semasa
melakukan ujian lompat kuadran. Kasut yang digunakan juga boleh menyebabkan kelemahan
dalam mencapai skor terbaik peserta. Contohnya, 7 peserta yang saya telah diuji
menggunakan kasut yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Tapak kasut yang dibekalkan oeh
sekolah agak licin dan berat. Manakala 2 peserta ialah pengawas sekolah dan seorang
pengawas pusat sumber yang mana mereka menggunakan kasut yang dibeli sendiri dan bukan
kasut bantuan sekolah. peserta yang menggunakan kasut sekolah semasa melakukan lompatan
kelihatan lebih sukar untuk mengimbangkan badan kerana tapak kasut yang licin. Namun,
peserta yang tidak menggunakan kasut bantuan sekolah lebih stabil dan lompatan yang lebih
konsisten. Maka, peserta yang tidak menggunakan kasut bantuan sekolah akan memberikan
hasil lompatan dan skor yang labih baik.
Kelemahan dari segi pegawai penilai jiga doleh dikira. Contohnya, penguji yang
menjaga masa. Oleh kerana ujian ini dilakukan secara manual dan tidak melibatkan rakaman
terperinci, maka penilai hanya melakukan kiraan dengan masa yang tidak sama. Contohnya,
mungkin pengujin lambat beberapa detik dalam menekan jam mula semasa permulaan
lompatan dan lambat beberapa detik menekanjam semasa lompatan berhenti. Ini mungkin
akan memeri kelebihan 1 atau 2 skor kepada murid. Denga itu, penggunaan penguji masa dan
pengira lompatan secara kasar boleh memberi kelebihan dan kekurangan kiraan skor.
Denganitu, dapat dilihat bahawa kejituan dari segi masa dan ketepatan darata murid perlu
diambil kira.
Penambahbaikan
Hasil dari ujian yang saya telah jalankan, saya dapat melihat beberapa punca
kelemahan dalam ujian ini, dan ini cadangan penambahbaikan juian lompat kuadran ini
seperti;
1. Peserta yang dipilih unutk melakukan ujian perlulah peserta yang mempunyai
kecergasan yang baik dalam melakukkan aktiviti ini. Contohnya, memilih peserta
seperti atlet sekolah.
2. Sebagai penguji, saya dapat melihat bahawa permukaan lompatan perlulah sama
kepada semua peserta. Dengan itu, perlu ada satu set pelapik lompat kuadran mudah
alih yang pasang siap. Contonya, seperti pelapik lompat jauh berdiri. Ia mempunyai
set khas semasa melakukan lompatan. Mungkin juga dengan adanya pelapik khas
lompat kuadran, lompatan peserta akan lebih baik dan seimbang serta dapat
memberikan persembahan yang terbaik dan skor yang lebih tinggi.
3. Faktor kasut juga boleh menyebabkan murid memperoleh skor yang tinggi dan rendah.
Dengan itu, guru atau penguji perlu memberi makluman awal kepada murid supaya
menggunakan kasut yang sesuai untuk melakukan lompatan ini, kerana jika murid
tidak ada persediaan kasut yang sesuai, maka ia akan meberi impak kepada
keseimbangan melakukan lompatan serta akan memperoleh skor yang agak rendah
jika menggunakan kasut yang tidak sesuai untuk melakukan aktiviti.
4. Peserta yang dipilih juga boleh dipilih dari kalangan peserta yang mempunyai
kecergasan yang agak tinggi agar lompatan yang dilakukan lebih baik dan skor yang
diperoleh adalah skor yang baik. Ini juga akan membantu mempercepatkan
pergerakkan proses ujian ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, lompat kuadran ini adalah satu ujian yang dapat menunjukkan
kesesuaiannya atau keberhasilnya untuk menguji masa dan tindak balas yang dilakukan oleh
peserta. Lompat kuadran ini sesuai dijalankan untuk menguji peserta dari tahap 2 di peringkat
sekolah rendah iaitu bermula dari kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan keatas.
Ujian lompat kuadran yang telah saya jalankan berjalan dengan lancar dimana,
peserta-peserta yang telah saya pilih mempunyai kecergasan yang agak baik.rata-rata mereka
dapat mencapai tahap baik dan ada juga peserta yang mencapai skor amat baik
Dengan itu, ujian lompat kuadran ini masih sesuai digunakan untuk menguji masa dan
tindak balas peserta selagi tidak ada teknik ujian yang lebih mudah dan praktikal untuk
menggantikan ujian kuadran ini kerana, walaupan terdapat beberapa lagi aktiviti untuk
menguji masa dan tindak balas peserta, namun lompat kuadran ini adalah salah satu teknik
ujian yang digunapakai dan disahkan keberhasilannya serta mudah untuk dikendalikan.
Rujukan
Mohd Taib Harun (2007). HBPE 1203 Kecergasan Fizikal Edisi Kedua April 2012:.
Selnagor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia . (1998). Panduan Ujian kecergasan Fizikal. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htm
http://www.slideshare.net/BezitaGoku/ujian-lari-24km-1500m-larian-cooperujian-bleep-dan-
satu-ujian-makmal