Asas Pemikiran Tabligh

8
م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل ه ا ل ل م ا س بAsas-asas Pemikiran Jama’at Tabligh Para pengkaji yang ingin meninjau tentang corak pemikiran dan ajaran Jama’at Tabligh biasanya akan menghadapi masalah umum, iaitu kekurangan sumber pertama tentang gerakan ini. Menurut Judith Nagata: Since Tabligh deliberately maintain a relatively low profile and publishes no literature, its views on social and theological issues are harder to access. Pendapat Nagata ini ada asasnya, tetapi agak berlebihan kerana memang terdapat rujukan-rujukan asas tentang pemikiran mereka. Cuma jumlahnya tidak banya, kerana mereka dikatakan lebih mementingkan kegiatan amali daripada kegiatan menulis dan berteori. Sebenarnya, berdasarkan literature yang ada, pemikiran Muhammad Ilyas khususnya dapat dirujuk pada dua buah buku, iaitu Malfuzat: Ucapan-ucapan Hadrat Maulana Muhammad Ilyas dan Mutiara Nasihat Maulana Ilyas & Maulana Yusuf. Tidak syak lagi buku-buku ini mendedahkan hakikat ajaran Muhammad Ilyas yang sangat mengutamakan nilai- nilai zuhud atau anti keduniaan dan anti kebendaan. Berikutnya dibahaskan asas-asas pemikiran Jama’at Tabligh baik yang berkembang di India mahupun yang berkembang di Malaysia. Pertama sekali darpada segi tujuan diwujudkan gerakan Jama’at Tabligh ini, ia adalah berasaskan dua ayat al-Quran, iaitu (maksudnya): Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, ,merekalah orang yang beruntung. (Ali ‘Imran: 104)

description

Mengenai Jemaah Tabligh

Transcript of Asas Pemikiran Tabligh

Asas-asas Pemikiran Jamaat TablighPara pengkaji yang ingin meninjau tentang corak pemikiran dan ajaran Jamaat Tabligh biasanya akan menghadapi masalah umum, iaitu kekurangan sumber pertama tentang gerakan ini. Menurut Judith Nagata:

Since Tabligh deliberately maintain a relatively low profile and publishes no literature, its views on social and theological issues are harder to access.

Pendapat Nagata ini ada asasnya, tetapi agak berlebihan kerana memang terdapat rujukan-rujukan asas tentang pemikiran mereka. Cuma jumlahnya tidak banya, kerana mereka dikatakan lebih mementingkan kegiatan amali daripada kegiatan menulis dan berteori.

Sebenarnya, berdasarkan literature yang ada, pemikiran Muhammad Ilyas khususnya dapat dirujuk pada dua buah buku, iaitu Malfuzat: Ucapan-ucapan Hadrat Maulana Muhammad Ilyas dan Mutiara Nasihat Maulana Ilyas & Maulana Yusuf. Tidak syak lagi buku-buku ini mendedahkan hakikat ajaran Muhammad Ilyas yang sangat mengutamakan nilai-nilai zuhud atau anti keduniaan dan anti kebendaan.

Berikutnya dibahaskan asas-asas pemikiran Jamaat Tabligh baik yang berkembang di India mahupun yang berkembang di Malaysia. Pertama sekali darpada segi tujuan diwujudkan gerakan Jamaat Tabligh ini, ia adalah berasaskan dua ayat al-Quran, iaitu (maksudnya):

Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, ,merekalah orang yang beruntung. (Ali Imran: 104)

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beiman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik. (Ali Imran: 110).

Jadi selaras dengan nama gerakan ini sendiri, matlamat utamanya adalah untuk menjalankan tabligh atau dakwah, iaitu menyeru manusia ke jalan Allah SWT dengan menyuruh kepada yang makruf dan melarang yang mungkar. Kalau boleh, dikatakan suatu ideology itu, sebenarnya Jamaat Tabligh menganut semacam ideologi Tablighisme. Tekanannya yang utama kepada ajaran tabligh menjadikan soal-soal lain seolah-olah kurang penting baginya. Memang pada hakikatnya ia tidak mengabaikan soal-soal lain tetapi yang terpenting ialah melaksanakan tabligh, biarpun anggotanya itu kurang atau tidak berilmu. Dalam sejarah penubuhannya sendiri, kegiatan tabligh ini dijalankan oleh golongan Mewati yang tidak berilmu di Kandhala, iaitu pusat agama dan pendidikan kawasan United Provinces.

Semuanya itu merupakan tujuan atau matlamatnya secara umum. Adapun secara khususnya, gerakan ini berpusat pada dua ajaran pokok iaitu fizikal dan spiritual. Dari segi fizikalnya, tujuannya ialah untuk mengadakan perjalanan tabligh secara berkumpulan dari satu tempat ke tempat yang lain. Manakala dari segi spiritualnya, ia bertujuan menghidupkan kembali semangat dan menyerahkan seluruh kehidupan kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran (maksudnya):

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan; kemudian mereka tidak berasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerimanya dengan sepenuhnya. (Surah an-Nisa: 65)

Tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 65)

Demikianlah secocok dengan namanya sendiri, maka tujuan utama Jamaat Tabligh ialah melaksanakan perjalanan tabligh untuk menyeru dan mengamalkan islam sebagaimana yang dijalankan oleh para nabi dan rasul. Jadi boleh dikatakan misi tabligh ini berjalan serentak dengan amalan, iaitu teori dan praktinya sekali gus. Sambil bertabligh sambil mengamalkannya. Bahkan disamping itu juga belajar melalui kitab dan teladan. Ertinya, mereka bukan sahaja bertabligh dan mengajar, malah belajar dan mengamalkannya. Menurut ajaran maulana Muhammad Ilyas, terdapat enam sifat sahabat yang menjadi prinsip ajaran yang harus dijadikan pegangan asas. Sifat yang pertama sekali ialah prinsip iman, atau biasanya disebut sebagai Kalimah Tayyibah sahaja. Perkara yang dimaksudkan dengan kalimah tayyibah di sini ialah La ilaha illallah, Muhammad al-Rasulullah, iaitu tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Seseorang itu bukan sahaja harus melafazkannya selalu, bahkan perlu memahami pengertian dan falsafah yang terkandung di dalamnya. Dengan menyebutnya kita selalu bukan sahaja mendapat pahala bahkan dapat mengelakkannya daripada menyekutukan Allah dan perbuatan-perbuatan mungkar.

Melihat dari segi ini, jelas sekali keutamaan Iman itu pada pandangan Muhammad Ilyas. Bagaimanapun, selepas menyentuh tentang kepentingan dan keutamaannya, tidak pula dibahaskannya secara lanjut dalam hubungannya dengan realiti kehidupan umat islam di india ketika itu. Ini kerana negeri india ketika itu merupakan negeri ataupun wilayah yang paling banyaknya tersebar kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik yang benar-benar mengancam kemurnian iman dan akidah. Betapa kurangnya perhatian beliau tentang masalah syirik ini dapat dilihat pada jawapan yang diberikannya apabila seseorang yang tertentu datang meminta azimat kepadanya. Jawab Muhammad Ilyas:

Saudara, semoga Tuhan menggembirakanmu. Saya tidak tahu pun tentang tangfkal, azimat, mantera dan sebagainya. Bagfaimanapun jikalau saya dapat membawa perhatian kamu kepada tugas dakwah yang mampu menguatkan iman kamu, itulah manfaat paling besar yang dapat memudahkan urusan kamu di sunia serta menjamin kehidupan yang lebih baik sesudah mati. Saya mahu membuat usaha dakwah walaupun saya tidak mendakwa bahawa saya tahu apapun mengenainya.

Demikian juga cara jawapannya pada ketika yang lain:

Saya tidak tahu apapun tentang tangkal dan azimat. Bagfi saya, tugas dakwah itu adalah ubat bagi segala penyakit. Penyebaran agama akan menggembifrakan Tuhan dan Nabi Muhammad SAW akan merasa bahagia di dalam makam baginda yangf suci. Apabila Tuhan gembira, nescaya Dia akan membetulkan segala-galanya secara automatik.

Darpada jawapan-jawapan seumpama ini, jelas sekali yang Muhammad Ilyas lebih gemar berbicara tentang kegiatan tabligh daripada menyentuh masalah syirik. Walaupun didapati beliau sama sekali tidak melayani permintaan untuk memberi azimat atau tangkal, namun beliau tidak pula menyebutnya dengan tegas bahawa azimat dan tangkal itu adalah amalan syirik belaka sebagaimana banyak disebut dalam Hadis-hadis sahih. Pendek kata, keutamaannya kepada matlamat perjuangannya untuk bertabligh mengatasi persoalan-persoalan lain.

Mengiringi prinsip pertama ialah prinsip kedua, iaitu solat (Namaz). Sebenarnya, menurut Muhammad Ilyas, Kalimah (Tayyibah) dan Namaz ini merupakan dua prinsip yang asasi dan terpenting. Bahkan ketika beliau mula-mula menggerakkan tabligh di Mewat, dua prinsip inilah yang ditekankan dulu. Fadilat solat adalah terlalu banyak jika hendak diperhitungkan, apalagi jika ia secara berjemaah. Muhammad Ilyas sememangnya cukup mementingkan solat Jemaah, sesuai dengan kedudukannya sebagai pendukung mazhab Hanafi yang menekankan hukum solat Jemaah sebagai wajib. Ketika menyentuh tentang kepentingan Kalimah dan Namaz ini, Muhammad Ilyas berkata:

Matlamat serta tugas kita adalah untuk mengajar umat Islam semua perkara yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, seperti untuk menyatupadukan ummah dengan struktur konsep serta amalan yang syumul. Itulah objektif utama kita. Tugas mengeluarkan jemaah-jemaah Tabligh untuk kerja dakwah adalah perkara-perkara asas untuk mencapai maksud tersebut, sedangkan ajaran tentang Kalimah dan Solat adalah umpama mengajar tentang ABC (iaitu abjad-abjad) dalam kurikulum kami.

Sebenarnya penekanan kepada prinsip Namaz atau solat itu harus dikaitkan dengan sikap Muhammad Ilyas sendiri terhadap suasana keagamaan pada zamannya. Baginya, masalah dan penyakit umat islam yang terbesar ketika itu ialah kejahilan tentang agamanya sendiri, terutama tentang ajaran dan kewajipan-kewajipan yang paling asas.

Sesuai dengan pandangan kesufian yang menguasai dirinya, maka tuntutan yang paling mendesak baginya ialah penanaman ilmu pengetahuan yang asas tentang islam serta amaln fardu ain yang paling utama, iaitu solat atau Namaz. Baginya, penyakit ini bukan sahaja dialami di india, malah lebih banyak berlaku di Arab Saudi. Dengan itu, menurutnya Arab Saudi lebih memerlukan tabligh dalam soal-soal asas daripada India. Sebab itulah beliau cuba memulakan gerakannya di Arab Saudi, tetapi malangnya tidak dibenarkan oleh pihak penguasa. Akhirnya beliau pulang ke tanah tumpah darahnya di Mewat.

Disinilah terdapat perbezaan dengan golongan salafiyyah seperti yang diperjuangkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahab yang melihat masalah Akidah atau Tauhid sebagai penyakit asasi yang memerlukan pengubatan segera, terutama bagi masyarakat Arab Saudi sendiri. Sebaliknya Muhammad Ilyas melihat masalah Syariat (yang asas) dan akhlak sebagai masalah utama yang perlu diubati dahulu, terutama di Arab Saudi juga. Jelaslah perbezaan tanggapan terhadap apa yag lebih utama (afdal) itu menjadikan masing-masing gerakan mempunyai ciri atau konsep perjuangannya yang tersendiri, walaupun sama-sama berpegang kuat kepada al-Sunnah.

Seterusnya prinsip Jamaat Tabligh yang ketiga ialah ilmu dan zikir. Perkara yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW atau yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, seperti solat, puasa, haji, dan zakat ataupun fitrah. Bagi kefahaman secara umum, diperlukan mereka mengkaji kitab Fadhail Amal atau Tablighi Nisab oleh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi, yang mengandung pembahasan-pembahasan khusus tentang fadilat-fadilat tabligh, solat, puasa, bacaan al-Quran, zikir, selawat, haji, sedekah dan kisah-kisah para Sahabat. Sedangkan bagi para ulama pula, mereka diperlukan mengkaji sahih al-Bukhari, terutama bab-bab tertentu iaitu: al-Iman, mentaaati al-Quran dan Sunnah, ilmu, jihad, amar makruf nahi mungkar, adab, mencari rezeki dan fitnah.

Seiring dengan ilmu pengetahuan ialah amalan zikir, iaitu mengingati Allah SWT. Daripada segi rohaninya tujuan zikir ialah terus menerus setiap masa dan di mana sahaja mengingati Allah. Malah bagi Muhammad Ilyas, melakukan sesuatu untuk mendapat keredaan Allah itulah zikir. Bagaimanapun dari segi lahirnya terdapat zikir-zikir tertentu yang perlu diamalkan, baik zikir umum mahupun zikir khusus. Zikir umum ialah seperti ucapan kalimah Tayyibah, tasbih Fatimah, selawat (darud) dan istighfar. Sedangkan zikir khusus hanyalah bagi mereka yang dirasai layak mengamalkannya oleh syeikh tariqat atau guru mursyid.

Prinsip yang kelima ialah niat yang ikhlas, yakni setiap amalan atau perbuatan hendaklah semata-mata kerana keredaan Allah SWT bukannya kerana yang lain. Sebarang perbuatan kerana keredaan yang lain-lain daripada Allah SWT, disebut sebagai riya. Yang disifatkan sebagai syirik halus (khafi).

Dalam erti kata lain, seseorang itu hendaklah mempuk di dalam dirinya sifat Iman dan ihtisab, yakni melaksanakan sesuatu dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT dengan penuh harapan tentangf adanya ganjaran di akhirat nanti. Sebenarnya jika dirujuk kepada kehidupan Muhammad Ilyas sendiri, tidak ada sesuatupun perbuatan yang dilakukannya yang tidak mengharapkan ganjaran akhirat. Sebarang amalan dan perbuatan sentiasa diperhitungkan apakah laba dan kerugiannya nanti.

Prinsip yang keenam ialah melaksanakan dakwah dan tabligh. Baginya, inilah tujuan besar para nabi, dan memang untuk inilah Jamaat Tabligh ditubuhkan. Para sahabat besar memang menyedari hakikat ini. Justeru itu mereka sanggup mengorbankan masa, harta dan jiwa mereka untuk bertabligh di sana-sini. Kerana itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah ini, sama seperti amalan para nabi dan sahabt itu.

Selain daripada itu, terdapat juga prinsip menjauhi percakapan dan perbuatan yang sia-sia. Ketika menyentuh tentang sifat ini, al-Nadwi menegaskan:

Adalah sesuatu yang meletihkan maulana jika beliau terpaksa mendengar percakapan yang sia-sia. Kadangkala, beliau akan berterus terang supaya dihentikan saja percakapan sia-sia tersebut, ataupun kalau terpaksa juga, kita akan mudah dapat melihat gelagat beliau (Maulana) seperti tidak selesa. Pada suatu masa dalam perjalanan (untuk kerja dakwah), seorang yang turut serta mula bercakap kepada rakan-rakannya tentang perkara-perkara umum. Apabila percakapan mereka menjadi semakin rancak, secara perlahan-lahan Maulana mengarahkan mereka supaya duduk di tempat lain.

Sebenarnya al-Nadwi pernah ditegur oleh Muhammad Ilyas kerana dianggap tidak bercakap menepati sasarannya. Ketika memulakan ucapannya, al-Nadwi cuba memberi muqadimah dan mengembangkan topic syarahannya, hingga memaksa Muhammad Ilyas memintanya terus bercakap tentang tujuannya tanpa bermain-main dengan kata-kata yang panjang.

Inilah prinsip-prinsip asasi Jamaat Tabligh sepertimana yang diajarkan oleh pengasasnya, Maulana Muhammad Ilyas. Di Malaysia, ajaran-ajaran ini mulanya tersebar melalui sebuah risalah kecil yang disusun oleh Maulana Ashiq Elahi, tetapi kemudiannya muncul risalah-risalah lain yang mengupasnya dengan lebih mendalam.

Bagaimanakah pandangan Jamaat Tabligh terhadap persoalan-peroalan kehidupan dan kemasyarakatan, seperti pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sebagai golongan tradisionalis yang konservatif, tidaklah terdapat tokoh-tokoh dalam kalangan mereka yang mengulas masalah ini secara khusus.

Bagaimanapun, secara umumnya memang terdapat cara penyelesaian terhadap persoalan-persoalan kehidupan dan kemanusiaan seluruhnya. Bagi Jamaat Tabligh, factor utama yang menentukan susah-senangnya manusia adalah berpunca daripada sifat dan kelakuan diri sendiri. Jelasnya, segala bencana atau penderitaan yang dialami itu adalah akibat daripada dosa atau keingkaran manusia kepada Allah SWT.

Bagaimanapun, sesuai dengan sifat konservatifnya, tidaklah terdapat bentuk penyelesaian secara khusus terhadap masalah-masalah kehidupan dan kemanusiaan. Walaupun bentuk penyelesaian umum tersebut mempunyai kebenarannya sendiri, namun tidak terdapat keterangan lanjut tentang bagaimana hubungannya dengan persoalan-persoalan pendidikan, social, ekonomi, politik dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sekadar yang boleh dijadikan contoh, terdapat karya Syeikh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi yang menyentuh tentang persoalan muamalat, iaitu sekadar sekitar masalah ekonomi dan perniagaan. Selaras dengan prinsip tasawuf Sunni yang menjadi teras ajaran Jamaat Tabligh, maka buku fiqah muamalat ini juga dibahaskan dari sudut tasawuf dan kerohanian.

Fenomena kekurangan karya-karya yang mengupas persoalan-persoalan kehidupan tersebut berkait rapat dengan sikap mereka yang dikatakan lebih mementingkan kegiatan amali daripada kegiatan menulis dan berteori.

Ssungguhnya sumbangan positif yang ditinggalkan oleh gerakan Jamaat Tabligh ini ialah dari segi penghayatan terhadap sirah atau kehidupan Nabi dan para Sahabatnya. Hasilnya kita dapati yang umat Islam semakin berminat mempelajari kisah-kisah kehidupan dan perjuangan para Sahabat serta para wali dan orang soleh. Hakikat ini jelas terbukti dengan terbitnya buku-buku tentang Kisah-kisah Teladan dengan banyaknya di pasaran, baik oleh penerbit lama mahupun baru. Sekiranya inilah warisan Jamaat Tabligh, maka tidak syak lagi ia merupakan suatu warisan yang sangat besar dan abadi.