Artikal Kesahan dan Kebolehpercayaan IRBMD.pdf

12
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INVENTORI REMAJA BERISIKO MENGAMBIL DADAH (NARKOTIK) IRBMD (Validity and Reliability of Adolescent at Risk of Taking Drugs Inventory) Mohammad Nasir Bistamam, Samsiah Mohd Jais, Muhamad Bazlan Mustafa, Ahmad Jazimin Jusoh, Aslina Ahmad, Noraini Ismail, Faizura Rohaizad dan Mohd Noor Idris Email: [email protected] Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengukur indeks kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Remaja Berisiko Mengambil Dadah/Narkotik (IRBMD). Kaedah kepustakaan dalam kajian ini digunakan bagi mencapai tujuan menilai kewajaran konstruk dan dan subkonstruk instrumen dan seterusnya sebagai asas pembinaan item-item. Kajian tinjauan pula bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Pada peringkat awal IRBMD mengandungi 85 item mewakili 6 konstruk iaitu PTI mengandungi 12 item, PKS 9 item, PKR 7 item, KMR 12 item, RES 39 item, dan TLB 16 item. Konstruk RES mengandungi 3 subkonstruk iaitu RES-OPT 14 item, RES-KAD) 8 item, dan RES-CAB 7 item. Kaedah nilai komulatif pengkritik luar (external criticism) digunakan untuk menguji nilai pekali kesahan, teknik Alfa Cronbach pula digunakan untuk menguji nilai pekali kesahan untuk semua item berskala Likat 5 pada nilai signifikan 0.05. Oleh itu 6 panel pakar terlibat dalam menguji nilai pekali kesahan dan 40 subjek terdiri dari remaja terlibat dalam pengujian kebolehpercayaan. Hasil kajian menunjukkan nilai pekali kesahan IRBMD keseluruhan adalah tinggi iaitu 0.82. Nilai kesahan bagi semua konstruk dan subkonstruk IRBMD juga tinggi iaitu PTI (0.85), PKS (0.81), PKR (0.85), KMR (0.77), RES (0.83), RES-OPT (0.82), RES-KAD (0.81, RES- CAB (0.85) dan TLB (0.8). Nilai pekali α kebolehpercayaan IRBMD keseluruhan juga adalah tinggi (.81). Nilai kebolehpercayaan semua konstruk dan subkonstruk IRBMD juga tinggi iaitu PTI (0.81), KPS (0.61), PKR (0.72), KMR (0.86), RES-OPT (0.86), RES-KAD (0.77), RES-CAB (0.86) dan TLB (0.93). Secara umumnya IRBMD boleh digunakan untuk proses saringan awal bagi mengenalpasti ciri-ciri psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah. Untuk langkah seterusnya, remaja berisiko mengambil dadah perlu diberikan intervensi/rawatan awal untuk proses penyesuaian psikologi agar mereka dapat mengendalikan tekanan berpunca dari antisiden berisiko yang mereka alami dan seterusnya diharapkan mereka berupaya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam pengambilan dadah. Kata Kunci: Remaja Berisiko Mengambil Dadah (narkotik), Antisiden, Tingkah laku Berisiko Mengambil Dadah (narkotik).

Transcript of Artikal Kesahan dan Kebolehpercayaan IRBMD.pdf

  • KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INVENTORI REMAJA BERISIKO

    MENGAMBIL DADAH (NARKOTIK) IRBMD

    (Validity and Reliability of Adolescent at Risk of Taking Drugs Inventory)

    Mohammad Nasir Bistamam, Samsiah Mohd Jais, Muhamad Bazlan Mustafa, Ahmad

    Jazimin Jusoh, Aslina Ahmad, Noraini Ismail, Faizura Rohaizad dan Mohd Noor Idris

    Email: [email protected]

    Jabatan Psikologi dan Kaunseling

    Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk mengukur indeks kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Remaja

    Berisiko Mengambil Dadah/Narkotik (IRBMD). Kaedah kepustakaan dalam kajian ini

    digunakan bagi mencapai tujuan menilai kewajaran konstruk dan dan subkonstruk instrumen

    dan seterusnya sebagai asas pembinaan item-item. Kajian tinjauan pula bertujuan untuk

    mengukur kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Pada peringkat awal IRBMD

    mengandungi 85 item mewakili 6 konstruk iaitu PTI mengandungi 12 item, PKS 9 item, PKR

    7 item, KMR 12 item, RES 39 item, dan TLB 16 item. Konstruk RES mengandungi 3

    subkonstruk iaitu RES-OPT 14 item, RES-KAD) 8 item, dan RES-CAB 7 item. Kaedah nilai

    komulatif pengkritik luar (external criticism) digunakan untuk menguji nilai pekali kesahan,

    teknik Alfa Cronbach pula digunakan untuk menguji nilai pekali kesahan untuk semua item

    berskala Likat 5 pada nilai signifikan 0.05. Oleh itu 6 panel pakar terlibat dalam menguji nilai

    pekali kesahan dan 40 subjek terdiri dari remaja terlibat dalam pengujian kebolehpercayaan.

    Hasil kajian menunjukkan nilai pekali kesahan IRBMD keseluruhan adalah tinggi iaitu 0.82.

    Nilai kesahan bagi semua konstruk dan subkonstruk IRBMD juga tinggi iaitu PTI (0.85),

    PKS (0.81), PKR (0.85), KMR (0.77), RES (0.83), RES-OPT (0.82), RES-KAD (0.81, RES-

    CAB (0.85) dan TLB (0.8). Nilai pekali kebolehpercayaan IRBMD keseluruhan juga adalah tinggi (.81). Nilai kebolehpercayaan semua konstruk dan subkonstruk IRBMD juga

    tinggi iaitu PTI (0.81), KPS (0.61), PKR (0.72), KMR (0.86), RES-OPT (0.86), RES-KAD

    (0.77), RES-CAB (0.86) dan TLB (0.93). Secara umumnya IRBMD boleh digunakan untuk

    proses saringan awal bagi mengenalpasti ciri-ciri psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berisiko

    dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah. Untuk langkah seterusnya, remaja

    berisiko mengambil dadah perlu diberikan intervensi/rawatan awal untuk proses penyesuaian

    psikologi agar mereka dapat mengendalikan tekanan berpunca dari antisiden berisiko yang

    mereka alami dan seterusnya diharapkan mereka berupaya untuk mengelakkan diri dari

    terlibat dalam pengambilan dadah.

    Kata Kunci: Remaja Berisiko Mengambil Dadah (narkotik), Antisiden, Tingkah laku

    Berisiko Mengambil Dadah (narkotik).

  • 1. LATAR BELAKANG

    Kes penyalahgunaan dadah di Malaysia sentiasa beruncing dari setahun ke setahun. Banyak

    pihak terutamanya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengeluarkan pelbagai data

    tentang isu penyalahgunaan dadah ini. Berdasarkan kepada pelbagai kajian menunjukkan

    bahawa telah berlaku peningtan kes penagihan dadah sama ada kes berulang atau kes baru di

    negara kita yang melibatkan semua kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan termasuk

    juga Pribumi Sabah dan Sarawak. Bertambah mendukacitakan golongan belia adalah teramai

    terlibat dalam penagihan dadah. Malahan adalah sungguh malang apabila remaja seusia

    bawah 18 tahun juga telah mula terlibat dalam penagihan dadah (AADK , Ogos 2010).

    . Di samping penagih yang sedia ada, ramai pula penagih baru yang telah dikesan saban

    tahun. Dalam masa yang sama kes-kes relaps atau penagih berulang juga semakin

    meningkat. Antara bandar-bandar utama yang mencatatkan bilangan penagih yang dikesan

    adalah Kuala Lumpur, diikuti dengan Shah Alam dan Ipoh. Bilangan penagih lelaki adalah

    jauh lebih tinggi berbanding dengan penagih wanita. Bilangan penagih yang dikesan

    berdasarkan kaum pula menunjukkan Melayu adalah tertinggi dengan diikuti oleh kaum Cina

    India, Pribumi Sabah, Pribumi Sarawak dan lain-lain. Namun demikian, sejak kebelakangan

    ini menunjukkan berlaku peningkatan tertinggi penagih dalam kalangan kaum India dan Cina

    (AADK , Ogos 2010).

    . Berdasarkan fenomena ini, maka sudah tiba masanya untuk memikirkan satu bentuk

    pendekatan yang lebih proaktif bagi menangani masalah penagihan dadah di Malaysia.

    Pendekatan tersebut perlu dimulakan dengan mengenalpasti ciri-ciri atau profil remaja

    sekolah berisiko mengambil dadah, dan seterusnya diikuti dengan pendekatan intervensi

    berbentuk perkembangan dan pencegahan. Intervensi berbentuk perkembangan dan

    pencegahan meliputi usaha-usaha untuk mengesan dan mengubah risiko mengambil dadah

    kepada arah yang lebih positif, dengan cara meningkatkan proses perkembangan normal

    dalam diri individu terutamanya dalam menghadapi situasi yang boleh membawa masalah

    tingkah laku pada masa akan datang (Mohammad Nasir dan rakan-rakan, 2013). Atas

    kesedaran ini Mohammad Nasir dan rakan-rakan (2013) melalui Gran Penyelidikan

    Akademik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah membangunkan Instrumen Remaja

    Berisiko Mengambil Dadah (IRBMB) bagi mengenalpasti remaja sekolah yang mempunyai

    ciri-ciri psikologi dan tingkah laku berisiko mengambil dadah untuk tujuan intervensi awal.

    2. ASAS PEMBINAAN IRBMD

    Menurut Bronfenbrenner (1979), proses perkembangan kanak-kanak dan remaja dipengaruhi

    oleh faktor sosial seperti keluarga, komuniti dan institusi sosial yang lebih luas. Pengaruh

    faktor sosial ini merangkumi proses dalam keluarga, rakan sebaya, sokongan sosial dan

    sumber komuniti, keselamatan kejiranan, mutu kehidupan, dan institusi yang lebih luas

    seperti sekolah. Justeru, remaja berisiko termasuk risiko pengambilan dadah datang dari

    persekitaran negatif atau persekitaran berisiko. Terdapat beberapa jenis persekitaran berisiko

    yang menyekat proses perkembangan kanak-kanak dan remaja. Antara persekitaran berisiko

    ialah keluarga (kegagalan fungsi keluarga dan kegagalan menerima sokongan ibu bapa),

    kemiskinan, serta persekitaran kejiranan tidak selamat (kejiranan, rakan sebaya dan sekolah)

    (Mohammad Nasir, 2006).

    Kegagalan fungsi keluarga, kemiskinan dan persekitaran kejiranan tidak selamat

    dikatakan menjadi antisiden berisiko (antecedents of risk) kepada remaja. Dalam jangka

    masa tertentu, remaja yang membesar dalam salah satu atau ketiga-tiga jenis persekitaran

    berisiko tersebut dikatakan lebih mudah menjadi rapuh, rendah daya tahan dan tidak cekap.

  • Dengan adanya ciri-ciri ini menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan gagal untuk

    menyesuaikan tingkah laku apabila menghadapi suasana yang menekan, dan mereka berisiko

    untuk terlibat dengan perlakuan bermasalah terutamanya penagihan dadah pada masa akan

    datang (Paternoster & Mazerolle 1994; Garmezy 1991).

    Remaja berisiko mengambil dadah dapat dikesan pada peringkat awal berdasarkan

    kepada ciri-ciri luaran tertentu iaitu tahap pencapaian akademik rendah, tidak aktif dalam

    kegiatan sekolah dan rendah kecekapan sosial sebelum timbulnya sesuatu simptom masalah

    tingkah laku penyalahgunaan dadah (Mohammad Nasir dan rakan-rakan, 2013). Selain

    daripada ciri-ciri luaran tersebut, remaja berisiko mengambil dadah boleh dikenal pasti

    berdasarkan ciri-ciri psikologi. Antaranya adalah mengalami rendah daya tahan (The

    Consortium on the School-based Promotion of Social Competence, 1996), rendah persepsi

    terhadap keluarga (Springer 1998), rendah penghargaan kendiri (The Consortium on the

    School-based Promotion of Social Competence, 1996; McWhirter dan rakan-rakan, 1995) dan

    mengalami simptom kemurungan (McWhirter dan rakan-rakan, 1995).

    Mohammad Nasir (2006) telah merumuskan bahawa remaja berisiko mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    i. Peringkat awal remaja (berumur 10 15 tahun)

    ii. Mengalami Antisiden iaitu kegagalan fungsi keluarga, miskin, masalah interaksi sosial dan sistem sokongan sosial lemah keluarga

    iii. Mengalami Masalah Psikologi iaitu persepsi terhadap keluarga rendah, penghargaan kendiri rendah, mengalami simptom kemurungan, resilien rendah dan kecekapan

    sosial rendah.

    iv. Sistem Penanda pencapaian akademik rendah dan tidak aktif dalam aktiviti sekolah.

    Berdasarkan ciri-ciri yang dikenal pasti melalui kajian kepustakaan di atas maka

    konsep remaja berisiko mengambil dadah dapat dilihat melalui Rajah 1 di bawah.

    Rajah 1: Antisiden, Masalah Psikologi dan Sistem Penanda Remaja Berisiko

    Menurut Mohammad Nasir (2006), sekiranya remaja berisiko ini tidak dibantu dalam

    proses perkembangan seterusnya, mereka berisiko untuk terlibat dalam pelbagai masalah

    tingkah laku seperti berikut:

    i. Masalah disiplin di sekolah.

    ii. Penyalahgunaan bahan (tembakau, dadah dan alkohol)

    iii. Terlibat dalam aktiviti seks awal.

    Awal

    Remaja

    13 14 tahun

    Antisiden

    - Keluarga tidak

    berfungsi/gagal

    - Miskin (keluarga /

    kejiranan)

    - Masalah dalam

    interaksi sosial

    Masalah psikologi

    - Persepsi keluarga rendah

    - Penghargaan kendiri rendah

    - Kemurungan

    - Resilien rendah

    Sistem Penanda

    - Rendah kecekapan

    sosial

    - Rendah kademik

    - Tidak aktif di sekolah

  • iv. Lari dari rumah

    v. Tingkah laku delinkuen.

    Berdasarkan kepada ciri-ciri remaja berisiko melalui kajian kepustakawan tersebut,

    maka faktor demografi dan pembolehubah psikologi yang berkaitan dengan remaja berisiko

    mengambil dadah telah dikenalpasti dalam instrumen ini iaitu seperti berikut:

    i. Faktor demografi melibatkan zon kajian, jantina, kaum, lokasi, bilangan adik-beradik, status penjagaan, pendapatan keluarga, tahap pencapaian akademik,

    dan status penglibatan di sekolah.

    ii. Pembolehubah psikologi pula adalah persepsi terhadap keluarga, penghargaan kendiri sekolah, penghargaan kendiri rakan, kemurungan, resilien dan tingkah

    laku berisiko mengambil dadah.

    3. KANDUNGAN INSTRUMEN

    Instrumen ini berupa pernyataan kendiri subjek kajian yang mengandungi dua (2) bahagian

    iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah item-item latar belakang diri subjek.

    Bahagian B adalah Instrumen Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD).

    Bahagian A: Maklumat Demografi

    Bahagian ini mengandung beberapa aspek demografi subjek kajian seperti jantina, kaum,

    tahap pendapatan ibu bapa, lokasi, status tinggal bersama, pencapaian akademik dan

    penglibatan di sekolah.

    Bahagian B: Instrumen Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD)

    Pada awalnya instrumen ini mengandungi sebanyak 85 item yang merangkumi enam

    subkonstruk iaitu i. Persepsi Terhadap Ibubapa (PTI); ii. Penghargaan Kendiri Sekolah

    (PKS); iii. Penghargaan Kendiri Rakan (PKR); iv. Kemurungan/Depresi (KMR); v. Resilien

    (RES) dan vi. Tingkah Laku Berisiko Mengambil Dadah (TLB). Konstruk PTI mengandungi

    12 item, PKS 9 item, PKR 7 item, KMR 12 item, RES 39 item, dan TLB 16 item.

    i. Persepsi Terhadap Ibubapa (PTI)

    Dalam konteks instrumen ini, persepsi terhadap keluarga merujuk kepada bagaimana

    seseorang menilai dan melihat hubungan dan fungsi keluarga secara menyeluruh berdasarkan

    skor laporan kendiri yang diperolehi secara pernyataan kendiri melalui subskala Instrumen

    Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD). Pada peringkat awal PTK mengandungi 12

    item dan respon kepada soal selidik ini adalah berdasarkan kepada lima mata pilihan 1 5 bergantung kepada item positif atau negatif.

    ii. Penghargaan Kendiri Sekolah (PKS)

    Penghargaan kendiri sekolah dalam kajian ini merujuk kepada bagaimana seseorang menilai

    dan melihat secara menyeluruh tentang dirinya berhubung dengan sumber sokongan sosial

    daripada sekolah berdasarkan skor laporan kendiri yang diperolehi secara pernyataan kendiri

    melalui subskala Instrumen Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD). Pada peringkat

  • awal, PKS mengandungi 9 item dan respon kepada soal selidik ini juga adalah berdasarkan

    kepada lima mata pilihan 1 5 bergantung kepada item positif atau negatif.

    iii. Penghargaan Kendiri Rakan (PKR)

    Penghargaan kendiri rakan sebaya dalam konteks ini merujuk kepada bagaimana seseorang

    menilai dan melihat secara menyeluruh tentang dirinya berhubung dengan rakan sebaya

    berdasarkan skor laporan kendiri yang diperolehi melalui Instrumen Remaja Berisiko

    Mengambil Dadah (IRBMD). Pada peringkat awal PKR mengandungi 7 item dan respon

    kepada soal selidik ini juga adalah berdasarkan kepada lima mata pilihan 1 5 bergantung kepada item positif atau negatif.

    iv. Kemurungan (KMR)

    Kemurungan dalam konteks instrumen ini pula merujuk kepada perasaan murung seperti

    perasaan tidak gembira, atau perasaan sedih yang dialami oleh remaja yang ada hubungannya

    dengan antiseden yang berlaku pada diri mereka seperti berhadapan dengan keluarga yang

    tidak berfungsi, kemiskinan, serta persekitaran sosial yang lain yang tidak menyokong seperti

    rakan sebaya, sekolah dan orang dewasa lain berdasarkan skor laporan kendiri yang

    diperolehi melalui Instrumen Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD). Konstruk KMR

    mengandungi 12 item dan respon kepada soal selidik ini juga adalah berdasarkan kepada lima

    mata pilihan 1 5 bergantung kepada item positif atau negatif.

    v. Resilien (RES)

    Resilien dalam konteks instrumen ini merujuk kepada kadar kemampuan individu dalam

    mengendalikan pelbagai tekanan daripada faktor persekitaran dengan memiliki persepsi masa

    hadapan yang lebih optimis, memiliki kemahiran yang membina dan tidak bergantung kepada

    orang lain serta berani menghadapi risiko berdasarkan skor laporan kendiri melalui item-item

    Resilien (RES). Pada peringkat awal RES mengandungi 39 item dan respon kepada soal

    selidik ini adalah berdasarkan kepada lima mata pilihan 1 hingga 5. Semua item RES adalah

    terdiri daripada item-item positif. Item-item tersebut mewakili tiga subskala iaitu Pesilien-

    Optimistik (RES-OPT) 14 item; Resilien-Kawalan Diri (RES-KAD) 8 item; dan Resilien-

    Cabaran (RES-CAB) 7 item.

    vi. Tingkah laku Berisiko Mengambil Dadah (TLB)

    Pada dasarnya tingkah laku berisiko mengambil dadah (TLB) bukanlah tingkah laku

    menyalahgunakan dadah seperti yang diwartakan dalam akta. Tingkah laku berisiko

    mengambil dadah (TLB) dalam kajian ini adalah terdiri daripada senarai 16 tingkah laku

    yang dianggap berisiko ke arah mengambil dadah. Semua item adalah terdiri daripada lima

    mata pilihan iaitu 1 hingga 5.

    4.0 KAEDAH KAJIAN

    Kajian ini melibatkan kaedah kajian kepustakaan dan kaedah kajian tinjauan.

  • 4.1 Kaedah Kepustakaan

    Kaedah kepustakaan adalah bertujuan mendapatkan rujukan yang berkaitan bersumberkan

    buku, jurnal, akhbar dan yang berkaitan untuk mendapatkan kerangka yang jelas tentang

    fenomena dan ciri-ciri tertentu remaja berisiko mengambil dadah. Berdasarkan kajian

    kepustakawan maklumat tentang tingkah laku, ciri-ciri demografi dan ciri-ciri psikologi

    remaja berisiko mengambil dadah telah dapat dikenalpasti.

    4.2 Kaedah Tinjauan

    Kajian tinjauan pula bertujuan untuk mengukur indeks kesahan dan kepercayaan IRBMD.

    IRBMD dibangunkan berdasarkan kepada kajian kepustakaan dan kerangka teori yang

    dinyatakan di atas serta disesuaikan daripada Instrumen Remaja Berisiko oleh Mohammad

    Nasir (2006).

    Semua item yang telah dibina disemak dari sudut ketepatan bahasa dan makna agar

    mudah difahami. Untuk tujuan ini pengkaji meminta khidmat pakar bahasa untuk menyemak

    dan memberi cadangan untuk membaiki aspek bahasa semua item tersebut. Penyelidik

    mengumpul semula soal selidik tersebut seterusnya membuat pembetulan bagi setiap item

    berdasarkan pandangan dan cadangan kedua-dua pensyarah berkenaan.

    Menurut Anastasi (1982) keesahan sesuatu instrumen kajian adalah merujuk kepada

    sejauh mana instrumen tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Untuk menguji

    keesahan IRBMD, kaedah pengkritik luar (external criticism) iaitu dengan mendapatkan

    pekali keesahan berdasarkan purata daripada skor kumulatif yang diperoleh daripada

    penilaian dan kritikan panel pakar telah digunakan (Mohd Najib 1999). Kaedah seperti ini

    pernah digunakan oleh Lahmudin (2003), Abdul Malek (2004) dan Mohammad Nasir (2006)

    Satu set borang penilaian telah disediakan bagi mendapatkan kritikan dan penilaian setiap

    item oleh panel pakar. Respon kepada soal selidik ini adalah berdasarkan kepada sepuluh

    mata pilihan 1 10 terhadap semua item positif dan negatif. Menurut Mohd Najib (1999), enam hingga sembilan orang pakar adalah memadai untuk membuat penilaian tersebut.

    Di samping itu, menurut Anastasi (1982), kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian

    adalah merujuk kepada ketekalan dalaman sesuatu instrumen atau kebolehan sesuatu

    instrumen itu mengukur sesuatu fenomena secara tekal walaupun ditadbir dalam masa yang

    berlainan. Nilai kebolehpercayaan IRBMD diuji dengan menggunakan teknik Alfa Cronbach

    kerana teknik ini dikatakan sesuai digunakan bagi menilai instrumen berskala Likat. Nilai

    kebolehpercayaan yang baik bagi sesuatu konstruk bagi sesuatu instrumen adalah mempunyai

    nilai melebihi 0.6 pada aras kesignifikanan .05 (Kerlinger, 1979). Namun, nilai yang terbaik bagi sesuatu konstruk untuk sesuatu instrumen adalah melebihi 0.7, walau

    bagaimanapun nilai melebihi 0.6 masih boleh diterima (Gay, 1996). Dalam kajian ini pengkaji menetapkan item-item dan setiap konstruk bagi setiap instrumen mempunyai nilai tebih daripada 0.7 pada aras kesignifikanan .05. Untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan,

    IRBMD telah ditadbir ke atas seramai 40 orang remaja sekolah yang mempunyai ciri-ciri

    berisiko.

    5.0 DAPATAN KAJIAN

    Bahagian ini akan membincangkan tentang kesahan, kebolehpercayaan dan penskoran

    IRBMD.

  • 5.1 Kesahan IRBMD

    Secara keseluruhannya pekali kesahan konstruk Inventori Remaja Berisiko Mengambil

    Dadah (IRBMD) berdasarkan penilaian pakar adalah 0.82 (82%). Dapatan kajian

    menunjukkan bahawa pekali kesahan penilaian pakar untuk semua konstruk dan subkonstruk

    juga adalah tinggi iaitu antara 0.77 sehingga 0.85. Jamaludin (2002) dan Sidek (2005)

    memenegaskan pekali kesahan yang mempunyai nilai 0.7 ke atas adalah dianggap

    mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Pekali kesahan IRBMD secara keseluruhan dan

    berdasarkan konstruk dan subkonstruk dilihat dalam jadual di bawah.

    Jadual 4.1(a): Pekali Kesahan Keseluruhan, Konstruk dan Subkonstruk IRBMD

    Berdasarkan Penilaian Panel Pakar

    Subkonstruk Peratus

    (%)

    Pekali Kesahan

    Persepsi Terhadap Ibubapa (PTI) 85 0.85

    Penghargaan Kendiri Sekolah (PKS) 81 0.81

    Penghargaan Kendiri Rakan (PKR) 85 0.85

    Kemurungan/Depresi (KEM) 77 0.77

    Resilien (RES) 83 0.83

    Resilien-Optimistik (RES-OPT) 82 0.82

    Resilien-Kawalan Diri (RES-KAD) 81 0.81

    Resilien-Cabaran(RES-CAB) 85 0.85

    Tingkah Laku Berisiko Mengambil Dadah (TLB) 80 0.80

    Kesahan Keseluruhan IRBMD 82 0.82

    5.2 Kebolehpercayaan IRBMD

    Jadual 4.2 menggambarkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi Instrumen Remaja Berisiko

    Mengambil Dadah (IRBMD) sebelum item dibuang adalah 0.76 manakala nilai pekali

    kebolehpercayaan instrumen ini selepas item yang tidak bermutu dibuang adalah 0.81. Semua

    sub konstruk menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi sebagaimana

    pandangan yang disokong oleh Kerlinger (1979) iaitu nilai kebolehpercayaan yang baik bagi

    sesuatu konstruk bagi sesuatu instrumen adalah mempunyai nilai melebihi 0.6 pada aras signifikan adalah 0.05. Nilai pekali kebolehpercayaan sub-sub konstruk ditunjukkan

    sebagaimana dalam jadual 4.2.

  • Jadual 4.2: Nilai Kebolehpercayaan Bagi Subskala Instrumen Remaja Berisiko

    Mengambil Dadah (IRBMD)

    Bil Konstruk dan Subkustruk

    Bilangan

    Item

    Sebelum

    Nilai

    Bilangan

    Item

    Selepas

    Nilai

    1 Persepsi terhadap ibubapa (PTI) 12 .78 10 .81

    2 Penghargaan kendiri sekolah (PKS) 9 .58 5 .67

    3 Penghargaan kendiri rakan (PKR) 7 .64 5 .72

    4 Kemurungan / Depresi (KMR) 12 .85 9 .86

    5 Resilien (RES)

    Optimistik (RES-OPT) 14 .86 9 .86

    Kawalan Diri (RES-KAD) 8 .73 7 .77

    Cabaran (RES-CAB) 7 .83 5 .86

    6 Tingkah laku berisiko mengambil

    dadah (TLB) 16 .71 6 .93

    Kebolehpercayaan Keseluruhan IRBMD 85 .76 56 .81

    * Nilai kesignifikanan pada aras .05

    Secara keseluruhannya, nilai kebolehpercayaan subkonstruk adalah 0.81 dan ia

    menunjukkan nilai yang baik kerana nilai Alpha melebihi 0.60 (Sidek, 2005). Hal ini dapat

    dilihat secara kontinum dari paling baik hingga baik iaitu subkonstruk Tingkah Laku Berisiko

    Mengambil Dadah (TLB) bernilai 0.93, diikuti dengan subkonstruk Resilien-Optimistik RES-

    OPT, subkonstruk Resilien-Cabaran (RES-CAB) dan subkonstruk Kemurungan/Depresi

    (KMR) yang mencatatkan nilai pekali kebolehpercayaan iaitu 0.86. Manakala bagi

    subkonstruk Persepsi Terhadap Ibubapa (PTI), nilai kebolehpercayaan adalah 0.81.

    Seterusnya, subkonstruk Resilien-Kawalan Diri (RES-KAD) mencatatkan nilai pekali

    0.77, Penghargaan Kendiri Rakan (PKR) menunjukkan nilai alpha 0.72 dan yang terakhir

    nilai pekali kebolehpercayaan subkonstruk Penghargaan Kendiri Sekolah (PKS) ialah 0.67.

    Nilai alpha yang baik ini menunjukkan item-item dalam subkonstruk sesuai dijawab oleh

    responden yang terlibat iaitu awal remaja yang berumur 13 tahun hingga 14 tahun.

    5.3 Penskoran IRBMD

    Setelah melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaan, IRBMD mengandungi sebanyak 56

    item secara keseluruhannya. Oleh itu pada peringkat akhir semua konstruk dan subkontruk

    IRBMD telah mengalami perubahan bilangan item iaitu konstruk PTI adalah 10 item; PKS 5

    item; PKR 5 item; KMR 9 item; RES 21 item dan vi. TLB 6 item. Respon kepada soal selidik

    ini adalah berdasarkan kepada lima mata pilihan 1 5 bergantung kepada sama ada item itu positif atau negatif.

    Oleh itu nilai skor tertinggi IRBMD keseluruhan adalah 250 (56 item X 5) dan nilai

    skor terendah adalah 56 (56 item X 1). Nilai skor tertinggi konstruk PTI adalah 50 (10 item

    X 5) dan nilai skor terendah adalah 10 (10 item X 1), nilai skor tertinggi konstruk PKS dan

  • PKR pula adalah 25 (5 item X 5) dan nilai skor terendah adalah 5 (5 item X 1), nilai skor

    tertinggi konstruk KMR adalah 45 (9 item X 5) dan skor terendah adalah 9 (9 item X 1), dan

    nilai skor tertinggi konstruk RES adalah 105 (21 item X 5) dan nilai skor terendah adalah 21

    (21 item X 5). Untuk subkonstruk RES pula, skor tertinggi subkonstruk RES-OPT adalah 45

    (9 item X 5) dan skor terendah adalah 9 (9 item X 1), skor tertinggi RES-KAD adalah 35 (7

    item X 5) dan skor terendah adalah 7 (7 item X 1), skor tertinggi RES-CAB adalah 25 (5 item

    X 5) dan skor terendahpula adalah pilihnnya adalah an ada 5 dan skor terendah adalah 1.

    Namun demikian skor tertinggi bagi ni adalah 5 (5 item X 1). Nilai skor tertinggi bagi TLB

    adalah 30 (6 item X 5) dan nilai skor terendah adalah 6 (6 item X 1).

    6.0 CADANGAN DAN RUMUSAN

    6.1 IRBMD Alat Memahami Remaja Berisiko Mengambil Dadah

    Instrumen Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD) boleh digunakan untuk memahami

    fenomena dan ciri-ciri atau profil remaja berisiko mengambil dadah dan seterusnya diikuti

    dengan tindakan fasa kedua iaitu menjalankan intervensi pencegahan bagi membantu remaja

    berkenaan untuk menghindarkan diri daripada masalah pengambilan dadah pada masa akan

    datang. IRBMD berupaya digunakan untuk proses saringan pada peringkat awal untuk

    mengenalpasti ciri-ciri psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berisiko dalam kalagan remaja

    untuk diberi intervensi atau rawatan awal yang lebih kepada proses perkembangan dan

    pencegahan. Intervensi atau rawatan berbentuk perkembangan dan pencegahan meliputi

    usaha-usaha untuk mengesan dan mengubah risiko tingkah laku yang ada yang menuju ke

    arah kesudahan yang buruk (poor outcome) iaitu mengambil dadah kepada arah tingkah laku

    yang lebih positif dan berkesan. Pendekatan pencegahan dan perkembangan memberi

    penekanan kepada meningkatkan proses perkembangan normal dalam diri individu

    terutamanya dalam menghadapi situasi tertekan pada masa akan datang.

    6.2 Penekanan amalan pencegahan dadah pada peringkat awal di sekolah

    Secara umumnya sekolah telah dikenali ramai sebagai tempat di mana pelbagai aktiviti

    sepatutnya dirancang untuk meningkatkan kecekapan dan di samping itu mencegah

    perkembangan perlakuan yang tidak sihat terutamanya penagihan dadah. Di samping itu

    sekolah juga diharapkan mampu untuk menyalurkan perkembangan personaliti secara teratur

    dan berterusan sepanjang tempuh masa persekolahan kepada semua pelajar, tambahan pula

    sebahagian besar daripada ibu-bapa dan penjaga menaruh harapan yang tinggi terhadap

    sekolah.

    IRBMD dan Profil remaja berisiko mengambil dadah yang dihasilkan melaluinya

    boleh dijadikan asas di sekolah dalam usaha untuk mengenalpasti simptom awal sama ada

    secara demografi, psikologi dan tingkah laku berisiko remaja berisiko mengambil dadah.

    Justeru itu, pentadbir sekolah dan guru-guru terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

    (PKHEM) dan kaunselor sekolah diharapkan dapat mengambil peluang untuk meneroka

    fenomena remaja berisiko mengambil dadah di setiap sekolah. Adalah dijangkakan bahawa

    fenomena remaja berisiko mengambil dadah meliputi sebahagian daripada populasi pelajar

    sekolah secara keseluruhan. Remaja berisiko ini perlukan usaha awal untuk mengenalpasti

    masalah awal mereka dan seterusnya membantu perkembangan mereka yang terbantut

    disebabkan pelbagai faktor negatif yang terdapat dalam persekitaran mereka.

  • Intervensi peringkat awal ke atas remaja berisiko mengambil dadah ini menimbulkan

    dimensi baru dalam memahami fenomena masalah remaja di peringkat persekolahan.

    Langkah ini juga diharapkan dapat mencetuskan minda dan seterusnya dijadikan model

    kepada pihak sekolah khususnya menerusi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam

    usaha pencegahan peringkat awal pelbagai perlakuan bermasalah terutamanya

    penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan.

    6.3 Cadangan pelan tindakan mengenalpasti dan membantu remaja berisiko mengambil dadah

    Daripada kajian ini akan membolehkan usaha untuk mengenalpasti profil remaja berisiko

    mengambil dadah berdasarkan faktor demografi, faktor psikologi dan faktor tingkah laku

    berisiko. Dengan profil tersebut adalah dicadangkan satu siri pelan tindakan untuk proses

    diagnosis bagi mengenalpasti remaja berisiko mengambil dadah dan seterusnya

    melaksanakan proses intervensi dan rawatan secara lebih sistematik untuk proses penyesuaian

    dalaman ke atas mereka. Dengan cara ini di harapkan akan dapat membantu remaja berisiko

    ini mengelakkan diri daripada terjebak dalam tingkah laku mengambil dadah pada masa akan

    datang.

    Pertama, mengenalpasti sistem penanda iaitu ciri-ciri luaran (sosial) melalui kaedah

    pemerhatian guru iaitu dengan mengenalpasti remaja yang mempunyai cari-ciri berikut.

    i. Rendah pencapaian akademik ii. Rendah penglibatan dalam aktiviti di sekolah

    Kedua, mentadbir instrumen IRBMD, bertujuan mengenalpasti ciri-ciri psikologi remaja

    berisiko mengambil dadah seperti berikut.

    i. Persepsi terhadap keluarga yang rendah. ii. Penghargaan kendiri yang rendah iii. Mengalami kemurungan iv. Resilien yang rendah. v. Terlibat dalam tingkah laku berisiko mengambil dadah.

    Ketiga, membina hubungan kondusif antara guru dan pelajar dan menggalakkan temubual

    atau penerokaan secara bersemuka untuk mengenalpasti antisiden negatif iaitu pengalaman

    negatif daripada persekitaran sosial berikut.

    i. Keluarga dan ibu bapa. ii. Kemiskinan iii. Masalah interaksi sosial bersama rakan sebaya, guru-guru, sekolah dan

    kejiranan secara temubual untuk tujuan penerokaan.

    Keempat, melakukan intervensi berbentuk perkembangan dan pencegahan seperti berikut.

    i. Memperkasakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. ii. Meningkatkan program-program bimbingan untuk tujuan proses

    perkembangan sahsiah dan akademik pelajar.

    iii. Menggerakkan proses kaunseling secara lebih berkesan dan berfokus sama ada secara individu atau kelompok.

    Kelima/Terakhir, melaksanakan proses penilaian sama ada;

    i. Secara kuantitatif yang melibatkan kumpulan tertentu atau keseluruhan. ii. Secara kualitatif yang melibatkan invividu atau kumpulan kecil.

  • RUJUKAN

    Abdul Malek Haji Abdul Rahman (2004). Kesan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif

    dalam merawat tingkah laku langsang buli di kalangan pelajar sekolah menengah.

    Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

    Agensi Antidadah Kebangsaan (2010). Laporan Agensi Dadah Kebangsaan Ogos 2010.

    Anastasi, A.1982. Psychological testing. Ed. ke-5. New York: Mc Millan Publishing Co. Inc.

    Bronfenbrenner, U (1979). The ecology of human development: experiments by nature and

    design. Cambrige: Harvard University Press.

    Garmezy, N. 1996. Reflection and commentary on risk, resilience, and development. Dlm.

    R. J. Haggerty, L. R Sherrod, N. Garmezy & M. Rutter (pnyt.). Stress, risk, and

    resilence in children and adolescents. hlm. 1-18. New York: Cambridge University

    Press.

    Gay, L.R. (1996). Educational research: Competencies for analysis and application. Ed. ke-

    5. New Jersey: Merrill.

    Jamaludin Ahmad (2002). Kesahan dan Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Maju

    Diri ke atas Motivasi Pencapaian di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah

    Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti

    Putra Malaysia.

    Kerlinger, F.N. (1979). Foundations of behavioral research. Ed. ke-2. New York: Holt

    Rinehart & Winston.

    Lahmuddin (2003). Keberkesanan latihan pemodelan dan kebimbangan ibu bapa ke atas

    pelajar-pelajar lelaki agresif di Medan Indonesia. Tesis Dr. Fal. Universiti Sains

    Malaysia.

    Mc Whirter, J. J., Mc Whirter, B. T., Mc Whirter, A. M. & Mc Whirter, E. H. (1995). Youth

    at risk; Another point of view. Journal of Counseling and Development 73 (5): 567.

    Mohammad Nasir Bistamam (2006). Kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja ke

    atas remaja berisiko. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

    Mohammad Nasir Bistamam, Muhamad Bazlan Mustafa, Ahmad Jazimin Jusuh, Faizura

    Rihaizad, Aslina Ahmad, Samsiah Md Jais, Noraini Ismail, Amelia Mohd Noor Dan

    Mohd Noor Idris (2013). Remaja Berisiko Mengambil Dadah: Langkah Pengesanan

    Dan Pencegahan Awal. Laporan Kajian Gran Penyelidikan Akademik Agensi

    Antidadah Kebangsaan (AADK). Tanjong Malim: UPSI.

    Mohd Najib (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor Darul Takzim: Penerbit Universiti

    Teknologi Malaysia.

  • Paternoster, R. & Mazerolle, P. 1994. General strain theory and delingquency: a replication

    an extention. Journal of Research in Crime and Delingquency 31(3): 235-263

    Sidek Mohd Noah (2005). Pengujian dan Penilaian Kaunseling: Teori dan Aplikasi.

    Serdang: Ampang Press Sdn Bhd.

    Springer, D. W. 1998. Validation of the adolescent concerns evaluation (ACE): detecting

    indicators of runaway behavior in adolescents. Journal of Social Work Research

    22(4), 241 251.

    The Consortium on the school-based promotion of socialcCompetence. 1996. The school-

    based promotion of sosial support: Theory, research, practice, and policy. Dlm R. J.

    Haggerty, L. R Sherrod, N. Garmezy & M. Rutter (pynt.). Stress, risk, and resilence

    in children and adolescents. hlm. 268-318. New York: Cambridge University Press.