· 2015. 5. 31. · Laporan Tahunan | Annual Report 2011 Laporan Tahunan 2011 a nnua L r epor T...

182
www.litrak.com.my Continuously FOCUSING on Improvements Laporan Tahunan | Annual Report 2011 LAPORAN TAHUNAN 2011 ANNUAL REPORT LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD

Transcript of  · 2015. 5. 31. · Laporan Tahunan | Annual Report 2011 Laporan Tahunan 2011 a nnua L r epor T...

  • www.litrak.com.my

    ContinuouslyFocusing

    on Improvements

    Laporan Tahunan | Annual Report

    2011

    La

    po

    ra

    n

    Ta

    hu

    na

    n

    20

    11

    a

    nn

    ua

    L

    re

    po

    rT

    Ling

    ka

    ra

    n Tr

    an

    s k

    oTa

    Ho

    Ldin

    gs

    Be

    rH

    ad

  • Cover RationaleRasional Muka Depan

    The Group strives continuously to ease traffic congestion along its highly developed corridor. The ability to conjure up solutions comes not only from experience and expertise but also from fresh new ideas, sometimes with childlike simplicity and an

    instinctive curiosity.

    Kumpulan sentiasa berusaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang koridornya yang pesat membangun. Kemampuan untuk

    menghasilkan penyelesaian datang bukan hanya daripada pengalaman dan kepakaran tetapi juga dari idea-idea baru, adakalanya

    melalui pandangan kanak-kanak yang mudah dan naluri ingin tahu.

  • ContentsCorporate Information 2 Board of Directors’ Profile 3Management Team of LITRAK Group of Companies 10 Financial Highlights 11Chairman’s Statement 12 Corporate Governance Statement 21Statement on Internal Control 30 Audit Committee Report 33Additional Compliance Information 39 Financial Statements 41Analysis of Shareholdings 173Notice of Annual General Meeting 176Proxy Form

    KandunganMaklumat Korporat 2Profil Lembaga Pengarah 3Kumpulan Pengurusan Kumpulan Syarikat LITRAK 10Maklumat Penting Kewangan 11Penyata Pengerusi 12 Penyata Tadbir Urus Korporat 21Penyata Kawalan Dalaman 30 Laporan Jawatankuasa Audit 33Maklumat Pematuhan Tambahan 39Penyata Kewangan 107Analisis Pemegangan Saham 173Notis Mesyuarat Agung Tahunan 177Borang Proksi

    Date 26 August 2011, Friday Time 3.00 p.m. Venue Danau 3 Room

    Kota Permai Golf & Country Club No. 1 Jalan 31/100A Kota Kemuning Section 31, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Tarikh 26 Ogos 2011, Jumaat Masa 3.00 petang Tempat Danau 3 Room

    Kota Permai Golf & Country Club No. 1 Jalan 31/100A Kota Kemuning Section 31, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    16th annual general MeetingMesyuarat Agung Tahunan Ke-16

  • 2 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    BOARD Of DIRECTORS LEMBAGA PENGARAHTan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob Chairman / Pengerusi

    Ir Haji Yusoff bin DaudNon-Independent Executive Director / Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

    Dato’ Lin Yun LingNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin BahariIndependent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    Dato’ Ir Chew Swee HockIndependent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat NorNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Dato’ Ng Kee LeenNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Mr Saw Wah ThengNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    AuDIT COMMITTEEJAwATANKuASA AuDIT

    Chairman / Pengerusi

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari

    Member / Ahli

    Dato’ Ir Chew Swee HockMr Saw Wah Theng

    REMuNERATION COMMITTEEJAwATANKuASA IMBuHAN

    Chairman / Pengerusi

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan AbdulRahman bin Haji Wan Yaacob

    Member / Ahli

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin BahariDato’ Lin Yun Ling

    REGISTERED OffICEPEJABAT BERDAfTAR

    2nd Floor, Kompleks Operasi LITRAKKM19 Lebuh Raya Damansara-PuchongBandar Sunway, PJS 947500 Petaling JayaSelangor Darul EhsanMalaysiaTel : 603-7494 7000Fax : 603-7494 7022

    AuDITORSJuRuAuDIT

    Ernst & YoungChartered Accountants /Akauntan Bertauliah

    SHARE REGISTRARPENDAfTAR SAHAM

    Insurban Corporate Services Sdn Bhd149 Jalan Aminuddin BakiTaman Tun Dr Ismail60000 Kuala LumpurTel : 603-7729 5529Fax : 603-7728 5948

    BANKERSBANK-BANK

    Malayan Banking BerhadMaybank Investment Bank Berhad

    STOCK ExCHANGE LISTINGPENyENARAIAN BuRSA SAHAM

    Bursa Malaysia Securities BerhadMain Market / Pasaran Utama

    wEBSITE LAMAN wEB

    www.litrak.com.my

    Corporate InformationMaklumat Korporat

    NOMINATION COMMITTEEJAwATANKuASA PENCALONAN

    Chairman / Pengerusi

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan AbdulRahman bin Haji Wan Yaacob

    Member / Ahli

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin BahariDato’ Lin Yun Ling

    COMPANy SECRETARIESSETIAuSAHA-SETIAuSAHA SyARIKAT

    Ms Lim Soo LyeMs Chiew Teng Juan

  • 3ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

    TAN SRI DATO’ IR (DR) wAN ABDuL RAHMAN BIN HAJI wAN yAACOB70, Malaysian / Warganegara MalaysiaIndependent Non-Executive Chairman / Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob holds a Diploma in Civil & Structural Engineering from Brighton College of Technology, United Kingdom. He is a Fellow of The Institute of Civil Engineers, The Chartered Institution of Highways and Transportation, The Chartered Institute of Buildings (United Kingdom), The Institute of Engineering Malaysia and Academy of Sciences Malaysia.

    He has had a distinguished career with the Government of Malaysia primarily in the field of civil engineering. He had served in the Public Works Department since 1964 and became its Director-General from 1990 until his retirement in 1996.

    In recognition of his contributions to the engineering industry, he was conferred an Honorary Doctorate in Engineering by the University of Birmingham, United Kingdom in 1993. He received The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) Award in 1994 for his contributions and role in the nation’s infrastructural development.

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob was appointed to the Board of Directors on 1 August 1996. He also serves as Chairman of the Nomination Committee and Remuneration Committee of the Company.

    He does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company and has no conflict of interest with the Company.

    His directorships in other public companies are in IJM Corporation Berhad, Lysaght Galvanized Steel Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Malaysia Mining Corporation Berhad, NCB Holdings Berhad, Bank of America Malaysia Berhad and Northport (Malaysia) Berhad.

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam & Struktur dari Brighton College of Technology, United Kingdom. Beliau adalah Fellow kepada Institut Jurutera-jurutera Awam, Institusi Lebuh Raya dan Pengangkutan Berkanun, Institut Bangunan Berkanun (United Kingdom), Institut Kejuruteraan Malaysia dan Akademi Sains Malaysia.

    Beliau mempunyai latar belakang kerjaya yang cemerlang dengan Kerajaan Malaysia khususnya dalam bidang kejuruteraan awam. Beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya sejak tahun 1964 dan menjadi Ketua Pengarahnya dari tahun 1990 hingga beliau bersara pada tahun 1996.

    Sebagai pengiktirafan sumbangan beliau terhadap industri kejuruteraan, beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Kejuruteraan oleh University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1993. Beliau menerima Anugerah Institusi Kejuruteraan, Malaysia (IEM) pada tahun 1994 di atas sumbangan dan peranan beliau dalam pembangunan infrastruktur negara.

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Ogos 1996. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan Syarikat.

    Bel iau t idak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat dan tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Jawatan pengarah lain yang beliau sandang dalam syarikat-syarikat awam yang lain adalah IJM Corporation Berhad, Lysaght Galvanized Steel Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Malaysia Mining Corporation Berhad, NCB Holdings Berhad, Bank of America Malaysia Berhad dan Northport (Malaysia) Berhad.

  • 4 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    66, Malaysian / Warganegara MalaysiaNon-Independent Executive Director / Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

    Ir Haji Yusoff bin Daud graduated from the University of Brighton with a Bachelor of Science (Honours) Degree in Electrical Engineering in 1968. He joined National Electricity Board (LLN), Kota Bharu immediately after his graduation and in 1970 he was posted to Kedah as Assistant Engineer Consumers. In 1974, he was promoted to District Engineer where he was responsible for the planning and implementation of electricity supply for northern Kedah and Perlis. In 1977, he became the Senior District Manager, Kuala Terengganu, where he was responsible for the overall management and operations of electricity supply in Terengganu. From 1979 to 1980, he was attached to Petronas in the Special Projects Department as its Deputy Head responsible for the planning of the Peninsular Gas Utilization Project.

    In 1981 he was appointed a Director of Zaidun-Leeng Sdn Bhd and was subsequently made the Managing Director in 1994; a position which he held until 2002 when he was appointed as the Chairman until today. He has over 43 years of management and professional experience in the consulting engineering industry. Zaidun-Leeng Sdn Bhd specializes in the planning and design of infrastructure projects including mechanical, electrical and structural engineering services for buildings.

    Ir Haji Yusoff bin Daud was appointed to the Board of Directors on 14 September 1995. He also serves as a Chairman of the Executive Committee, Investment Committee and ESOS Committee of the Company.

    He does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company and has no conflict of interest with the Company.

    He is the Honorary Non-Executive Chairman of Toyo Ink Group Berhad.

    IR HAJI yuSOff BIN DAuD

    Ir Haji Yusoff bin Daud memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrik dari University of Brighton dalam tahun 1968. Beliau menyertai Lembaga Letrik Negara (LLN), Kota Bharu selepas menamatkan pengajian beliau dan kemudiannya ditukarkan ke Kedah dalam tahun 1970 sebagai Timbalan Jurutera Pengguna. Pada tahun 1974, beliau dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Daerah dengan tanggungjawab merancang dan melaksanakan bekalan elektrik untuk Kedah utara dan Perlis. Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai Pengurus Kanan Daerah, Kuala Terengganu, yang bertanggungjawab keseluruhannya terhadap pengurusan dan operasi bekalan elektrik di Terengganu. Dari tahun 1979 hingga 1980, beliau ditempatkan di Petronas di dalam Jabatan Projek-Projek Khas sebagai Timbalan Ketua yang bertanggungjawab terhadap perancangan bagi Projek Penggunaan Gas Semenanjung.

    Pada tahun 1981 beliau dilantik sebagai pengarah Zaidun-Leeng Sdn Bhd dan pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan, jawatan yang beliau pegang hingga tahun 2002 di mana beliau dilantik sebagai Pengerusi hingga ke hari ini. Beliau mempunyai lebih daripada 43 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan industri perundingan kejuruteraan. Pengkhususan Zaidun-Leeng Sdn Bhd ialah dalam perancangan dan reka bentuk projek-projek infrastruktur termasuklah perkhidmatan kejuruteraan mekanik, elektrik dan struktur untuk bangunan-bangunan.

    Ir Haji Yusoff bin Daud telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 14 September 1995. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa ESOS Syarikat.

    Beliau tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat dan tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Beliau merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Kehormat Toyo Ink Group Berhad.

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

  • 5ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    TAN SRI DATO’ NASRuDDIN BIN BAHARI

    DATO’ LIN yuN LING

    55, Malaysian / Warganegara MalaysiaNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Dato’ Lin Yun Ling graduated from King’s College, University of London, United Kingdom with a Bachelor of Science (Honours) Degree in Civil Engineering in 1977. He is a civil engineer with more than 33 years of working experience in civil engineering and construction.

    He was appointed to the Board of Directors of Gamuda Berhad in 1981 as Managing Director. Under his leadership over the years, Gamuda Berhad is now a diversified group with major activities in construction and infrastructure concessions both locally and abroad and in property development.

    Dato’ Lin Yun Ling was appointed a Director of the Company on 14 September 1995. He also serves as a member of the Nomination Committee and Remuneration Committee of the Company.

    He is a director and shareholder of Gamuda Berhad, a major shareholder of the Company. He has no conflict of interest with the Company.

    In addition to Gamuda Berhad, his directorship in other public companies is in Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad.

    Dato’ Lin Yun Ling mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari King’s College, University of London, United Kingdom dalam tahun 1977. Beliau adalah seorang jurutera awam yang mempunyai pengalaman bekerja lebih 33 tahun dalam bidang kejuruteraan awam dan pembinaan.

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

    Beliau dilantik ke Lembaga Pengarah Gamuda Berhad pada tahun 1981 sebagai Pengarah Urusan. Sepanjang kepimpinan beliau, Gamuda Berhad kini menjadi sebuah kumpulan syarikat pelbagai dengan aktiviti utama dalam pembinaan dan konsesi infrastruktur di dalam dan di luar negara dan dalam pembangunan hartanah.

    Dato’ Lin Yun Ling telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 14 September 1995. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan Syarikat.

    Beliau adalah seorang pengarah dan pemegang saham Gamuda Berhad yang juga merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Selain daripada Gamuda Berhad, jawatan pengarah lain yang beliau sandang dalam syarikat awam yang lain adalah Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad.

    73, Malaysian / Warganegara MalaysiaIndependent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari graduated from the University of Malaya with a Bachelor of Arts (Honours) Degree in 1960. He also obtained a Master in Public Administration from the University of Pittsburgh, United States of America.

    He had for the period between 1961 to 1992 served in the Administrative and Diplomatic Service in various capacities including Deputy Director-General in the Prime Minister’s Department, Director-General of Lands and Mines, Secretary-General in the Ministry of Land and Regional Development and Secretary-General in the Ministry of Defence (1988-1992).

  • 6 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    From 1974 to 1977, he was seconded to the United Nations Administration and served as Deputy Director of the Asian Centre for Development Administration (ACDA). Thereafter, he was elected as Vice President of the Association of Research and Development Institutes for Asia and Pacific in 1975 for a period of two years at its meeting in Canberra.

    In 1976 he was elected a member of Inter-Regional Executive Committee of Research and Development Institutes for Asia, Africa, Europe and Latin America at its meeting in London and remained a member until 1978. He also served as Advisor to the Planning Committee of the United Nations University in Tokyo.

    In the course of his duties, Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari served in various companies and development corporations both at Federal and State levels including being the Deputy Chairman of Armed Forces Fund Board (LTAT), Chairman of Sawira Sdn Bhd, Syarikat Malaysia Explosive Sdn Bhd, Naval Dockyard Sdn Bhd, AIROD Sdn Bhd and Aerospace Industries of Malaysia Sdn Bhd.

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari was appointed to the Board of Directors on 1 August 1996. He is also the Chairman of the Audit Committee and a member of the Nomination Committee and Remuneration Committee of the Company.

    He does not have any family relationship with any director and/or major shareholder of the Company and has no conflict of interest with the Company.

    His directorships in other public companies are in OCBC Bank (Malaysia) Berhad, OCBC Credit Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad, PacificMas Berhad, IJM Land Berhad and Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dalam tahun 1960. Beliau juga memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat.

    Dari tahun 1961 hingga tahun 1992, beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik dengan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Tanah dan Perlombongan, Setiausaha Agung Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah dan Setiausaha Agung Kementerian Pertahanan (1988-1992).

    Dari tahun 1974 hingga 1977, beliau telah dihantar ke Pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pusat Asia bagi Pentadbiran Pembangunan (ACDA). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Institut-Institut Penyelidikan dan Pembangunan bagi Asia dan Pasifik untuk tempoh dua tahun pada mesyuarat mereka di Canberra.

    Pada tahun 1976 beliau dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Antara Wilayah Institut-Institut Penyelidikan dan Pembangunan bagi Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin dalam mesyuarat mereka di London dan kekal sebagai ahlinya sehingga 1978. Beliau juga merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa Perancang United Nations University di Tokyo.

    Sepanjang perkhidmatannya, Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari telah berkhidmat dengan pelbagai syarikat dan perbadanan pembangunan di peringkat Persekutuan dan Negeri, termasuk sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) serta Pengerusi Sawira Sdn Bhd, Syarikat Malaysia Explosive Sdn Bhd, Naval Dockyard Sdn Bhd, AIROD Sdn Bhd dan Aerospace Industries of Malaysia Sdn Bhd.

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 1 Ogos 1996. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Syarikat dan ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan Syarikat.

    Bel iau t idak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat dan tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Jawatan pengarah lain yang beliau sandang dalam syarikat-syarikat awam yang lain adalah OCBC Bank (Malaysia) Berhad, OCBC Credit Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad, PacificMas Berhad, IJM Land Berhad dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

  • 7ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    68, Malaysian / Warganegara MalaysiaIndependent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    Dato’ Ir Chew Swee Hock graduated from University of Malaya with a Bachelor of Engineering (Honours) Degree in 1966. He is a Professional Engineer registered with the Board of Engineers, Malaysia; a Fellow of the Institution of Engineers, Malaysia; member of the Road Engineering Association, Malaysia; and member of the Road Engineering Association of Asia and Australasia. He had worked as an Engineer in the Public Works Department, Malaysia since graduation and the last post held was that of Director-General of the Malaysian Highway Authority. In 1995 he optionally retired from public service to work as a freelance consultant.

    Dato’ Ir Chew Swee Hock was appointed to the Board of Directors on 1 August 1996. He also serves as a member of the Audit Committee of the Company.

    He does not have any family relationship with any director and/or major shareholder of the Company and has no conflict of interest with the Company.

    He is also a director of Lysaght Galvanized Steel Berhad.

    Dato’ Ir Chew Swee Hock memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1966. Beliau merupakan seorang Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia; ahli Fellow Institusi Jurutera Malaysia; ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia; dan ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Asia dan Australasia. Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja sebagai Jurutera di Jabatan Kerja Raya, Malaysia. Jawatan terakhir yang disandang beliau semasa berkhidmat dengan kerajaan ialah sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia. Pada tahun 1995, beliau memilih untuk bersara lebih awal untuk bekerja sebagai perunding bebas.

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

    Dato’ Ir Chew Swee Hock telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 1 Ogos 1996. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Audit Syarikat.

    Beliau tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat dan tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Beliau juga merupakan pengarah Lysaght Galvanized Steel Berhad.

    53, Malaysian / Warganegara MalaysiaNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor graduated from the University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom with a Bachelor of Science Degree in Civil Engineering in 1983 and a Master of Science Degree in Highway Engineering from the same university in 1995.

    He was a Resident Engineer for Public Works Department (JKR), Pahang from 1983 to 1984 and Resident Engineer of JKR, Selangor from 1984 to 1986. As the Resident Engineer, he was responsible for supervising the construction of army complex, civil work and air force building.

    In 1987 he was posted to JKR Kuala Lumpur (Road Branch) as a Design Engineer responsible for road design and the management and coordination of consultants work. He left in 1997 to join Gamuda Berhad as a Manager, Design and Technical.

    Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor was appointed to the Board of Directors on 3 January 2001. He also serves as a member of the Executive Committee of the Company.

    He is a director of Gamuda Berhad, a major shareholder of the Company. He has no conflict of interest with the Company.

    DATO’ IR HAJI AZMI BIN MAT NOR

    DATO’ IR CHEw SwEE HOCK

  • 8 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    In addition to Gamuda Berhad, his directorships in other public companies are in Kesas Holdings Berhad and Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad.

    Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom dalam tahun 1983 dan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Lebuh Raya daripada universiti yang sama dalam tahun 1995.

    Beliau pernah berkhidmat sebagai Jurutera Residen dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Pahang dari tahun 1983 hingga 1984 dan Jurutera Residen JKR, Selangor dari tahun 1984 hingga tahun 1986 di mana beliau telah bertanggungjawab terhadap penyeliaan pembinaan kompleks tentera, kerja-kerja awam dan bangunan tentera udara.

    Dalam tahun 1987 beliau ditugaskan ke JKR Kuala Lumpur (Cawangan Jalan Raya) sebagai Jurutera Rekabentuk yang bertanggungjawab terhadap rekabentuk jalan raya serta mengurus dan menyelaras kerja-kerja perundingan. Beliau berhenti pada tahun 1997 untuk menyertai Gamuda Berhad sebagai Pengurus Rekabentuk dan Teknikal.

    Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 3 Januari 2001. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Syarikat.

    Beliau adalah seorang pengarah Gamuda Berhad yang merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Selain daripada Gamuda Berhad, jawatan pengarah lain yang beliau sandang dalam syarikat-syarikat awam yang lain adalah Kesas Holdings Berhad dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad.

    54, Malaysian / Warganegara MalaysiaNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Dato’ Ng Kee Leen has been with Gamuda Berhad since 1977 during which time he held various senior management positions. He has extensive working experience in tender, finance and implementation of infrastructure projects.

    He presently serves as a Board Member of the Construction Industry Development Board (CIDB), Council Member of the Building Industry Presidents’ Council (BIPC), Council Member of the ASEAN Constructors Federation (ACF) and Vice President of Malaysian Service Providers Confederation. He was the President of Master Builders Association of Malaysia (MBAM), the collective and recognized voice of the construction industry in Malaysia from 2008 to 2010.

    Dato’ Ng Kee Leen was appointed to the Board of Directors on 1 August 1996. He also serves as a member of the Investment Committee and ESOS Committee of the Company.

    He is a director and shareholder of Gamuda Berhad, a major shareholder of the Company. He has no conflict of interest with the Company.

    In addition to Gamuda Berhad, Dato’ Ng Kee Leen is also a director of Kesas Holdings Berhad and Construction Labour Exchange Centre Berhad.

    Dato’ Ng Kee Leen telah bersama dengan Gamuda Berhad sejak tahun 1977 di mana beliau pernah menyandang pelbagai jawatan di peringkat pengurusan tertinggi. Beliau mempunyai pengalaman bekerja yang luas dalam tender, kewangan dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur.

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

    DATO’ NG KEE LEEN

  • 9ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    Kini beliau merupakan Ahli Lembaga bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Ahli Majlis dalam Building Industry Presidents’ Council (BIPC), Ahli Majlis ASEAN Constructors Federation (ACF) dan Naib Presiden Malaysian Service Providers Confederation. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden bagi Masters Builders Association of Malaysia (MBAM), sebuah pertubuhan yang menyuarakan pandangan kolektif dan diiktiraf dalam industri pembinaan Malaysia dari tahun 2008 hingga 2010.

    Dato’ Ng Kee Leen telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 1 Ogos 1996. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa ESOS Syarikat.

    Beliau adalah seorang pengarah dan pemegang saham Gamuda Berhad yang merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Selain daripada Gamuda Berhad, Dato’ Ng Kee Leen juga merupakan seorang pengarah Kesas Holdings Berhad dan Construction Labour Exchange Centre Berhad.

    54, Malaysian / Warganegara MalaysiaNon-Independent Non-Executive Director / Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Mr Saw Wah Theng was admitted as an Associate of the Institute of Chartered Accountants (England and Wales) in 1985. In 1988, he became a member of the Malaysian Institute of Accountants.

    He has extensive experience in accounting, treasury and corporate finance. He was attached to an auditing firm in the United Kingdom from 1981 to 1985. Prior to joining Gamuda Group, he was the Group Financial Controller of Hong Leong Industries Berhad.

    Board of directors’ ProfileProfil Lembaga Pengarah

    Mr Saw Wah Theng was appointed to the Board of Directors on 22 May 2001. He also serves as a member of the Audit Committee, Investment Committee and ESOS Committee of the Company.

    He is a director and shareholder of Gamuda Berhad, a major shareholder of the Company. He has no conflict of interest with the Company.

    In addition to Gamuda Berhad, his directorships in other public companies are in Kesas Holdings Berhad, Danau Permai Resort Berhad and Horizon Hills Resort Berhad.

    En Saw Wah Theng diterima sebagai ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants (England and Wales) pada tahun 1985. Pada tahun 1988, beliau menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia.

    Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perakaunan, perbendaharaan dan kewangan korporat. Beliau bekerja dengan sebuah firma audit di United Kingdom dari tahun 1981 hingga tahun 1985. Sebelum menyertai Kumpulan Gamuda, beliau adalah Pengawal Kewangan Kumpulan kepada Hong Leong Industries Berhad.

    En Saw Wah Theng telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 22 Mei 2001. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa ESOS Syarikat.

    Beliau adalah seorang pengarah dan pemegang saham Gamuda Berhad yang juga merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan Syarikat.

    Selain daripada Gamuda Berhad, jawatan pengarah lain yang beliau sandang dalam syarikat-syarikat awam yang lain adalah Kesas Holdings Berhad, Danau Permai Resort Berhad dan Horizon Hills Resort Berhad.

    MR SAw wAH THENG

  • 10 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    Management team of LItraK group of CompaniesKumpulan Pengurusan Kumpulan Syarikat LITRAK

    23

    7 5 6 8

    91011

    1 4

    1. En Sazally bin Saidi Chief Executive Officer / Ketua Pegawai Eksekutif

    2. Mr Richard Lim Kim Ong Chief Operating Officer / Ketua Pegawai Operasi

    3. Mr francisco Anthony Doss Head of Department, Engineering / Ketua Jabatan, Kejuruteraan

    4. Pn Norhashima binti Dato’ Mohamed Hassan Head of Department, Human Resource & Administration / Ketua Jabatan, Sumber Manusia & Pentadbiran

    5. Mr francis Oon Kam Lam Head of Department, Quality & Control / Ketua Jabatan, Kualiti & Kawalan

    6. Mr Stephen Low Chee weng Head of Department, Corporate & Finance / Ketua Jabatan, Korporat & Kewangan

    7. Mr Chuah Lean Pin Head of Department, Information Technology / Ketua Jabatan, Teknologi Maklumat

    8. En Nor Azman bin Ishak Head of Department, Traffic Safety / Ketua Jabatan, Keselamatan Trafik

    9. Mr yau Ti Sin Head of Department, Highway Maintenance / Ketua Jabatan, Penyelenggaraan Lebuh Raya

    10. En Azman bin Md. Din Head of Department, Toll Operations & Facilities Maintenance / Ketua Jabatan, Operasi Tol & Penyelenggaraan Kemudahan

    11. En Shah Rizal bin Mohamed fawzi Head of Department, Communications / Ketua Jabatan, Komunikasi

  • 11ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    2007

    255.9

    RM

    Mill

    ion

    / R

    M J

    uta

    293.0 297.5310.5 318.6

    2008 2009 2010 2011 2007

    129.8

    RM

    Mill

    ion

    / R

    M J

    uta 142.7 145.0

    127.3136.7

    2008 2009 2010 2011

    2007

    1.74RM /

    RM

    1.88

    0.85 0.86 0.85

    2008 2009 2010 2011 2007

    850.3R

    M M

    illio

    n /

    RM

    Ju

    ta927.0

    420.0 427.9 426.3

    2008 2009 2010 2011

    Financial HighlightsMaklumat Penting Kewangan

    RevenueHasil

    Net Assets Per ShareAset Bersih Sesaham

    Profit Before TaxKeuntungan Sebelum Cukai

    Equity Attributable to Owners of the Parent Ekuiti Milik Para Pemilik Syarikat Induk

    financial year Ended 31 MarchTahun Kewangan Berakhir 31 Mac

    2007 2008 2009 2010 2011

    RM Million / RM Juta

    Revenue Hasil 255.9 293.0 297.5 310.5 318.6

    Profit Before Tax Keuntungan Sebelum Cukai 129.8 142.7 145.0 127.3 136.7

    Profit Net of Tax, Representing Total Comprehensive Income for the Year Keuntungan Selepas Ditolak Cukai, Mewakili Jumlah Pendapatan Menyeluruh bagi Tahun 100.5 104.8 102.1 86.0 98.4

    Basic Earnings Per Share (sen per share) Pendapatan Sesaham Asas (sen sesaham) 20.6 21.4 20.7 17.2 19.6

    Total Assets Jumlah Aset 2,022.2 2,080.2 2,252.3 2,328.4 2,280.4

    Equity Attributable to Owners of the ParentEkuiti Milik Para Pemilik Syarikat Induk 850.3 927.0 420.0 427.9 426.3

    Net Assets Per Share (RM) Aset Bersih Sesaham (RM) 1.74 1.88 0.85 0.86 0.85

    Issued and Fully Paid-up Capital Modal Diterbit dan Berbayar Penuh 488.8 492.1 99.4* 100.0* 100.6*

    Market Capitalisation Pemodalan Pasaran 1,456.6 1,761.7 1,038.7 1,525.0 1,770.6

    * The par value of each ordinary share of the Company was reduced from RM1.00 to RM0.20 per share via a capital repayment exercise completed on 13 August 2008.

    * Nilai tara bagi setiap saham biasa Syarikat telah dikurangkan daripada RM1.00 kepada RM0.20 sesaham melalui pelaksanaan bayaran balik modal yang diselesaikan pada 13 Ogos 2008.

  • Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    IT IS MY PLEASURE ONCE AGAIN TO

    PRESENT, ON BEHALF OF THE BOARD OF

    DIRECTORS, THE ANNUAL REPORT AND

    FINANCIAL STATEMENTS OF THE COMPANY

    AND THE GROUP FOR THE FINANCIAL

    YEAR ENDED 31 MARCH 2011.

    BAGI PIHAK LEMBAGA PENGARAH, SAYA

    DENGAN SUKACITANYA SEKALI LAGI

    MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN

    DAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT

    DAN KUMPULAN BAGI TAHUN

    KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2011.

    TAN SRI DATO’ IR (DR) WAN ABDUL RAHMAN BIN HAJI WAN YAACOB

    Independent Non-Executive Chairman / Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas

    12 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

  • 13ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    TINJAuAN KEwANGAN

    Selepas kemerosotan dalam tahun 2009, ekonomi dunia bertambah baik dalam tahun 2010 dengan pertumbuhan kukuh dialami oleh negara membangun terutamanya di rantau Asia. Ekonomi Malaysia kembali mengalami pertumbuhan kukuh dalam tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan yang amat baik sebanyak 7.2%. Ini adalah kerana permintaan domestik dan luaran yang kuat, berserta dengan pengembangan kukuh dalam aktiviti sektor swasta. Sektor awam juga memainkan peranannya dalam menyokong ekonomi domestik melalui pelaksanaan program untuk meningkatkan lagi infrastruktur negara dan sistem serahan sektor awam.

    Malaysia juga melaksanakan transformasi ekonomi yang bertujuan mentransformasikan negara menjadi ekonomi maju dan berpendapatan tinggi melalui Program Transformasi Ekonomi yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan Malaysia 2010. Inisiatif ini termasuklah inisiatif pelaksanaan projek pembinaan Perkongsian Swasta-Awam berimpak tinggi, merangsang semula pasaran ekuiti domestik melalui mempercepatkan pelucutan pelaburan pemegangan saham dalam syarikat tersenarai awam yang dipegang oleh syarikat berkaitan kerajaan dan memesatkan pembangunan modal insan melalui peruntukan dana dan penubuhan Talent Corporation Malaysia Berhad.

    Untuk suku tahunan pertama 2011, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.6% dan ianya diunjurkan berkembang sebanyak 5% – 6% untuk keseluruhan tahun 2011, disumbangkan terutamanya oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik. Ekonomi global bagaimanapun dijangka mengalami pemulihan ekonomi yang tidak seimbang ekoran impak berterusan daripada krisis kewangan global. Kesan ini termasuklah masalah struktur berkaitan dengan pengangguran tinggi, kedudukan fiskal lemah dan keadaan kredit yang mengalami kekangan. Tekanan inflasi masih menjadi suatu kebimbangan ekoran risiko yang dikaitkan dengan harga komoditi yang lebih tinggi.

    Di sebalik latar belakang ini, kami sukacita mengumumkan bahawa untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, Kumpulan berjaya mencatat pertumbuhan sebanyak 2.6% dalam hasil daripada RM310.5 juta yang diperolehi dalam tahun kewangan sebelumnya kepada RM318.6 juta.

    Sebahagian besarnya pertumbuhan dalam hasil adalah disebabkan oleh kenaikan tol yang dijadualkan sampai tempoh pada 1 Januari 2011 yang mana Kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan sehingga notis selanjutnya. Oleh itu, Kumpulan telah membuat akruan yang perlu berdasarkan terma Perjanjian Konsesi yang ditandatangani dengan Kerajaan Malaysia.

    fINANCIAL REVIEw

    After the downturn in 2009, the world economy improved significantly in 2010 with strong growth being recorded in the emerging economies particularly in the Asian region. The Malaysian economy experienced a strong resumption of growth in 2010 with a commendable growth rate of 7.2%. This was the result of robust domestic and external demand coupled with strong expansion in private sector activity. The public sector played their part as well in supporting the domestic economy via the implementation of programmes to further enhance the country’s infrastructure and the public sector delivery system.

    Malaysia has also embarked on an economic transformation platform aimed at transforming the nation into a developed and high-income economy via the Economic Transformation Programme which was announced by the Government in the Malaysian Budget 2010. These initiatives includes initiation of various high-impact Public-Private Partnerships construction projects, reinvigorating the domestic equity market through accelerated divestments of shareholdings in public listed companies held by government linked companies and intensifying human capital development through allocation of funds and establishment of Talent Corporation Malaysia Berhad. For the first quarter of 2011, the Malaysian economy registered a growth of 4.6% and is projected to grow at 5% – 6% for the whole of 2011 contributed mainly by the continued expansion in domestic demand. The global economy however is expected to experience uneven economic recovery as a result of the continuing impact of the global financial crisis. These effects include structural problems related to high unemployment, weak fiscal positions and constrained credit conditions. Inflationary pressure remains a concern as a result of the risk associated with higher commodity prices.

    Against this backdrop, we are pleased to announce that for the financial year ended 31 March 2011, the Group managed to register a growth of 2.6% in revenue from RM310.5 million achieved in the previous financial year to RM318.6 million.

    The growth in revenue is mainly due to the scheduled toll increase due on 1 January 2011 of which the Government had decided to defer until further notice. The Group has therefore made the necessary accruals based on the terms of the Concession Agreement signed with the Government of Malaysia.

  • 14 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    Being a fairly matured urban highway, we can expect traffic growth on the Damansara-Puchong Highway (LDP) to be slight. The average weekday tollable traffic is now in the region of 475,000 compared to 470,000 vehicles reported in the previous year. Tollable traffic at the southern section of LDP was affected negatively with the opening of Section 1B of the South Klang Valley Expressway (SKVE) in July 2010. The toll plazas that were affected by this new stretch of highway are Puchong Barat and Puchong Selatan Toll Plazas. Tollable traffic at these 2 plazas was reduced by 5% – 6% as a result of the opening but since the beginning of the third quarter of the Group’s financial year ending 2011, we have seen traffic beginning to increase once again at these 2 plazas.

    In line with the increase in Group revenue, the Group recorded an increase of 14.5% in Group profit net of tax, representing total comprehensive income for the year, from RM86.0 million recorded in the previous financial year ended 31 March 2010 to RM98.4 million achieved for the financial year ended 31 March 2011.

    OPERATIONS

    The Group remains fully committed to its primary focus of looking at ways to relieve traffic congestion and enhancing riding quality on the LDP.

    The RM133 million upgrading project at the Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Interchange located at KM6.8 on the LDP which commenced in 2007 is expected to be completed by early 2012. Upon completion of this project, motorists from TTDI heading towards Bandar Utama and beyond need no longer have to use the traffic lights intersection but will instead be able to travel free flow by using the new underpass. Other motorists travelling at the at-grade TTDI Interchange will also experience smoother traffic flow as the phasing of the traffic lights at the location will be reduced from 3 to 2.

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    Sebagai lebuh raya dalam bandar yang sudah agak matang, kami menjangkakan sedikit pertumbuhan trafik di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP). Purata trafik bertol harian kini adalah dalam lingkungan 475,000 kenderaan berbanding dengan 470,000 kenderaan yang dilaporkan dalam tahun sebelumnya. Trafik bertol di bahagian Selatan LDP terjejas secara negatif oleh pembukaan Seksyen 1B, Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dalam bulan Julai 2010. Plaza tol yang terjejas oleh lebuh raya baru ini ialah Plaza Tol Puchong Barat dan Plaza Tol Puchong Selatan. Trafik bertol di kedua-dua plaza ini berkurangan sebanyak 5% – 6% ekoran pembukaan lebuh raya tersebut tetapi sejak permulaan suku tahunan ketiga tahun kewangan Kumpulan yang berakhir pada tahun

    2011, kita dapati trafik meningkat semula di kedua-dua plaza tol ini.

    Sejajar dengan peningkatan hasil Kumpulan, Kumpulan mencatat peningkatan sebanyak 14.5% dalam keuntungan selepas ditolak cukai Kumpulan yang merupakan jumlah pendapatan menyeluruh bagi tahun tersebut, daripada RM86.0 juta yang dicatatkan dalam tahun kewangan sebelumnya yang berakhir 31 Mac 2010 kepada RM98.4 juta yang diperolehi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.

    OPERASI

    Kumpulan terus komited sepenuhnya kepada tumpuan utama mencari jalan untuk mengurangkan kesesakan trafik dan meningkatkan kualiti perjalanan di LDP.

    Projek bernilai RM133 juta untuk menaik taraf Persimpangan Bertingkat Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di KM6.8 LDP yang dimulakan pada tahun 2007 dijangka siap pada awal tahun 2012. Dengan siapnya projek ini, pengguna lebuh raya dari TTDI yang menghala dan melewati Bandar Utama tidak lagi perlu melalui lampu isyarat di persimpangan berlampu isyarat tetapi sebaliknya hanya perlu menggunakan terowong yang baru untuk perjalanan yang lebih lancar. Pengguna lebuh raya lain yang menggunakan Persimpangan Bertingkat TTDI searas juga akan menikmati perjalanan yang lancar kerana pemfasaan lampu isyarat di lokasi tersebut akan dikurangkan daripada 3 kepada 2.

    Bagi program peningkatan utama yang dimulakan dalam tahun kewangan lepas yang dikenali sebagai “LDP 5”, yang dibahagikan kepada pelbagai pakej, kerja-kerja pembinaan berjalan lancar. Pakej A yang dimulakan dalam bulan November 2009 membabitkan kerja-kerja menaik taraf di kawasan Puchong Intan dan Persimpangan Bertingkat Puchong Perdana.

    Bored piling works for the underpass at TTDI in progress.

  • 15ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    Piling works for new 2-lane ramp from Persiaran Surian to Kepong on-going.

    Existing contra flow between KM19.3 – KM22.0 southbound, to be replaced with a permanent scheme.

    As for the major enhancement programme that commenced in the last financial year, known internally as “LDP 5”, which is divided into various packages, works are progressing smoothly. Package A which kicked off in November 2009 involves enhancement works in the vicinity of Puchong Intan and Puchong Perdana Interchange.

    Whilst Package A involves relieving traffic congestion in the southern stretch of the LDP, Package B which kicked off in July 2010 concentrates on the northern section of the LDP. Package B comprises the upgrading and improvement works between Persiaran Surian (KM5.0) to the Penchala Toll Plaza (KM2.5). In view of the tremendous amounts of developments that are taking place in the vicinity, it is therefore timely to implement this package whilst space is still available for works to be carried out.

    Package C on the other hand will tackle the congestion issues at the central portion of the LDP. In view of the extremely successful results seen in the implementation of the contra flow system between KM19.3 to KM22.0 southbound during the evening peak hours which commenced in March 2010, it was decided to make this a permanent feature via the implementation of Package C. Ground works for this package are expected to commence soon and will involve the following:

    Sementara Pakej A membabitkan kerja-kerja untuk mengurangkan kesesakan trafik di bahagian selatan LDP, Pakej B yang dimulakan dalam bulan Julai 2010 pula memberi tumpuan kepada bahagian utara LDP. Pakej B terdiri daripada kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan antara Persiaran Surian (KM5.0) hingga Plaza Tol Penchala (KM2.5). Memandangkan terdapat banyak pembangunan sedang dijalankan di kawasan tersebut, memang sesuai pada masanya pakej ini dilaksanakan sementara masih ada ruang untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

    Pakej C sebaliknya akan mengatasi isu kesesakan trafik di bahagian tengah LDP. Memandangkan kejayaan pelaksanaan sistem laluan kontra menghala ke selatan antara KM19.3 hingga KM22.0 pada waktu puncak sebelah petang sejak Mac 2010, pihak Syarikat telah memutuskan untuk menjadikannya sebagai sistem kekal melalui pelaksanaan Pakej C. Kerja-kerja persiapan untuk pakej ini dijangka bermula tidak lama lagi dan membabitkan perkara-perkara berikut:

    Enhancement works in the vicinity of Puchong Intan in progress.

  • 16 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    (a) providing a dedicated and uninterrupted 2-lanes for traffic travelling from Petaling Jaya Toll Plaza (TP2) to Putrajaya bypassing the congested Bandar Puchong Jaya area and local junctions at Jalan Kenari 7, Jalan Kenari 4 and Persiaran Puchong Jaya Selatan. The additional uninterrupted 2-lanes will also enable traffic to bypass all junction movements between TP2 and Puchong Jaya Interchange, that is, ingresses and egresses to/from Shah Alam Expressway and Bandar Puchong Jaya;

    (b) providing a widened 3-lanes from TP2 to Bandar Puchong Jaya and Putrajaya. The lanes will cater for traffic going and exiting the LDP from junctions between TP2 and Bandar Puchong Jaya, that is, ingresses and egresses to/from Shah Alam Expressway, Jalan Klang Lama, Sg. Besi and Bandar Puchong Jaya;

    (c) construction of a new 2-lanes bridge of approximately 490 metres to be used by northbound traffic as a substitute for the existing northbound bridge which is going to be used by southbound traffic instead; and

    (d) widening of both northbound and southbound mainline and slip road between KM20.5 to KM21.9 and KM19.0 to KM21.9 respectively.

    In order to reward our frequent users and further encourage the usage of electronic toll collection (ETC), hence increasing vehicle throughput at all the toll plazas, the Frequent Travellers Programme (FTP) that was launched on 1 June 2009 was revised to make it more attractive to our valued users. In the past, any ETC user who uses a minimum of RM200 on LDP, that is, 125 trips, in a month was entitled to a 20% redemption entitlement. The threshold to qualify for the 20% redemption entitlement has now been reduced to 100 trips.

    (a) menyediakan dua lorong khusus dan tanpa gangguan untuk trafik daripada Plaza Tol Petaling Jaya (TP2) ke Putrajaya tanpa melalui kawasan sesak di Bandar Puchong Jaya dan simpang di Jalan Kenari 7, Jalan Kenari 4 dan Persiaran Puchong Jaya Selatan. Dua lorong khusus tersebut juga akan membolehkan trafik bergerak tanpa melalui semua simpang antara TP2 dan Persimpangan Bertingkat Puchong Jaya, iaitu, jalan masuk dan jalan keluar ke/daripada Lebuh Raya Shah Alam dan Bandar Puchong Jaya;

    (b) menyediakan tiga lorong yang dilebarkan daripada TP2 ke Bandar Puchong Jaya dan Putrajaya. Lorong ini adalah untuk trafik keluar dan masuk daripada LDP dari simpang antara TP2 dan Bandar Puchong Jaya, iaitu, jalan masuk dan jalan keluar ke/daripada Lebuh Raya Shah Alam, Jalan Klang Lama, Sg. Besi dan Bandar Puchong Jaya;

    (c) membina jambatan baru dua lorong sepanjang lebih kurang 490 meter untuk digunakan oleh trafik menghala ke utara sebagai ganti kepada jambatan menghala ke utara sedia ada yang akan digunakan untuk trafik menghala ke selatan; dan

    (d) melebarkan kedua-dua jajaran utama dan jalan susur menghala ke utara dan selatan masing-masing antara KM20.5 hingga KM21.9 dan antara KM19.0 hingga KM21.9.

    Sebagai ganjaran kepada pengguna kerap dan untuk menggalakkan penggunaan pungutan tol secara elektronik (ETC) serta mengurangkan masa membayar tol di semua plaza tol, Program Pengguna Kerap (FTP) yang dilancarkan pada 1 Jun 2009 telah diperbaharui untuk menjadikannya lebih menarik kepada pengguna yang kami hargai. Sebelum ini, mana-mana pengguna ETC yang menggunakan minima RM200 di LDP, iaitu, 125 perjalanan, dalam sebulan layak mendapat penebusan 20%. Kelayakan bagi penebusan 20% ini kini dikurangkan kepada 100 perjalanan.

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    Kerinchi Link is one of the routes utilized by Bus Expressway Transit (BET)

  • 17ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    INVESTMENT IN SISTEM PENyuRAIAN TRAfIK KL BARAT HOLDINGS SDN BHD (SPRINT HOLDINGS)

    The scheduled toll increase on all the three links that make up SPRINT Highway has been further deferred until further notice by the Government of Malaysia. As a result of the deferment of the scheduled toll increase, the Government of Malaysia has been compensating Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) in accordance with the provisions of the Concession Agreement.

    Traffic volume on SPRINT Highway continues to grow at an encouraging rate in particular Penchala Link and Kerinchi Link. The average weekday tollable traffic at the moment is just in excess of 215,000 vehicles compared to 200,000 during the same period in the previous year which represents an increase of 7.5%. To ensure better accessibility and visibility of SPRINT Highway, the Management has added additional signages on roads leading into SPRINT Highway to assist users even further to their respective destinations via SPRINT Highway.

    SPRINT also continues to support the Government of Malaysia in assisting to provide better public transport service by being part of the route utilized by Bus Expressway Transit (BET) from Kota Damansara to Kuala Lumpur City Centre which passes through Penchala Link and Kerinchi Link.

    As an added convenience to our users and to further encourage the use of ETC, all the toll payment lanes on SPRINT Highway have now been equipped with Touch’n Go readers.

    CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITIES (CSR)

    The massive highway upgrading and enhancement projects that have been earlier mentioned in great detail above perhaps best shows the level of commitment that we place towards CSR. These projects are not the short term activities but ones that involves time and effort over a much longer time frame and undertaken after much dialogue with the numerous relevant parties.

    PeLaBuran daLaM sIsteM PenYuraIan traFIK KL Barat HoLdIngs sdn BHd (sPrInt HoLdIngs)

    Kenaikan tol yang dijadualkan di kesemua tiga hubungan dalam Lebuh Raya SPRINT telah ditangguhkan sehingga notis selanjutnya oleh Kerajaan Malaysia. Ekoran penangguhan tersebut, Kerajaan Malaysia telah membayar pampasan kepada Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Konsesi.

    Jumlah trafik di Lebuh Raya SPRINT terus meningkat pada kadar yang menggalakkan terutamanya di Hubungan Penchala dan Hubungan Kerinchi. Purata trafik bertol harian buat masa ini melebihi 215,000 buah kenderaan berbanding dengan 200,000 buah kenderaan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya yang mencatatkan kenaikan sebanyak 7.5%. Untuk memastikan Lebuh Raya SPRINT lebih mudah didatangi dan dilihat, pihak Pengurusan telah menambah papan tanda petunjuk di jalan-jalan menghala ke Lebuh Raya SPRINT untuk membantu pengguna sampai ke destinasi mereka melalui Lebuh Raya SPRINT.

    SPRINT juga terus menyokong Kerajaan Malaysia dalam membantu menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap dengan menjadi sebahagian daripada laluan Bus Expressway Transit (BET) dari Kota Damansara ke pusat bandaraya Kuala Lumpur yang melalui Hubungan Penchala dan Hubungan Kerinchi.

    Sebagai keselesaan tambahan kepada para pengguna kami dan untuk menggalakkan lagi penggunaan ETC, semua laluan bayaran tol di Lebuh Raya SPRINT kini dilengkapi dengan pembaca Touch’n Go.

    TANGGuNGJAwAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

    Projek menaik taraf dan penambahbaikan lebuh raya secara besar-besaran yang disebut secara terperinci di atas menunjukkan tahap komitmen kami terhadap CSR. Projek-projek tersebut bukan sekadar aktiviti jangka pendek, tetapi yang mengambil masa panjang dan usaha yang lebih lama, dan dilaksanakan selepas banyak sesi dialog dengan pelbagai pihak yang berkaitan.

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    Launching of the revised FTP. Road Safety Campaign with the Police and the Malaysian Highway Authority before Hari Raya Aidilfitri.

  • 18 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    The Group also has a proud history of supporting the communities in which we operate and we continue to do our part in organizing activities in particular with those who are less fortunate. Our charity events with the less fortunate during Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Chinese New Year and Hari Raya Korban continue to be very well supported.

    Being a tolled highway operator subject daily to the attendance of road accidents; the majority of which are avoidable, instilling road safety and road safety awareness remains an important focus area. Throughout the year, the various activities that were carried out include:

    (a) organizing road safety talks in collaboration with traffic police at selected schools located along LDP;

    (b) organizing a road safety programme in collaboration with Perfect Driving Academy, Puchong Prima which is especially targeted at motorcyclists by stressing the importance of always being alert whilst travelling; and

    (c) participating in the festive road safety campaigns organized in conjunction with the Ministry of Works, Royal Malaysia Police and Malaysian Highway Authority.

    Kumpulan juga mempunyai sejarah yang membanggakan dalam usaha membantu komuniti setempat di mana kami beroperasi dan kami terus menganjurkan aktiviti-aktiviti khususnya untuk golongan masyarakat yang kurang bernasib baik. Acara-acara amal yang kami adakan untuk golongan ini semasa Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Korban terus mendapat sokongan yang amat memberansangkan.

    Sebagai pengendali lebuh raya bertol yang menyaksikan kemalangan jalan raya setiap hari, yang mana kebanyakan daripadanya boleh dielakkan, usaha untuk menyemai kesedaran terhadap keselamatan jalan raya tetap menjadi tumpuan utama. Sepanjang tahun tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah:

    (a) menganjur ceramah keselamatan jalan raya dengan kerjasama polis trafik di sekolah-sekolah terpilih di sepanjang LDP;

    (b) menganjur program keselamatan jalan raya dengan

    kerjasama Perfect Driving Academy, Puchong Prima khas untuk penunggang motosikal mengenai betapa pentingnya mereka perlu sentiasa berwaspada ketika di jalan raya; dan

    (c) mengambil bahagian dalam kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan anjuran Kementerian Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    Road Safety Campaign in collaboration with the Petaling Jaya District Police at SMK Bandar Utama, Damansara (4).

    Festival celebrations with old folks and the under privileged children.

  • 19ANNuAL REPORT 2011 LAPORAN TAHuNAN

    The Group continues to support the 1 Malaysia concept by giving substantial discounts to our users for travel during the major ethnic festival days and for the first time last year, free travel on the entire stretch of the LDP on Merdeka Day.

    fuTuRE PROSPECTS

    According to the Concession Agreement signed with the Government of Malaysia, the toll rate for LDP was scheduled for increase on 1 January 2011 but the Government has decided to defer the increase until further notice. Based on our past negotiations with the Government, the Group is optimistic that compensation based on the terms of the Concession Agreement will be observed by all parties concerned.

    The ongoing major capacity enhancement projects aimed at relieving traffic congestion together with the numerous large ongoing and planned commercial and residential developments along the entire stretch of the LDP will definitely result in a greater number of vehicles plying the LDP. Furthermore, except for the opening of Section 1B of the SKVE on 1 July 2010, we do not foresee any major alternative routes being completed in the near term. In percentage terms, traffic growth is expected to be slight as LDP is a matured highway with a current base of 475,000 vehicles using the highway on a daily basis.

    Kumpulan terus menyokong konsep 1 Malaysia dengan memberi banyak diskaun kepada para pengguna lebuh raya pada hari-hari perayaan etnik dan buat pertama kalinya tahun lepas, perjalanan percuma di sepanjang LDP pada Hari Merdeka.

    PROSPEK MASA DEPAN

    Menurut Perjanjian Konsesi yang ditandatangani dengan Kerajaan Malaysia, kadar tol bagi LDP dijadualkan untuk dinaikkan pada 1 Januari 2011 tetapi Kerajaan memutuskan untuk menangguh kenaikan tersebut sehingga notis selanjutnya. Berdasarkan urusbicara sebelum ini dengan Kerajaan, Kumpulan optimistik bahawa pampasan berdasarkan terma Penjanjian Konsesi tersebut akan dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan.

    Projek-projek utama peningkatan kapasiti yang sedang dijalankan untuk mengurangkan kesesakan trafik berserta dengan banyak pembangunan besar komersial dan kediaman yang sedang dijalankan dan dalam perancangan di sepanjang laluan LDP pasti akan menambahkan lagi bilangan kenderaan menggunakan LDP. Lagi pun, kecuali dengan pembukaan Seksyen 1B di SKVE pada 1 Julai 2010, kami tidak menjangka sebarang laluan alternatif utama disiapkan dalam tempoh terdekat. Dari segi peratusan, pertumbuhan trafik dijangka sedikit sahaja oleh kerana LDP merupakan lebuh raya matang dengan 475,000 buah kenderaan kini menggunakannya setiap hari.

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    ‘Balik Kampung’ Road Safety Campaign with the Ministry of Works. LITRAK/SPRINT’s staff contributing to the poor.

    Christmas celebration with the old folks at Maranatha Home.

    Shopping spree with children from Rumah Amal Baitul Kasih Sg. Buloh.

    A visit to pediatric ward University Malaya Medical Centre.

  • 20 LINGKARAN TRANS KOTA HOLDINGS BERHAD (335382-V)

    Tuition program with children of Kampung Orang Asli, Sg. Rasau, Puchong and Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Kg. Sg. Penchala.

    DIVIDEND

    The Board of Directors declared a single tier interim dividend of 10 sen which was paid to shareholders on 27 September 2010 and a further single tier interim dividend of 7 sen approved by the Board of Directors that was paid to shareholders on 24 March 2011. Therefore, the total single tier dividend paid for the financial year ended 31 March 2011 amounted to 17 sen. This amount is similar to what was paid out in the previous financial year ended 31 March 2010 whereby a single tier interim dividend of 10 sen was paid to shareholders on 29 September 2009 and a further single tier interim dividend of 7 sen was paid to shareholders on 23 March 2010.

    ACKNOwLEDGEMENT AND APPRECIATION

    On behalf of the Board of Directors, I would like to once again take this opportunity to express our gratitude to our valued customers, relevant government agencies, partners, bankers, shareholders and business associates for their cooperation, guidance and continued support. We look forward to improving our relationship in the coming year ahead.

    Last but not least, I would like to record my sincere appreciation to the Management and Staff of the Group for their continuous commitment, dedication and loyalty and look forward to further continue working as an efficient and effective team striving in our quest to be the leading highway service provider.

    DIVIDEN

    Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat 10 sen yang dibayar kepada pemegang saham pada 27 September 2010 dan satu lagi dividen interim satu peringkat 7 sen yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah yang dibayar pada 24 Mac 2011. Dengan itu, jumlah dividen satu peringkat yang dibayar untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 adalah 17 sen. Jumlah ini adalah sama seperti apa yang dibayar dalam tahun kewangan sebelumnya yang berakhir pada 31 Mac 2010 di mana dividen interim satu peringkat 10 sen telah dibayar kepada pemegang saham pada 29 September 2009 dan satu lagi dividen interim satu peringkat 7 sen pada 23 Mac 2010.

    PENGHARGAAN

    Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengambil peluang ini untuk sekali lagi menyampaikan rasa terima kasih kami kepada para pelanggan yang dihargai, agensi kerajaan yang berkaitan, rakan kongsi, pengurus bank, pemegang saham dan rakan niaga di atas kerjasama, bimbingan dan sokongan mereka yang berterusan. Kami berharap akan dapat meningkatkan lagi hubungan ini di tahun akan datang.

    Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak Pengurusan dan Kakitangan Kumpulan di atas komitmen, dedikasi dan kesetiaan mereka yang berterusan dan berharap kita akan dapat terus bekerja sebagai satu pasukan yang cekap dan berkesan dalam usaha kita untuk menjadi sebuah syarikat yang menerajui perkhidmatan lebuh raya.

    Chairman’s statementPenyata Pengerusi

    tan srI dato’ Ir (dr) Wan aBduL raHMan BIn HaJI Wan YaaCoBChairman / Pengerusi

    Health screening for the staff by National Kidney Foundation of Malaysia.

  • 21annuaL rePort 2011 LaPoran taHunan

    The Board is committed to continuously uphold the highest standards of corporate governance practices in LITRAK Group to safeguard the interest of all stakeholders and at the same time enhancing the financial performance of the Group and hence, shareholders’ value.

    The Board is pleased to report to the Company’s shareholders the Group’s application and compliance with the principles and best practices of the Malaysian Code on Corporate Governance (the “Code”).

    Board of directors

    the Board

    The Board has the overall responsibility for good corporate governance, strategic direction and investments of the Group. It plays a primary role in the conduct and control of the Group’s affairs.

    Board Balance

    The Board, led by an Independent Non-Executive Chairman, Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob, comprises eight members of which three are Independent Non-Executive Directors, four Non-Independent Non-Executive Directors and one Non-Independent Executive Director. The Directors together have a wide range of experience and expertise in areas of engineering, finance, investments, commercial affairs, corporate affairs, Government’s requirements and operations. With this mix of skills, experience, background and specialization, all matters tabled to the Board for consideration are well reviewed and deliberated.

    The effectiveness of the Board is further enhanced with the Independent Directors participating actively in the Board’s discussions and review of matters tabled to the Board for consideration. They provide unbiased and independent view, advice and judgement in the decision making process of the Board and thus help to ensure that the interests of the shareholders and stakeholders of the Company are safeguarded. The profiles of the Directors are presented on pages 3 to 9 of the Annual Report.

    The Board is of the opinion that the current Board composition with more than one-third of its members being Independent Non-Executive Directors having a diverse background is sufficient to fairly safeguard the investments of the minority shareholders and to protect the interests of all stakeholders.

    Lembaga Pengarah komited untuk terus mendokong piawaian tertinggi amalan tadbir urus korporat dalam Kumpulan LITRAK bagi melindungi kepentingan semua pemegang kepentingan dan pada masa yang sama, mempertingkatkan prestasi kewangan Kumpulan, justeru meninggikan nilai pemegang saham.

    Lembaga Pengarah dengan sukacita melaporkan kepada para pemegang saham Syarikat berhubung penggunaan dan pematuhan Kumpulan dengan prinsip dan amalan terbaik Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“Kod”).

    Lembaga Pengarah

    Lembaga Pengarah

    Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab menyeluruh terhadap tadbir urus korporat yang baik, hala tuju strategik dan pelaburan Kumpulan. Ia memainkan peranan utama dalam melaksana dan mengawal hal ehwal Kumpulan.

    Keseimbangan Lembaga Pengarah

    Lembaga Pengarah yang diketuai oleh seorang Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob, terdiri daripada lapan orang ahli yang mana tiga orang daripada mereka adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, empat orang Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan seorang Pengarah Eksekutif Bukan Bebas. Gabungan para Pengarah tersebut mempunyai pelbagai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam bidang kejuruteraan, kewangan, pelaburan, hal ehwal komersial, korporat, keperluan Kerajaan dan operasi. Dengan gabungan kemahiran, pengalaman, latar belakang dan pengkhususan ini, semua perkara yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk dipertimbangkan adalah dikaji dan diperbincangkan dengan mendalam.

    Keberkesanan Lembaga Pengarah diperkukuhkan lagi dengan peranan aktif yang dimainkan oleh para Pengarah Bebas dalam perbincangan dan kajian Lembaga Pengarah berhubung perkara yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk dipertimbangkan. Mereka memberi pandangan, nasihat dan pertimbangan yang tidak berat sebelah dan bebas dalam proses membuat keputusan Lembaga Pengarah dan oleh yang demikian, membantu memastikan supaya kepentingan pemegang saham dan pemegang kepentingan Syarikat dilindungi. Profil para Pengarah tersebut dibentangkan di muka surat 3 hingga 9 dalam Laporan Tahunan ini.

    Lembaga Pengarah berpendapat bahawa komposisi Lembaga Pengarah pada masa ini dengan lebih satu pertiga daripada ahlinya terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dari pelbagai latar belakang, adalah mencukupi untuk melindungi dengan saksama pelaburan pemegang saham minoriti dan kepentingan semua pemegang kepentingan.

    Corporate governance statementPenyata tadbir urus Korporat

  • 22 LIngKaran trans Kota HoLdIngs BerHad (335382-V)

    Corporate governance statementPenyata tadbir urus Korporat

    The roles of the Chairman and the Executive Director are distinct and separate. In addition to ensuring the Board’s effectiveness in discharging its duties, responsibilities and conduct, the Chairman provides the overall leadership in deliberation and decision making at Board Meetings without limiting the collective responsibility of the Board. The Chairman also avails himself to provide clarification on issues raised by shareholders and investors at the Company’s general meetings. On the other hand, the Executive Director, Ir Haji Yusoff bin Daud, oversees the management and day to day operations of the Group in line with the policies and procedures adopted by the Board.

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari, being the Senior Independent Non-Executive Director, is the channel for conveyance of matters of concern regarding the Company and the Group to the Board.

    Board Meeting and supply of Information to the Board

    The Board met four times during the financial year. The agendas for Board Meetings together with the detailed management reports and proposition papers together with the relevant supporting documents to be tabled at the meetings were circulated in advance to all Directors for their perusal and consideration to enable them to make well-informed decisions.

    Besides the Group’s quarterly financial results, financial performance and management reports on the progress of business operations (including that of its joint venture company, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd), other matters tabled to the Board for review are updates on risk management and matters specifically reserved to it for decision including the approval of annual budget and business plan, acquisition and disposal of undertakings and properties of substantial value, major investments and financial decisions, related party transactions and changes to key policies and procedures, matters beyond the authority limits of the Management and Board Committees and changes to such authority limits.

    All rationales of proposals, issues discussed and decisions made at Board of Directors’ Meetings and Board Committees’ meetings were properly recorded to provide a historical record and insight into those decisions. The minutes of various Board Committees’ meetings and resolutions of the various subsidiaries were also tabled to the Board for their information.

    Peranan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif adalah berbeza dan berasingan. Selain daripada memastikan keberkesanan Lembaga Pengarah dalam menjalankan tugas, tanggungjawab dan tatalakunya, Pengerusi turut memberi kepimpinan menyeluruh dalam perbincangan dan proses membuat keputusan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah, tanpa menghadkan tanggungjawab kolektif Lembaga Pengarah. Pengerusi juga bersedia untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pemegang saham dan pelabur semasa mesyuarat-mesyuarat agung Syarikat. Pengarah Eksekutif, Ir Haji Yusoff bin Daud pula mengawal selia pengurusan dan operasi harian Kumpulan, sejajar dengan dasar dan prosedur yang diterimapakai oleh Lembaga Pengarah.

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan adalah saluran untuk menyampaikan sebarang kemusykilan berhubung Syarikat dan Kumpulan kepada Lembaga Pengarah.

    Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Bekalan Maklumat kepada Lembaga Pengarah

    Lembaga Pengarah bermesyuarat empat kali pada tahun kewangan ini. Agenda bagi Mesyuarat Lembaga Pengarah bersama-sama dengan laporan pengurusan dan kertas cadangan terperinci serta dokumen sokongan berkaitan untuk dibentangkan semasa mesyuarat, diedarkan secara awal kepada semua Pengarah untuk penelitian dan pertimbangan mereka bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang termaklum.

    Selain daripada keputusan kewangan suku tahunan Kumpulan, prestasi kewangan dan laporan pengurusan berhubung kemajuan operasi perniagaan (termasuk syarikat usahasamanya, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd), hal-hal lain yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk dikaji adalah kemaskini berhubung perkembangan pengurusan risiko dan hal-hal yang dikhususkan untuk keputusan Lembaga Pengarah yang mana meliputi kelulusan belanjawan dan perancangan perniagaan tahunan, pengambilalihan dan penjualan usahaniaga dan hartanah yang mempunyai nilai besar, keputusan pelaburan dan kewangan utama, urusniaga pihak berkaitan dan perubahan terhadap dasar dan prosedur utama, perkara-perkara di luar had kuasa Pengurusan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah serta perubahan had-had kuasa tersebut.

    Semua rasional cadangan, isu-isu yang dibincangkan dan keputusan yang dibuat di Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah dan Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah telah dicatat dengan sewajarnya untuk menyediakan rekod sejarah dan pemahaman terhadap keputusan tersebut. Minit mesyuarat pelbagai Jawatankuasa Lembaga Pengarah serta resolusi pelbagai syarikat subsidiarinya turut dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk makluman mereka.

  • 23annuaL rePort 2011 LaPoran taHunan

    Senior management staff as well as advisers were invited to attend Board Meetings to enlighten the Board on matters tabled to the Board and if required, to advise and provide clarification on matters of concern raised by the Board.

    In addition to the Audit Committee, Nomination Committee and Remuneration Committee recommended by the Malaysian Code on Corporate Governance, other Board Committees set up to assist the Board in the execution of its duties more effectively and efficiently are the Executive Committee, Investment Committee and ESOS Committee. All Board Committees discharged their duties within their terms of reference and make recommendation to the Board if matters are beyond their authority limit.

    The Directors are given access to any information within the Group and are free to seek professional opinion and advice at the Company’s expense, if necessary, to enable them to discharge their duties. The Directors have direct access and service of the Company Secretaries and senior management staff.

    A copy of the Directors’ Manual is given to all Directors to guide them in discharging their duties and responsibilities. The manual highlights amongst others, the major duties and responsibilities of Directors, terms of reference of Board Committees, policies and procedures of the Group, principles and best practices of corporate governance, statutory and regulatory requirements. The Directors are updated by the Company Secretaries from time to time on new statutory and regulatory requirements relating to the duties and responsibilities of the Directors.

    The attendances of the Directors at Board Meetings during the financial year ended 31 March 2011 are as shown below:

    Kakitangan pengurusan kanan serta para penasihat dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi menerangkan kepada Lembaga Pengarah berhubung perkara-perkara yang dikemukakan kepada Lembaga Pengarah dan jika perlu, menasihat dan menyediakan penjelasan berhubung kemusykilan yang dibangkitkan oleh Lembaga Pengarah.

    Selain daripada Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan yang disyorkan oleh Kod, Jawatankuasa Lembaga Pengarah lain yang turut dibentuk untuk membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan dan cekap adalah Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa ESOS. Semua Jawatankuasa Lembaga Pengarah menjalankan tugas mereka dalam terma rujukan mereka dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah berhubung perkara di luar had kuasa mereka.

    Para Pengarah diberi akses kepada sebarang maklumat dalam Kumpulan dan bebas untuk mendapatkan pandangan dan nasihat profesional dengan kos ditanggung oleh Syarikat, jika perlu, untuk membolehkan mereka menjalankan tugas. Pengarah mempunyai akses dan khidmat langsung Setiausaha-setiausaha Syarikat dan kakitangan pengurusan kanan.

    Satu salinan Manual Pengarah diberi kepada semua Pengarah untuk memberi panduan kepada mereka dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Manual ini mengetengahkan antara lain, tugas dan tanggungjawab utama Pengarah, terma rujukan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah, dasar dan prosedur Kumpulan, prinsip dan amalan terbaik tadbir urus korporat, keperluan berkanun serta peraturan. Para Pengarah dimaklumkan oleh Setiausaha-setiausaha Syarikat dari semasa ke semasa berhubung keperluan berkanun dan peraturan baru berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka.

    Kehadiran Pengarah di Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

    Corporate governance statementPenyata tadbir urus Korporat

    Board of directors Lembaga Pengarah

    no. of Meetings attendedBil. Mesyuarat yang

    dihadiri

    Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob 4/4

    Ir Haji Yusoff bin Daud 4/4

    Dato’ Lin Yun Ling 3/4

    Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari 4/4

    Dato’ Ir Chew Swee Hock 4/4

    Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor 3/4

    Dato’ Ng Kee Leen 4/4

    Mr Saw Wah Theng 4/4

  • 24 LIngKaran trans Kota HoLdIngs BerHad (335382-V)

    directors’ training

    All Directors have attended at least one of the following trainings organized by the Company during the financial year ended 31 March 2011 save for Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor who had to attend to an urgent and important meeting called on short notice on 29 March 2011 which was the same day as the last Directors’ Training organized for the year. Efforts were made for him to attend other alternative training within the next two days by 31 March 2011 but the Board was not able to identify any training agency which provides suitable training on such short time frame.

    The courses organized were:

    1. Corporate Problems & How the Board Can Input to Strategy Development and Implementation;

    2. FRS139 & FRS7, What Directors Need to Know.

    The Directors are encouraged to attend seminars, training programmes and conferences in areas concerning Directors’ duties and responsibilities, corporate governance and also to keep abreast with developments in the market place.

    re-election of directors

    In accordance with the Company’s Articles of Association, at least one-third of the Directors longest in office shall retire from office at every Annual General Meeting. Accordingly, all Directors shall retire at least once every three years but shall be eligible for re-election. Any Director appointed by the Board during the year to fill a casual vacancy or as an addition shall hold office only until the next Annual General Meeting but shall be eligible for re-election.

    Any Director aged 70 or above is subject to reappointment by shareholders on an annual basis pursuant to the Companies Act, 1965. The Board is satisfied that the Directors, who are required to stand for re-election and re-appointment respectively at the Annual General Meeting, continue to demonstrate the necessary commitment to be fully effective members of the Board.

    Latihan Pengarah

    Semua Pengarah telah menghadiri sekurang-kurangnya satu daripada program latihan berikut yang dianjurkan oleh Syarikat pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 kecuali bagi Dato’ Ir Haji Azmi bin Mat Nor yang terpaksa menghadiri satu mesyuarat segera dan penting yang mana beliau telah dipanggil pada notis yang singkat pada 29 Mac 2011, iaitu hari yang sama dengan latihan Pengarah terakhir untuk tahun ini. Pelbagai usaha telah dibuat untuk beliau menghadiri latihan alternatif yang lain dalam tempoh dua hari berikutnya sebelum 31 Mar 2011 tetapi Lembaga Pengarah tidak dapat mengenal pasti mana-mana agensi latihan yang menyediakan latihan yang sesuai dalam jangkamasa yang singkat itu.

    Kursus-kursus yang dianjurkan adalah:

    1. Masalah-masalah Korporat & Bagaimana Lembaga Pengarah boleh Menyumbang Terhadap Pembangunan dan Perlaksanaan Strategi;

    2. FRS139 & FRS7, Apakah yang Pengarah-Pengarah Perlu Tahu.

    Para Pengarah digalakkan menghadiri seminar, program latihan dan persidangan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka, tadbir urus korporat serta untuk mendapat maklumat perkembangan terkini dalam pasaran.

    Pemilihan semula Pengarah

    Selaras dengan Artikel Pertubuhan Syarikat, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Pengarah yang paling lama memegang jawatan hendaklah bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. Sehubungan itu, semua Pengarah hendaklah bersara sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun tetapi adalah layak untuk pemilihan semula. Mana-mana Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah pada tahun tersebut untuk mengisi kekosongan biasa atau tambahan, hanya akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya tetapi adalah layak untuk pemilihan semula.

    Mana-mana Pengarah yang berusia 70 tahun atau lebih tertakluk kepada pelantikan semula oleh para pemegang saham pada setiap tahun menurut Akta Syarikat, 1965. Lembaga berpuashati bahawa para Pengarah yang dikehendaki menawarkan diri untuk pemilihan semula dan pelantikan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan, terus menampilkan komitmen yang diperlukan untuk memainkan peranan sebagai ahli Lembaga yang berkesan.

    Corporate governance statementPenyata tadbir urus Korporat

  • 25annuaL rePort 2011 LaPoran taHunan

    Corporate governance statementPenyata tadbir urus Korporat

    remuneration Committee and directors’ remuneration

    The Remuneration Committee comprises exclusively of Non-Executive Directors, majority of whom are independent. The Committee’s composition is as follows:

    1. Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob (Chairman)

    Independent Non-Executive Director

    2. Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari Independent Non-Executive Director

    3. Dato’ Lin Yun Ling Non-Independent Non-Executive Director

    The Remuneration Committee is primarily responsible in setting up the policy framework on all elements of remuneration such as reward structure, fringe benefits and other terms of employment of the Executive Director and senior management and make recommendation to the Board on the same with the aim to attract, retain and motivate individuals of the highest quality. The Executive Director shall abstain from deliberation and voting on decisions in respect of his remuneration package. The remuneration package for the Board of Directors is reviewed annually by the Committee.

    The remuneration and entitlements of the Non-Executive Directors are decided by the Board as a whole with the Director concerned abstaining from deliberations and voting on decisions in respect of his remuneration.

    The Remuneration Committee met once during the year to review the remuneration package for the Board of Directors and made recommendation to the Board for approval to ensure that they are rewarded appropriately in tandem with their performance and contribution to the Group’s growth and profitability. The Committee in making its recommendation was guided by comparative remuneration market surveys information in respect of remuneration package for directors of other public listed companies conducted by Ernst & Young and KPMG on companies listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).

    In carrying out its duties and responsibilities, the Remuneration Committee have full, free and unrestricted access to any information, record, properties and personnel of the Company and the Group. The Remuneration Committee may obtain the advice of external consultants on the appropriateness of remuneration package and other employment conditions if required.

    Jawatankuasa Imbuhan dan Imbuhan Pengarah

    Jawatankuasa Imbuhan terdiri secara eksklusifnya daripada Pengarah Bukan Eksekutif yang mana majoriti daripada mereka adalah bebas. Komposisi Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

    1. Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob (Pengerusi)

    Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    2. Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    3. Dato’ Lin Yun Ling Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Jawatankuasa Imbuhan bertanggungjawab terutamanya dalam menetapkan rangka kerja dasar berhubung semua unsur imbuhan seperti struktur ganjaran, manfaat kecil dan syarat pekerjaan lain bagi Pengarah Eksekutif dan pengurusan kanan serta mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah berhubung perkara-perkara tersebut dengan tujuan untuk menarik, mengekal dan memotivasi individu yang mempunyai kualiti tertinggi. Pengarah Eksekutif akan mengecualikan diri daripada perbincangan dan pengundian berhubung keputusan pakej imbuhan beliau. Pakej imbuhan Lembaga Pengarah dikaji setiap tahun oleh Jawatankuasa.

    Imbuhan dan hak Pengarah Bukan Eksekutif ditentukan oleh Lembaga Pengarah secara keseluruhan dengan Pengarah yang berkaitan terkecuali daripada perbincangan dan pengundian berhubung keputusan imbuhan beliau.

    Jawatankuasa Imbuhan bermesyuarat sekali pada tahun ini untuk mengkaji pakej imbuhan bagi Lembaga Pengarah serta mengemukakan syor kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan bagi memastikan supaya mereka diganjari dengan sewajarnya, berpadanan dengan prestasi dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan dan keuntungan Kumpulan. Dalam mengemukakan syornya, Jawatankuasa dipandu oleh maklumat penyelidikan perbandingan pasaran imbuhan berhubung pakej imbuhan bagi pengarah syarikat-syarikat senarai awam lain yang dijalankan oleh Ernst & Young dan KPMG ke atas syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).

    Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, Jawatankuasa Imbuhan mempunyai akses penuh, bebas dan tidak terhalang kepada sebarang maklumat, rekod, hartanah dan kakitangan Syarikat serta Kumpulan. Jawatankuasa Imbuhan boleh mendapatkan nasihat perunding luar berhubung kesesuaian pakej imbuhan dan lain-lain syarat pekerjaan, jika perlu.

  • 26 LIngKaran trans Kota HoLdIngs BerHad (335382-V)

    nomination Committee and appointments to the Board

    The Nomination Committee comprises exclusively of Non-Executive Directors, majority of whom are independent. The Committee’s composition is as follows:

    1. Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob (Chairman)

    Independent Non-Executive Director

    2. Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari Independent Non-Executive Director

    3. Dato’ Lin Yun Ling Non-Independent Non-Executive Director

    The Nomination Committee is primarily responsible for the review on an annual basis the appropriate balance, size, the required mix of skills and experience, qualities and effectiveness of the Board and makes recommendation on nomination or change to the Board in ensuring the appropriate Board balance and size of executive and non-executive participation. It is also responsible for making recommendations to the Board on all new Board Committees appointments. The Nomination Committee met once during the year.

    In carrying out its duties, the Nomination Committee have full, free and unrestricted access to any information, records, properties and personnel of the Company and the Group. The Committee may use the services of professional recruitment firms to source for the right candidate for directorship or seek independent professional advice whenever necessary.

    accountability and audit

    Financial reporting

    The Board is committed to provide a balanced, clear and meaningful assessment of the Group’s financial positions and prospects in all its reports to the shareholders, investors and regulatory authorities. Early releases of announcements on the Group’s quarterly financial results to Bursa Malaysia clearly reflects the Board’s commitment in providing timely, transparent and up-to-date disclosure of the Group’s performance.

    In its endeavour to prepare a financial statement which gives a true and fair view of the state of affairs of the Company and the Group, the Board is assisted by the Audit Committee in scrutinizing information for disclosure to ensure accuracy, adequacy and completeness.

    Jawatankuasa Pencalonan dan Pelantikan ke Lembaga Pengarah

    Jawatankuasa Pencalonan terdiri secara eksklusif daripada Pengarah Bukan Eksekutif yang mana majoriti daripada mereka adalah bebas. Komposisi Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

    1. Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob (Pengerusi)

    Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    2. Tan Sri Dato’ Nasruddin bin Bahari Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

    3. Dato’ Lin Yun Ling Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

    Jawatankuasa Pencalonan bertanggungjawab terutamanya untuk mengkaji secara tahunan keseimbangan dan saiz yang sesuai serta gabungan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan, kualiti dan keberkesanan Lembaga Pengarah dan mengemukakan syor berhubung pencalonan atau pertukaran dalam Lembaga Pengarah bagi memastikan keseimbangan dan saiz Lembaga Pengarah yang sesuai antara penyertaan eksekutif dan bukan eksekutif. Ia juga bertanggungjawab mengemukakan syor k