Le 1 Mc-091-2:2013

Post on 20-Mar-2017

122 views 2 download

Transcript of Le 1 Mc-091-2:2013

MC-091-2:2013 INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING

SUPPORT SERVICELEVEL 2

C01 INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING DRAFTING

LE 1 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING SKETCHING

CIK SUHAILA BINTI SUPAIMI

TAJUK : PENGENALAN ASAS LUKISANISI KANDUNGAN

> PENGENALAN/ DEFINISI> PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

> PEMBINAAN GARISAN DAN PEMBAHAGIAN SUDUT TERTENTU> PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN

KEJURUTERAAN> GARISAN

> KEPENTINGAN LUKISAN KEJURUTERAAN

PENGENALAN DAN DEFINISI

• Lukisan garisan –garisan yang dibentuk daripada pensel.

• Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan.

• Merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

• Lukisan Teknik atau lukisan kejuruteraan,adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan.

• merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.

• satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota.

• mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.

JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN LUKISAN MESIN- Lukisan pemasangan yang di khususkan kepada proses

mencatum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

LUKISAN KERJA- Lukisan yang menerangkan dengan terperinci

bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut di capai oleh sesuatu pengeluaran itu.

- Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen.

- Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Rajah 1 Lukisan Mesin

Rajah 2 Lukisan Kerja

CIRI-CIRI DAN SPESIFIKASI• Ketepatan • Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran

yang tepat.Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis – jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

• Teknik Melukis• Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan

termasuk tekik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

• Kebersihan Lukisan• Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan

yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah – langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.

• Kepantasan Menyiapkan Lukisan• Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu

akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran – kemahiran tertentu.

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

• SESIKU ‘T’- Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu

bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadaan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong. Rajah 3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

• Jangkalukis - Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. - membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok- Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan

boleh dilaraskan.- Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu

bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan

- Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )

• LENGKUNG PERANCIS- Diguna bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh

dilukis dengan jangka lukis- Sebelum menggunakan lengkung perancis, bentuk

lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakar dengan menggunakan pensil yang hitam (HB), tetapi garisan itu jangan dan terlalu nyata.

Rajah 5 Cara Menggunakan Lengkung Perancis

• PENSIL- Pensil boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensil kayu dan

pensil mekanikal ( isian ), seperti dalam Rajah 6.- Dalam lukisan kejuruteraan, pensil mekanikal lebih sesuai

digunakan.- Ini kerana pensil mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja

– kerja lukisan akan menjadi kemas.- Pensil boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras,

sederhana dan lembut.- Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang

ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensil

Rajah 6 Jenis-jenis Pensil

• Antara gred-gred pencil yang ada di pasaran: • Siri 9H,8H,7H,6H = Paling keras

• Siri 5H dan 4H = Keras• Siri 3H dan 2H = Sederhana Keras• Siri H, F dan HB = Sederhana Lembut• Siri B, 2B dan 3B = Lembut• Siri 4B,5B dan 6B = Paling Lembut

Rajah 7 Jadual Kumpulan Pensil

PEMBINAAN GARISAN DAN PEMBAHAGIAN SUDUT TERTENTU

• Membina garisan selariLangkah – langkahnya: i. Satu garis AB dilukis.ii. Dari sebarang dua titik pada garisan AB, dua

lengkok dengan jejari yang sama dilukis.iii. Selepas itu satu garis CD yang bersentuhan

dengan kedua-dua lengkok dilukis.iv. Akhirnya AB dan CD adalah dua garisan selari

seperti dalam rajah 8

• Membina garisan tegak. Langkah – langkahnya: i. Satu garis AB dilukis.ii. Dari mana-mana titik (C), satu lengkok dibina yang memotong

garisan AB di D dan E.iii. Dari D, sebarang lengkok dibina di atas dan di bawah AB.iv. Dari E juga, sebarang lengkuk dibina yang sama memotong lengkok

dari D.v. Akhirnya bina satu garisan dari titik C merentasi kedua-titik

persilangan lengkuk seperti dalam rajah 9

• Membahagi dua garisan. Langkah – langkahnya:

i. Satu garis AB dilukis.ii. Dari hujung A, sebarang lengkok dibina di atas dan di bawah

garis AB.iii. Dari hujung B juga satu lengkok dibina yang memotong

lengkok A.iv. Akhirnya garis yang memotong AB dari titik persilangan

kedua-dua lengkok dibina seperti dalam rajah 10

Rajah 10 Membahagi Dua Garisan

• Membahagi Dua SudutLangkah-langkahnya:i. Satu garisan BA, BC. BF dilukis pada titik B

seperti rajah 11

Rajah 11 Membahagi Dua Sudut

• Membina sudut 60°Langkah-langkah:i. Buat satu garisan mendatar A Bii. Dari titik A buat satu lengkuk tanda sebagai Diii. Dari titik D buat satu lengkuk penanda pada Eiv. Buat garisan panjang dari titik E ke garisan AB

sebgai titik C seperti rajah 12

Rajah 12 Membina Sudut 60°

• Membina sudut 30°Langkah-langkah:i. Sudu 60° dilukis terlebih dahuluii. Selepas itu sudut H dibuat dari titik C dan titik Biii. Bina satu garisan dari titik C dan Fiv. Manakala titik E dibuat dari titik A dan titik Bv. Akhirnya CED adalah sudut 30° seperti rajah 13

Rajah 13 Membina Sudut 30°

• Membina sudut 45°Langkah – langkahnya: i. Sudut 90°dilukis terlebih dahulu.ii. Selepas itu, sudut GCB dibahagikan kepada dua.iii. Akhirnya HCB adalah sudut 45°seperti dalam

rajah 14

Rajah 14 Membina sudut 45°

PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN

• Kertas lukisanKertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan

yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:

A. 8.5” x 11” A. 9” x 12”B. 11” x 17” B. 12” x 15”C. 17” x 22” C. 18” x 24”D. 22” x 34” D. 24” x 36”E. 34” x 44” E. 36” x 48”

• Petak Tajuk• Petak tajuk ialah ruangan khas yang

disediakan pada setiap kertas lukisan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang dilukis pada kertas lukisan itu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15

Rajah 15 Petak Tajuk

• SKALA Skala menolong kita memperkecilkan sesuatu objek yang besar atau memperbesarkan sesuatu objek yang kecil bersesuaian dengan kertas lukisan semasa melukis. Berikut adalah kadar skala mengikut piawaian BS (British Standard).

Rajah 16 Skala Piawaian British Standard

• PENGHURUFAN DAN NOMBORTerdapat dia kaedah yang digunakan dalam membuat huruf dan nombor iaitu kaedah menegak dan kaedah condong.

• Piawai penghurufan Piawai penghurufan mengikut ANSI adalah seperti

berikut: • Jenis tulisan GOTHIC, samada menegak atau condong• Gunakan kesemua huruf besar (CAPITAL LETTER)• Ketinggian huruf 5 mm• Jarak antara baris sekurang-kurangnya 1/3 dari tinggi

huruf

Rajah 19 Piawai Huruf Besar Dan Nombor

• Penjarakkan • Apabila menulis sesuatu perkataan, hendaklah

dijarakkan bukan sahaja di antara huruf–huruf, tetapi juga perkataan itu sendiri. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya campuran perkataan yang menyukarkan pembaca membacanya.

• Rajah 20 menunjukkan penjarakan yang sesuai digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

• Jarak yang sesuai antara perkataan adalah sebesar ruang yang mencukupi untuk menulis huruf “O” seperti Rajah 21. Manakala Rajah 22 di bawah adalah contoh tulisan huruf block yang baik dan kurang baik

• Mendimensi• Dimensi merupakan ukuran bagi sesuatu bentuk yang

biasanya diukur dalam unit imperial dan metrik.• Dalam unit metrik lazimnya ukuran millimeter, sentimeter

dan meter yang digunakan.• Dalam unit imperial pula menggunakan ukuran inci, kaki,

ela dan pecahan inci.• Segala maklumat ukuran disampaikan melalui sistem

bentuk garisan, simbol–simbol tertentu, angka dan juga angka pecahan.

• Garisan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh dalam keadaan selari dengan jaraknya lebih kurang 10mm.

• Jika garisan dimensi lebih dari satu, maka jarak diantaranya lebih kurang 6mm bagi membolehkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan angka.

• Di bahagian hujung setiap garisan dimensi dilukis anak panah dan hendaklah menyentuh garisan unjuran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 23

GARISAN• GARISAN• Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai

fungsi yang tersendiri. Setiap garisan mempunyai tiga perkara penting iaitu:

i. Bentuk garisanii. Tebal/hitam garisaniii. Kegunaan garisan Terdapat 10 jenis garisan yang digunakan dalam

lukisan kejuruteraan.

Garisan objek • Adalah garisan yang dilukis tebal, hitam serta

jelas dan kemas. Biasanya dengan pensel HB.Ia digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu objek yang dapat dilihat. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek yang kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 24

• Garisan terlindung• Garisan yang dilukis dengan sederhana tebal dan

hitam.• Biasanya dengan pensel 2H.• Ia dilukis putus-putus dan mempunyai sengkang-

sengkang pendek yang diatur sama jarak di antara satu sama lain.

• Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir yang terlindung dari permukaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 25

• Garisan keratan • Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas.

Biasanya dengan pensil 2H.Garisan ini dilukis secara condong biasanya pada sudut 45º dari mendatar. Ia menunjukkan permukaan yang dipotong pada oleh satah pemotong pada pandangan keratan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 26

Rajah 26 Garisan Keratan

• Garisan tengah • Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas.

Biasanya pensel 2H Ia dilukis berputus-putus dan berselang-seli di antara garisan panjang dan garisan pendek. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksi simetri keseluruhan objek, paksi lubang tengah atau pusat bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 27

Rajah 27 Garisan Tengah, Garisan Dimensi Dan Garisan Tambahan

• Garisan dimensi dan garisan tambahan• Garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya

dengan pensel 2H. Digunakan untuk menunjukkan dimensi bagi sesuatu objek. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permulaan dan penghujung sesuatu jarak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 27

• Garisan satah pemotongan• Garisan ini menunjukkan kedudukan satah

pemotongan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 28

Rajah 28 Garisan Satah Pemotongan

• Garisan pecah pendek• Garisan ini digunakan untuk menandakan

bahagian objek yang dipecahkan. Garisan ini dilakukan untuk menunjukkan butiran dalam sesuatu objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 29

Rajah 29 Garisan bahgian objek yang dipecahkan

• Garisan pecah panjang• Garisan ini digunakan untuk memberi

maklumat bahawa bahagian objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang lebih besar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 30

Rajah 30 Garisan objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang besar

• Garisan fantom• Garisan ini digunakan untuk menunjukkan

kedudukan alternatif bagi komponen yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 31

Rajah 31 Garisan kedudukan aternatif bagi kompenen yang sama

• Garisan binaan, garisan unjuran dan garisan panduan

• Garisan ini ialah garisan permulaan yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan lukisan yang dikehendaki. Garisan ini bukan sebahagian penting lukisan akhir dan dilukis dengan pensel sahaja. Garisan unjuran dan garisan panduan adalah contoh garisan binaan. Garisan binaan menggunakan pensel jenis 2H dengan ketebalan garisan 0.2 mm.

KEPENTINGAN LUKISAN KEJURUTERAAN

• Lukisan kejuruteraan adalah asas dalam segala bidang kejuruteraan kerana lukisan itu berfungsi sebagai bahasa perhubungan bagi mereka yang terlibat.

• Contohnya untuk membuat sebuah kereta, lukisan yang terperinci perlu dibuat terlebih dahulu oleh jurutera reka bentuk.

• Lukisan itu kemudian diserahkan kepada bahagian pembuatan supaya maklumat yang terkandung dalam lukisan itu dapat disampaikan dengan tepat.

• Jelaslah kepada kita bahawa tanpa lukisan kejuruteraan adalah mustahil segala pembangunan yang ada sekarang wujud.