Post on 24-Dec-2015
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
SEMESTER JANUARI 2015
HBEF 2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
NAMA : MUKUNAH A/P MUNISAMY
NO. MATRIKULASI : 820313065694001
NO. KAD PENGNEALAN : 820313-06-5694
NO. TELEFON : 019 9797360
E-MEL : m.mugunah@yahoo.com
NAMA TUTOR : MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK
PUSAT PEMBELAJARAN : MENTAKAB LEARNING CENTRE
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 GARIS MASA SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
3.0 KERTAS CADANGAN
3.1 CADANGAN KAEDAH PENYAMPAIAN
3.2 CADANGAN PERKAKASAN
3.3 BELANJAWAN
4.0 KESIMPULAN
5.0 RUJUKAN
2
1.0 PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas:
berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan
mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah
cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya
teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod
bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
3
2.0 GARIS MASA SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Zaman 1 (1940-1950an) Zaman 2 (1959-1960an) Zaman 3 (1964-1980) Zaman 4 (1980-2000) Zaman 5 (2000 – Kini)
1944IBM & HowardKeluarkan Mark 1
1943British Code and Cipher School keluarkan Komputer Colossuc
1945PengenalanElectronic Numerical Integrator and Calculator (Komputer digital serba guna)
1952Electronic Discrete Variable Computer dicipta
1953IBM memasang komputer pertama diberi nama IBM 701 dan seterusnya IBM 650
1959Komputer mempunyai transistor, cekap beroperasi dan potensi tinggi. Contohnya, IBM 1620 dan IBM 1401
1975Ethernet dikembangkan di Xerox PARC
1971Inttel Corporation telah mengembangkan mikroprosesor Inttel 4004
1979Pengaturcaraan Visicalc telah diperkenalkan oleh Bob Frankston dan Dan Bricklin
1976Steve Wozniak dan Steve Jobs telah membina komputer Appel pertama
1980Bill Gatesmembina sistem pengoparasian MS DOS
1984IBM memperkenalkan komputer peribadi PC AT dan Apple pula memperkenalkan komputer Macintosh
1987Komputer peribadi menggunakan mikroprosesor berkuasa Intel 80386
1989Intel 486 telah menjadi 1,000,000 pertama mikroprosesor transistor
1990Microsoft telah mengeluarkan Windoews 3.0
1991World Wide Web Standards telah dikeluarkan yang menjelaskan framework untuk menghubung dokumen
2000Pengenal-an Windiws 2000
2003Pengenal-an Windiws 2003
2007Pengenal-an Windiws 2007
2008Pengenal-an Windiws 2008
4
3.0 KERTAS CADANGAN
Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendorong
pengenalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di sekolah dengan
menekankan kepada pelbagai elemen multimedia. Pendekatan visual, grafik dan animasi
semakin sinonim dengan pembangunan dan gaya pembelajaran masa kini yang
berorientasikan komputer dan multimedia. Secara ringkasnya, multimedia ialah
penggunaan alat ICT yang menggabungkan penggunaan deria pendengaran dan
penglihatan, seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu pemahaman jitu.
Dalam erti kata lain, multimedia menggunakan telinga dan mata, di samping akal fikiran
bagi memproses maklumat yang diterima. Jika dikaji Al-Quran, kita tentu tidak akan
menemui ayat yang menyebut perkara ini. Bagaimanapun, ada begitu banyak ayat Al-
Quran yang memberikan gambaran dan imbasan kepada manifestasi multimedia dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini (Shaikh Mohd Saifuddeen, 2003).
Pendekatan multimedia yang berunsurkan visual grafik dan animasi ini perlu dalam
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang dibuat oleh Wharton
Business School, University Pennsylvania U.S.A, dengan menggunakan aplikasi
multimedia sebagai bahan bantu pembelajaran seseorang pelajar akan dapat mengingati
10% apa yang dibaca; 20% apa yang didengar; 40% apa yang didengar dan dilihat; serta
70% apa yang didengar, dilihat dan dilakukan. Dengan adanya pelbagai pendekatan
teknologi yang diserapkan ke dalam silibus pembelajaran, pelajar bukan sahaja akan
semakin berminat untuk mendalami ilmu akademik, malah merangsang pelajar untuk lebih
berfikiran kreatif dan menanamkan semangat ingin tahu tentang teknologi yang digunakan
dalam sistem pembelajaran yang dibangunkan.
Oleh yang demikian, penggunaan kemudahan teknologi maklumat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran perlu ditingkatkan. Ini adalah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat dilaksanakan dengan lebih
kondusif dan berkesan. Oleh itu, cadangan untuk memilih kaedah penyampaian yang
berkesan akan dibincangkan dalam bahagian ini berserta dengan perkakasan yang
diperlukan untuk melancarkan pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
5
3.1 CADANGAN KAEDAH PENYAMPAIAN
Dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah penyampaian yang boleh
digunakan oleh guru. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
(a) Kaedah Tutorial
Kaedah tutorial adalah suatu konsep pengajaran di mana guru memainkan peranan
sebagai fasilitator untuk menerangkan kepada pelajar tentang cara dan penggunaan
kemudahan TMK. Proses ini dilaksanakan dalam beberapa peringkat seperti
peringkat penerangan guru yang kemudiannya diikuti dengan peringkat latihan oleh
para pelajar. Menerusi penerangan dan tutorial yang diberikan dan ditunjukkan oleh
guru, para pelajar akan lebih mudah untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran TMK mereka. Oleh itu, berikut dinyatakan beberapa kelebihan dan
kelemahan yang wujud dalam kaedah tutorial ini:-
Kelebihan
o Guru akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam menggunakan kemudahan TMK. Ianya tidak hanya terhad
kepada penggunaan kemudahan TMK dalam aktiviti pengajaran di
dalam kelas. Sebaliknya, pelajar juga akan dapat menggunakan
kemudahan TMK tersebut untuk tujuan pembelajaran mereka. Situasi
seperti ini akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dengan
lebih berkesan.
o Menerusi sesi tutorial yang dijalankan di dalam kelas juga, para
pelajar akan dapat dirangsang untuk lebih seronok dan bersungguh-
sungguh mengikuti setiap aktiviti pengajarna dan aktiviti tutorial yang
dijalankan oleh guru. Perkara ini dapat dijadikan sebagai langkah awal
untuk mendorong pelajar lebih meminati aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
o Pelajar juga akan dapat mempelbagaikan medium pembelajaran
mereka. Pelajar tidak hanya bergantung kepada penggunaan buku teks
sebagai medium pembelajaran mereka. Sebaliknya, dapat menggunakan
kemudahan TMK seperti perisian pembelajaran sebagai medium
pembelajaran mereka.
6
Kelemahan
o Kaedah tutorial ini hanya sesuai dilaksanakan sekiranya guru
mempunyai kemudahan TMK yang mencukupi. Contohny seperti
peralatan komputer yang dilengkapi dengan perisian yang ingin
digunakan seperti kemudahan internet, perisian Microsoft Office dan
sebagainya. Sekiranya bilangan peralatan TMK ini tidak mencukupi,
maka guru akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan kaedah
pengajaran tutorial ini.
(b) Kaedah Penerokaan
Kaedah penerokaan pula adalah satu bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang meneroka fungsi dan kegunaan kemudahan TMK. Contohnya seperti guru
mengajar pelajar menggunakan kemudahan internet untuk meneroka pelbagai
sumber maklumat yang boleh diakses. Begitu juga penerokaan yang dilakukan oleh
pelajar dalam menggunakan suatu perisian pembelajaran seperti perisian Power
Point yang boleh dilaksanakan secara individu mahupun secara berkumpulan.
Proses penerokaan terhadap kemudahan TMK seperti ini mempunyai beberapa
kelebihan dan kelemahan seperti mana yang berikut:-
Kelebihan
o Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang
penggunaan suatu kemudahan atau peralatan TMK. Contohnya seperti
peneokaan murid terhadap penggunaan perisian Power Point. Dengan
adanya aktiviti penerokaan pelajar terhadap perisian Power Point ini,
maka pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam menggunakan perisian pembelajaran ini untuk pelbagai
tujuan.
o Aktiviti penerokaan yang dijalankan juga akan dapat
menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan TMK sebagai salah
satu medium pembelajaran mereka. Ini bermakna bahawa pelajar tidak
hanya bergantung kepada penggunaan buku sebagai medium
pembelajaran mereka. Sebaliknya, turut memanfaatkan kemudahan
TMK untuk tujuan pembelajaran.
7
o Guru juga akan dapat merangsang pelajar yang pasif semasa
menjalankan aktiviti penerokaan. Contohnya, guru melaksanakan
aktiviti penerokaan secara berkumpulan di mana pelajar yang pasif
dapat didorong dan dirangsang untuk lebih aktif dalam mengikuti setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru di
dalam kelas.
Kelemahan
o Terdapat pelajar yang mungkin berhadapan dengan masalah
memahami kemudahan TMK yang digunakan oleh guru. Perkara ini
akan memerlukan guru membuat penerangan kepada pelajar tersebut.
Sekiranya terdapat banyak pelajar yang mempunyai masalah yang
berbeza, ianya akan menjadi masalah kepada guru untuk membantu
kesemua pelajar dalam masa yang terhad. Ini juga akan menghalang
kepada keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(c) Kaedah Aplikasi
Kaedah aplikasi adalah satu aktiviti yang berpusatkan pelajar di mana pelajar
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Proses ini akan
dapat memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar dalam menggunakan kemudahan
TMK. Dalam masa yang sama juga, guru akan membimbing dan membantu pelajar
memahami dengan lebih lanjut tentang penggunaan kemudahan TMK. Menerusi
pelaksanaan kaedah aplikasi ini, terdapat beberapa manfaat yang boleh dicapai
seperti mana yang berikut:-
Kelebihan
o Pelajar akan dapat memperkukuhkan pengetahuan dan
kemahiran yang telah mereka pelajari meneru aktiviti menghasilkan
bahan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan TMK.
Contohnya, guru meminta pelajar membuat pembentangan dengan
menggunakan perisian Power Point. Secara tidak langsung, aktiviti ini
akan mendorong pelajar untuk menggunakan perisian komputer tersebut
untuk menghasilkan bahan pembentangan mereka.
8
o Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan
menyeronokkan juga akan dapat ditingkatkan. Ini dapat dilihat menerusi
penggunaan medium pengajaran yang bercirikan interaktif iaitu
kemudahan TMK seperti komputer dan perisian komputer. Berbeza
dengan penggunaan buku teks yang tidak membolehkan murid
berinteraktif dengan medium pembelajaran tersebut.
o Guru juga dapat menilai tahap kemajuan pelajar khususnya
dalam menggunakan kemudahan TMK sebagai medium pembelajaran
mereka. Secara tidak langsung, perkara ini akan memboleh guru untuk
mengenal pasti pelajar yang masih lemah dalam menggunakan
kemudahan TMK dan seterusnya membantu pelajar tersebut untuk lebih
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian akademik
mereka.
Kelemahan
o Seperti mana kaedah tutorial, kaedah pengajaran aplikasi ini
hanya sesuai dilaksanakan sekiranya guru mempunyai kemudahan TMK
yang mencukupi. Contohny seperti peralatan komputer yang dilengkapi
dengan perisian yang ingin digunakan seperti kemudahan internet,
perisian Microsoft Office dan sebagainya. Sekiranya bilangan peralatan
TMK ini tidak mencukupi, maka guru akan mengalami kesukaran untuk
melaksanakan kaedah pengajaran tutorial ini.
(d) Kaedah Komunikasi
Kaedah komunikasi tidak hanya dilaksanakan dalam waktu pengajaran yang
khusus. Sebaliknya, kaedah komunikasi boleh digabungkan dengan kaedah
pengajaran TMK yang lain seperti kaedah tutorial, kaedah penerokaan mahupun
kaedah aplikasi. Menerusi kaedah komunikasi ini, interaksi di antara guru dan
pelajar boleh ditingkatkan dan dijadikan sebagai salah satu cara untuk
merangsang pelajar. Ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat
mengambil bahagian secara menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Justeru, pelaksanaan
9
kaedah komunikasi ini akan memberikan beberapa manfaat seperti mana yang
berikut:-
Kelebihan
o Komunikasi di antara guru dengan pelajar akan dapat
ditingkatkan. Ini juga akan dapat membantu guru untuk mengenal pasti
kumpulan pelajar yang masih lemah dan dibantu untuk mengatasi
kelemahan yang dihadapi. Secara tidak langsung, aktiviti interaksi
seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran TMK
pelajar.
o Interaksi di antara pelajar juga akan dapat ditingkatkan
khususnya semasa guru melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
berkumpulan. Contohnya seperti aktiviti menghasilkan bahan
pembentangan dengan menggunakan perisian Power Point. Dengan cara
seperti ini, pelajar akan saling membantu dan akan dapat meningkatkan
minat mereka untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kemudahan TMK.
Kelemahan
o Pelaksanaan kaedah komunikasi ini mampu mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang bising sekiranya guru gagal
mengawal pelajar. Oleh itu, guru perlu memastikan bahawa setiap
proses komunikasi yang berlaku di dalam kelas tidak akan menjejaskan
suasana dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, empat kaedah pengajaran dan pembelajarna yang
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi di atas adalah antara kaedah
pengajaran yang boleh dilaksanakan. Menerusi pelaksanaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran ini, maka pelajar akan lebih seronok untuk mengikuti setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan berpandukan kepada
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
10
3.2 CADANGAN PERKAKASAN
Berdasarkan kepada cadangan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer di dalam kelas, maka terdapat beberapa cadangan peralatan dan
perkakasan yang diperlukan. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
(a) Komputer
Komputer adalah perkakasan utama yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Walau bagaimanapun, guru
boleh membuat keputusan sama ada menggunakan bilik komputer untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau menggunakan komputer
yang tersedia di bilik darjah. Dalam pada itu, komputer yang digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajarna juga perlu mempunyai perisian pembelajaran
yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
(b) Perisian Komputer
Setiap komputer yang digunakan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajarn, perlu mempunyai perisian komputer yang sesuai dan boleh digunakan
oleh guru dan pelajar. Contohnya seperti perisian Microsoft Office, Macromedia
Flash, kemudahan internet dan sebagainya. Ianya tidak hanya digunakan untuk
memaparkan kandungan pengajaran guru. Sebaliknya, guru juga boleh memaparkan
video, gambar dan sebagainya yang mempunyai perkaitan dengan kandungan
pengajaran guru.
(c) Layar Putih
Layar putih juga adalah antara perkakasan yang diperlukan untuk memastikan
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Layar putih adalah layar yang diletakkan di
bahagian hadapan kelas yang akan memancarkan kandungan pembelajaran daripada
komputer. Sekiranya guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, maka kandungan pengajaran yang terdapat pada komputer guru seperti
paparan video dari internet dan sebagainya dapat dipacarkan ke layar putih dengan
menggunakan pemancar LCD.
11
(d) Pemancar LCD
Pemancar LCD juga sangat diperlukan di setiap kelas agar dapat untuk membantu
guru memancarkan kandungan pengajaran pada layar putih. Pada masa kini,
terdapat pelbagai jenis pemancar LCD dengan pelbagai saiz. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pihak sekolah boleh menyediakan
pemancar LCD bersaiz kecil kerana sesuai dengan saiz kelas yang tidak terlalu
besar.
(e) Kemudahan Internet
Kemudahan internet juga adalah antara perkakasan pilihan yang turut diperlukan
oleh guru. Kemudahan internet ini boleh digunakan oleh guru untuk mengakses
pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran seperti fail, gambar, carta, video dan
sebagainya. Dengan adanya kemudahan internet, guru juga boleh menggunakan
kemudahan telefon pintar yang dimiliki oleh pelajar untuk dijadikan sebagai
medium pembelajaran mreka.
Oleh yang demikian, lima perkara yang dinyatakan di atas adalah antara
perkakasan yang diperlukan untuk memastikan aplikasi pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer di dalam kelas dapat mencapai matlamatnya.
3.3 BELANJAWAN
Untuk menyediakan lima perkakasan yang dinyatakan di atas, maka berikut
adalah keperluan belanjawan untuk setiap kelas yang mengaplikasikan teknologi
maklumat dan komunikasi seperti komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas:-
Bil Perkakasan Kuantiti Kos Perunit (RM)
Jumlah Kos (RM)
1 Komputer 1 Set 2,500.00 2,500.00
2 Perisian Komputer 5 Jenis 50.00 250.00
3 Pemancar LCD 1 Unit 1,999.00 1,999.00
12
4 Layar Putih 1 Unit 399.00 399.00
5 Kemudahan Wifi 1 Unit 299.00 299.00
6 Yuran Internet Setahun 12 Bulan 108.00 1,296.00
6,743.00
Jadual 1 : Anggaran Bajet
Berdasarkan kepada maklumat yang ditunjukkan dalam jadual 1, dapat dilihat
bahawa kos atau bajet yang diperlukan untuk melengkapkan setiap kelas dengan
kemudahan dan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sebanyak
RM6.743.00 termasuklah kemudahan internet selama setahun
4.0 KESIMPULAN
Secara umumnya, konsep teknologi pengajaran yang juga dikenali sebagai
teknologi pendidikan tidak berasal dari dunia pendidikan. Ia bermula apabila peralatan
ciptaan ahli teknologi yang tidak terlibat dalam pendidikan. Dengan adanya peralatan dan
bahan yang boleh menolong pembelajaran, maka istilah teknologi pendidikan wujud (Ab.
Rahman Selamat, 1989). Istilah teknologi dari pandangan generasi pertama adalah suatu
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada penggunaan
peralatan dan kemudahan teknologi. Justeru, penggunaan bahan pengajaran berasaskan
ICT perlu diutamakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Contohnya seperti mana penggunaan perisian ‘Kids Math’ yang mana
mengandungi pelbagai aktiviti yang boleh membantu meningkatkan penguasaan dan
kemahiran menyelesaikan soalan matematik dalam kalangan murid yang masih lemah
dalam menguasai kemahiran matematik. Dalam masa yang sama, penggunaan perisian
pembelajaran seperti ini tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Sebaliknya,
sangat mudah digunakan dan sangat mudah dikendalikan kerana mengandungi arahan yang
mudah untuk diikuti.
13
JUMLAH PERKATAAN : 2,549 PATAH
5.0 RUJUKAN
A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin, (2003). Kumpulan Kertas Kerja: Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Hamdan Said, (2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidik di Malaysia, Jurnal Pendidikan Universiti Malaysia, Jilid 6, hal. 35-46
Ismail Zain, (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Kementerian pendidikan Malaysia (1997). The Malaysian Smart School. An MSC Flagship Appication. A Conceptual Blueprint, Kuala Lumpur
Moeng, B. (2004). IBM tackles Learning in the Workplace. IBM Management Development Solutions, Nov 8, 2004
Perkins, D, (1992). Smart School: Better Thinking and Learning For Every Child, New York: The Free Press
Rosenberg, M. (2001). e-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. New York: McGraw-Hill, p28
Rossett, A. & Sheldon, K. (2001). Beyond The Podium: Delivering Training and Performance to a Digital World. San Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer, p274
The Delphi Group (2000). Need to Know: Integrating e-Learning with High Velocity Value Chains. 12/14/2000
14