Hadiah termahal dari allah

Post on 07-May-2015

879 views 5 download

Transcript of Hadiah termahal dari allah

Hadiah Termahal dari Allah

Oleh: Muhamad Na’im B. Ab Razak (Jacknaim)

“Islam is derived from the word aslam which means submission. It also came from the word

salam, which means peace.Both of it are arabic words,” aku menarik nafas panjang.

Kering rasanya tekak ini. Aku memandang ke segenap penjuru dewan. Kelihatan mereka

khusyuk sekali mendengar biarpun ucapanku belum pun sampai sepuluh minit. Berdebar rasanya

hati ini. Maklumlah ini kali pertama aku berhadapan dengan non muslim secara terbuka dalam

menyebarkan dakwah islamiyyah. Lututku terasa begitu lemah sekali. Ku gagahinya diri ini

untuk berdiri. Teringat kata-kata Bro Azmi. Tenang dan jelas. Itulah yang paling penting dalam

berdakwah.

Aku memandang syiling Dewan Kuliah C, University Of Michigan. Ku telan air liur yang mula

membuak keluar dari kelenjar saliva ini. Kepalaku ligat untuk menyusun fakta. Segalanya mesti

sempurna, kemas dan padat. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Doa ku sendirian.

“So from those two rootwords, we can make a definition of islam which means peace that comes

from total submission towards the ALMIGHTY GOD. However the concept of God in Islam is

different from your religion. It is different from the Trinitarian concept like what some of you

believe.” Kelihatan beberapa orang pelajar mencatat di atas kertas mengenai apa yang aku

nyatakan.

Ternyata pelajar-pelajar barat ini cukup terbuka sekali dalam membincangkan soal ketuhanan

dan agama. Ketakutan mereka disebabkan oleh peristiwa 11 September sebenarnya telah

menyebabkan mereka tertanya-tanya konsep sebenar mengenai Islam. Maklumlah sebelum ini,

Kerajaan mereka begitu lantang sekali menyalahkan islam ke atas isu keganasan yang berlaku

terhadap dunia global. Mereka yang disogokkan dengan khabar-khabar palsu mengenai Islam

ternyata bangkit untuk mencari kebenaran disebaliknya.

Benarlah kata-kata sahabatku semasa menuntut di kelas Comparative Religion di Malaysia.

Setiap manusia pasti mempunyai naluri untuk mengenali Islam. Setiap mereka dilahirkan dalam

keadaan fitrah Islam. Ibu-bapa lah yang mencorakkan mereka samada untuk menjadi islam,

Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.

“If In Trinitarian concept, you believe that three entity of god make up the concept of God which

are God the father, Jesus Christ and Holy Spirit. But they are all one God. However in Islam the

concept of God is totally different. What type of god that we worship? It is stated in the Holy

Quran, Surah al Ikhlas or sincerity in chapter 112, verses 1-4 saying that God is one and only. He

is the eternal and absolute. He begetteth not, nor he is begotten. And nothing shall ever be

compared to him. So other than this concept we can not accept it. So before I go further with our

sharing session, is there any of you would like to ask anything? Because I do believe that two

ways discussion will give us more benefit.”

Aku duduk seketika di atas kerusi. Botol air mineral di atas meja itu aku gapai dan tuangkan

sedikit air ke dalam gelas. Air yang jernih itu aku teguk buat membelai tekak ku yang nyata

kekeringan. Mataku melilau kesegenap dewan, mencari sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan

soalan.

“Excuse me brother. You said that Islam is the religion of Peace. But why the nowadays, it is

Muslim who commit the suicide bombing and sabotaging facilities.” Seorang gadis cina yang

berambut panjang, bercermin mata bangun dan bertanya soalan.

“Thank you sister for your question. Yes, you indeed right. Most of the terrorism involves the

Muslim. But have you ever consider the Holoucast and Nazism. What is the religion behind

those people.”

Aku memandang ke arahnya dan melontarkan sebutir senyuman. Tanpa membiarkan dia

menjawab pertanyaanku, aku menyambung hujah.

“Of Course not Islam, right. And those who kills the Civilians in Vietnam also not a muslim. It is

a co-incidence that the recent terrorism action is done by Muslim. But many of them are simply

an accusal but without a sufficient proof. Take a look at September, 11 tragedies. It’s being

doubted that the explosive from the aeroplane fuels can cause the steel tower to collapse. Plus,

William Rodriquez who is the last survivor of the big event mentions that he heard several

explosion at the base of the building. And the most important point is. If Muslim did the

bombing, why he reverted to Islam. Don’t you think that it is a stupid action? Besides, Islam

value life as a very important thing. Let me quote this verse from you.”

“…if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - it

would be as if he slew the whole people: and if any one saved a life, it would be as if he saved the

life of the whole people..”[5:32]

Para hadirin mengangguk-anggukkan kepala. Gadis itu, kulihat tersenyum. Ku harap dia berpuas

hati dengan jawapan yang aku berikan. Ku lihat jam di tanganku sudah merangkak ke angka

12.30 tengah hari. Segera ku teringat janji ku dengan Prof Klaskliew yang ingin bertemuku

kerana ingin mendapatkan senaskah al-quran.

“Well, ladies and gentlemen I’m afraid that I can not continue this session due to my

appointment with Prof Klaskliew. I promise that we’ll have this kind of session again whenever

we’ve a gap between our lectures.” Aku mengemas nota-notaku dan memasukkannya ke dalam

beg galasku.

Baru beberapa langkah aku meninggalkan dewan, kedengaran suara lembut memanggilku.

Rupanya gadis yang bertanyakan soalan tadi.

“Hi Bro ricky, boleh kita berbicara,” tegurnya.

“Wow, pandai bercakap melayu rupanya saudari ni ya.” Ucapku kagum

“Saya berasal dari Malaysia lah. Anyway, my name is Cindy.” Dia menghulurkan tangan untuk

bersalam.

“Ermm… Sorry banyak-banyak Cindy, dalam islam lelaki dan wanita tidak sepatutnya

bersentuhan tangan. It is to keep the girl’s modesty actually.” Aku menolak lembut pelawaannya.

“Well it’s ok. Anyway, That was a very nice speech. I like it.” Cindy tersenyum, menampakkan

lesung pipitnya yang nyata menyerlahkan lagi keayuan gadis itu.

“Erm, Cindy.. Nice to meet you. Unfortunately I have an appointment. Very urgent. Can I see

you later.”

“Well, it’s ok Ricky. I understand. Can I have your contact number. I have a lot to ask about

Islam.”

Aku memberikan kad namaku kepadanya. Dia menerimanya lalu melontarkan senyuman yang

amat manis sekali. Ya Allah, aku ni nak berdakwah. Teguhkanlah imanku. Lantas aku pun

berlalu pergi.

****************************

“Macam mana sesi perkongsian Ricky tadi,” tanya Suria sewaktu ku bertandang di rumahnya.

Aunty Halimah keluar dari dapur membawa dulang berisi se-jug air dan sedikit kuih. Dia

menuang air sirap ke dalam gelas dihadapanku lalu duduk di atas sofa di sebelah Suria.

“Alhamdulillah Suria, syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kekuatan kepada Ricky. Agak

gemuruh juga. Maklumlah kali pertama. Tapi mereka agak berfikiran terbuka juga. Eh, Uncle

mana?”

“ Daddy ke rumah Mr Smith sekejap. Katanya ada urusan berkenaan dengan ladang epal

jagaannya. Sekejap lagi pulanglah tu.” Balas Suria mesra.

Aku mengangguk tanda faham. Memang Uncle Khalid sentiasa sibuk. Maklumlah kerjanya

sebagai Pengurus Ladang Epal terbesar sekali di daerah Michigan. Aku turut berbangga

dengannya. Siang sibuk dengan ladang epal, malam pula diisi dengan memberikan kuliah-kuliah

berkenaan islam kepada saudara seagama yang baru menerima hidayah. Sekiranya

berkelapangan, aku turut membantunya.

Tatkala aku ingin berbicara, telefon bimbit ku berbunyi tanda ada sms yang masuk. Ku lihat

mesej dari Cindy. Katanya ada hal ingin dibincangkan. Dia mengharapkan agar aku menemuinya

di Coffee House berdekatan dengan apartment tempat tinggal pelajar malam nanti. Aku berfikir

seketika. Antara janji ingin makan malam bersama-sama Suria dan keluarga atau bertemu

dengan gadis yang baru aku ketemui beberapa hari yang lepas. Aku memandang wajah Suria dan

aunty Halimah. Serba-salah pula aku dibuatnya.

“ Ermm.. Aunty dah masak ke untuk malam ni?” Soalku.

“Kenapa Ricky?” soalnya.

“Serba-salah saya dibuatnya aunty. Tiba-tiba pula ada temujanji.” Aku cuba menjelaskan.

“Ricky memang selalu macam ni. Ada-ada je kerjanya. Mengalahkan menteri pula,” Suria

memotong percakapanku. Dia menarik muka masam. Merajuk agaknya.

“Suria, tak baik cakap macam tu dengan Ricky. Aunty tak masak lagi pun sebenarnya. Kalau

Ricky betul-betul ada hal aunty masak untuk tengah hari esoklah.”

“Tapi mak, Ricky ni selalu macam ni. Ada-ada sahaja alasannya. Esok mungkin tak boleh kot.

Suria ada kelas dissection.”

“Lor apa susahnya. Ricky makan lah tanpa Suria. Suria menghadap aja lah cadaver tu.” Aku

mengembalikan ejekannya. Suria masam memuncung. Geli juga hatiku dengan karenahnya itu.

“Ricky! Mak tengok Ricky ni, dia main-mainkan Suria. You better stop it before I won’t talk to

you anymore.”

“Ok, Ricky tak kisah apa-apa pun. Suria pergi lah bercakap dengan Cadaver tu ye.Kirim salam

banyak-banyak kat dia. ”

“Ok. Suria kahwin dengan cadaver tu baru padan muka Ricky.”

Aunty halimah ketawa dengan gelagat kami berdua. Dia menggeleng kepala melihat gelagatku

yang mengusik Suria. Kemudian aku mengeluarkan telefon bimbitku dan membalas mesej Cindy

menyatakan persetujuanku untuk bertemu dengannya. Aku meminta izin untuk pulang ke

asramaku. Maklumlah jam sudah pun meniti ke pukul 5.30 petang. Sementara menanti detik dan

ketika untukku menemui Cindy, boleh juga aku selesaikan learning issue berkenaan Ischaemic

heart disease. Maklumlah, setiap detik amat berharga sekali dalam kamus hidup pelajar

perubatan. Tambahan pula, aku harus membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya. Dakwah

dan pelajaran sama pentingnya.

****************************

“Assalamu’alaikum,” sapa ku kepada Cindy sewaktu aku mendekatinya.

“Huh..Erm saya bukan islam. Kenapa Ricky ucap salam kepada saya.” Balas Cindy.

“ Tak ada masalahnya Cindy, maksud perkataan tu adalah salam sejahtera ke atas kamu. Tak

salah kita mendoakan kesejahteraan terhadap seseorang. Itulah tuntutan Islam.” Ujarku.

“Oh begitu, dulu sewaktu di Malaysia, pernah rakan memarahi Cindy kerana memberi ucapan

salam. Katanya, salam tu hanya untuk orang islam. Orang kafir macam saya ni tidak layak untuk

memberkan salam. Eh Ricky duduklah.”

“Ermmm.. Cindy kata datang dengan kawan. Mana dia?” Soalku tanpa terus duduk.

“Dia ada hal sedikit. Eh duduklah, saya bukannya makan orang pun.” Pelawanya lagi.

Aku berasa sedikit janggal. Apa pula nanti jika terlihat oleh akhi-akhi ku. Nanti salah faham

akan timbul. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk duduk.

“Oh ya, saya sebenarnya masih belum mengenali Cindy lagi.Tak perasan pula saya akan kalibat

Cindy sebelum ni”

“Oh ya. Saya sebenarnya pelajar tahun satu. Mungkin Ricky tak perasan.”

“Mungkin juga.” Balasku pendek. “Cindy kata asal dari Malaysia.” Tegurku.

“Yup. Saya berasal dari penang. Bukit Mertajam. Ricky?”

“Saya berasal dari Kelantan. Oh ya, kata Cindy ada hal yang ingin dibicarakan. Boleh Cindy

ceritakan.” Kataku lagi.

“ Saja je. Ricky kelihatan bagus sekali semasa berhujah. Saya ingin mengenali Islam dengan

lebih lanjut lagi. Semasa di malaysia, tidak ada peluang langsung. Sahabat melayu ada, tapi

mereka tidak menunjukkan kesediaan untuk berkongsi.” Cindy menundukkan mukanya, kakinya

menguis-nguis lantai.

Seorang gadis berkulit putih muncul dari belakang untuk mengambil pesanan. Aku memesan

secawan kopi cappucino manakala Cindy memesan segelas jus oren. Sebaik sahaja pelayan

Coffee House berlalu pergi, kami menyambung kembali bicara.

“Maksud cindy? Kenapa mereka enggan. Mungkin Cindy yang tak bertanya.” Soalku.

“Mereka tidak suka membicarakan tentang Islam. Cindy pun senyap je lah. Malu juga nak

bertanya. Lagipun mereka pernah memarahi Cindy kerana mengucap salam kepada mereka.”

Ujarnya menjelaskan perkara yang berlaku sewaktu di Malaysia.

“Apa yang Cindy tahu pasal islam setakat ni?”

“Cindy ada membacanya melalui buku-buku dan majalah. Tapi Cindy keliru. Ajarannya hampir

sama dengan ajaran tuhan Jesus tetapi ia kelihatan lebih kompleks. Berbanding dengan Tuhan

Jesus, TUHAN ALLAH agak kejam.”

“Kejam. Maksud Cindy?” sengaja aku bertanya. Aku ingin menguji setakat mana

pengetahuannya berkenaan Islam. Aku tidak menolak kemungkinan bahawa dia mempunyai

salah faham terhadap islam.

“Iya lah, kenapa mesti ALLAH masukkan manusia ke dalam neraka. Kenapa mesti dia menyiksa

manusia di dalam api yang panas. Setiap kali tumbuh kulit yang baru, dibakarnya lagi. Bukankah

kejam namanya tu.”

“Baiklah, sebelum Ricky menjawabnya, Cindy tahu apa lagi mengenai Islam?”

“Banyak lagi yang cindy ingin tanyakan. Kenapa mesti Islam menindas wanita dan meletakkan

mereka di bawah kongkongan lelaki. Darjah seorang wanita kurang berbanding lelaki kan. Itu

kata Al-Quran, betul tak Ricky?”

“Baiklah Cindy, untuk soalan pertama. Memang betul ALLAH ada nyatakan seksaan terhadap

orang yang mati dalam keadaan kafir. Itu adalah harga yang harus mereka bayar kerana menolak

Islam. Allah telah memberi banyak peluang untuk manusia bertaubat, yakni kembali

kepadaNYA setelah melakukan kesilapan. Banyak sekali peluang yang ALLAH berikan.”

“ Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,

janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-

dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[39:53]

“Tapi adil kah ALLAH masukkan orang kafir ke dalam Neraka sedangkan mereka begitu baik

sekali di dunia. Adakah Cindy akan masuk neraka apabila mati kelak?” tanya Cindy secara tiba-

tiba.

“Tidak semestinya,” ujarku.

“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-

kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka kedalam surga-surga yang penuh

kenikmatan.”[5:65]

“Ricky tidak tahu. Tiada siapa yang tahu. Cuma ALLAH menjanjikan syurga buat mereka yang

beriman. Sebenarnya ada juga orang yang beriman di kalangan ahli kitab. Selagi mana mereka

mengakui keesaan ALLAH yang satu maka islamlah dia. Ricky pun belum tahu samada Ricky di

tempatkan di syurga ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada ALLAH. Jadi kita mestilah

sentiasa berdoa kepadanya. Sebenarnya, Allah mengampunkan semua dosa kita kecuali dosa

syirik. Iaitu mempersekutukannya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Termasuklah dengan

mengatakan Jesus sebagai tuhan.” Balasku.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa

yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang

mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”[4:48]

“Maknanya orang islam tidak mengiktiraf Tuhan Jesus. Dia begitu baik sekali. Sanggup mati di

tiang salib demi menebus dosa manusia.” Ujar Cindy mempertahankan hujahnya.

“Orang Islam wajib menyayangi Jesus. Tidak sempurna iman seseorang islam sekiranya dia

tidak menyayagi Jesus. Jesus merupakan antara lima Rasul terhebat ALLAH selain Noah,

Abraham, Mosses dan Muhammad. Tapi dia hanyalah manusia biasa yang dilahirkan secara

ajaib. Tapi dia bukannya tuhan.”

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu

mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam

itu, adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya

kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada ALLAH dan

rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan

itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAH

dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah

ALLAH menjadi Pemelihara.” [4:171]

Cindy diam. Mungkin dia mengakui kata-kataku. Minta dibuka pintu hatinya oleh Allah, doaku.

Aku cuba menguji Cindy. “Cindy katakan yang Jesus mati untuk menebus dosa kita. Dosa

apakah itu?”

“Dosa warisan daripada Adam dan hawa kerana memakan buah epal. Setiap daripada kita

dilahirkan berdosa. Terima kasih kepada Jesus kerana menebus dosa itu.”

“Kalau begitu, kita wajar berterima kasih kepada Adam dan Hawa. Kerananya, Jesus

diturunkan untuk menebus dosa kita. Tapi bagaimana dengan manusia sebelum Jesus. Ke neraka

kah dia kerana belum sempat untuk diampuni dosanya dengan menerima Jesus. Bagaimana

dengan bayi yang baru dilahirkan dan meninggal. Ke nerakah mereka? Nampaknya ALLAH

dalam Islam tidak lah sekejam mana kerana bayi yang dilahirkan suci daripada dosa.”

“Dan mengapa kamu tidak beriman kepada ALLAH padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu

beriman kepada TUHANmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu

adalah orang-orang yang beriman”[57:8]

“Cindy, kalau dilihat dalam bible sekalipun. Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas dosa yang

dilakukan oleh Adam dan Hawa kerana memakan epal larangan. Setiap daripada kita

menanggung dosa sendiri. Kedua-dua Bible dan Al-Quran bersetuju bahawa kita menanggung

apa yang kita lakukan.” Ujarku.

“The one who sins is the one who will die. The child will not share the guilt of the parent, nor

will the parent share the guilt of the child. The righteousness of the righteous will be credited to

them, and the wickedness of the wicked will be charged against them” [Ezekial 18:20]

“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” [35:18]

“Mungkin betul apa yang Ricky katakan itu. Entahlah, Cindy pun keliru.” Wajah Cindy bagaikan

pesakit liver cirrhosis yang terkena hepatic encepalopathy. Termanggu-manggu dan terpingga-

pingga dia. Mungkin kepeningan dan ragu-ragu.

“Cindy, sekarang pun dah pukul 10 malam. Boleh tak kita sambung kemudian soalan Cindy.”

“Baiklah,” nanti Cindy sms Ricky ya.

“Oh ya, by the way. Can we make it at the noon or something. Tak manis dipandang orang kita

keluar berdua begini. Nanti menimbulkan fitnah pula.” Ujarku.

“Ricky tidak suka keluar dengan Cindy.”

“Bukan tidak suka, tapi tak manis kan lelaki dan perempuan bersama-sama begini. Kita ni

bagaikan magnet. Saling tertarik antara satu sama lain. Sehebat mana pun kita mengawalnya,

tidak mustahil niat baik ini mengundang ketawa syaitan. Memang dia sentiasa ingin melihat

hamba Allah melakukan kemaksiatan.”

“Hurmm. Apa-apalah Ricky ya.”

****************************

Kringgg…. Jam loceng ku mula menjerit menandakan sudah jam 5.00 pagi. Berat rasanya mata

ini untuk melihat keindahan alam. Aku menarik selimut dan kupejamkan kembali mata ini. Entah

mengapa, wajah Cindy terbayang di mindaku. Tingkah laku gadis itu amat molek sekali.

Senyumannya semanis madu. Mampu memberikan kesegaran kepada mana-mana jejaka yang

melihatnya. Suaranya yang manja memukau kalbu ini. Astaghfiurllah! Sampai ke situ pula

fikiranku. Aku bingkas dari katilku. Ku tepuk dahi ini kerana berfikir yang bukan-bukan. Aku

hanyalah manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan.

Ku gapai perkakasan mandi ku lalu menuju ke bilik air. Kalaulah tiada pemanas air, nescaya aku

tidak akan mandi. Sejuknya sehingga menggigit tulang. Nyilu sangat-sangat. Selesai mandi dan

berwudhu’ aku menghadap tikar sejadah bersolat tahjud. Tahjud itu kekuatan. Kerana itulah

Salahuddin Al Ayubi menjadikan mereka yang bertahjud di malam hari sebagai barisan hadapan

pertahanan tentera sewaktu menawan kota Palestin dari Richard the Lion Heart. Itulah yang

pernah disampaikan Uncle Khalid sewaktu aku bersembang dengannya. Selesai tahjud, aku

mengejutkan rakan sebilikku untuk sama-sama ke surau kecil yang sebenarnya merupakan bilik

apartment bagi mengerjakan solat Subuh. Surau itu kami sewa menggunakan duit yang dikumpul

sedikit-sebanyak daripada pelajar muslim melalui Persatuan Mahasiswa Islam Michigan yang

terdiri daripada mahasiswa daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pulang dari surau, aku teringatkan Suria. Ingatanku tentang pertemuan dengan Cindy segera

hilang. Aku bersalah terhadapmu Suria. Aku mengingati gadis lain sedang kau adalah tunangku.

Ku gapai telefon bimbitku lalu ku tekan kekuncinya dan menelefon Suria. Gembira dia apabila

mendengar suaraku. Alah bukan lama pun. Baru petang semalam berjumpa. Cuma rasa bersalah

kerana membayangkan gadis lain menyebabkan aku menelefonnya. Tapi tidak kunyatakan sebab

itu. Hati perempuan ini cukup rapuh sekali. Maunya dia tidak merajuk sekiranya dia tahu bakal

suaminya memikirkan gadis lain. Lagipun, dakwah bukan alasannya untuk aku hanyut.

Setelah lebih kurang lima minit aku berbicara dengan Suria, aku menggapai buku Clinical

Medicine ku yang terletak di atas rak untuk menghabiskan bacaanku semalam. Pelajaran harus

diutamakan. Jangan biarkan ia menjadi fitnah kepada dakwah yang dijalankan. Itulah prinsip

yang ku pegang selama ini.

Setelah setengah jam menelaah pelajaran, terasa perutku berkeroncong. Jam baru menunjukkan

pukul 7.45 pagi. Kelas hari ini hanya bermula pada pukul 11 pagi. Aku mengambil beg duitku

lalu ke kedai roti kebab syed Ali. Di situ lah kedai yang betul-betul diyakini halal. Walaupun

tirai kedai baru diangkat, sudah ramai yang bertandang.

Entah mengapa di satu sudut, seorang gadis melambai ke arahku. Ya Allah, Cindy rupanya.

“Assalamu’alaikum Ricky,” sapa Cindy sewaktu menghampirinya.

“Waalaikum’ salam. Awal Cindy turun.” Balasku

“Saja je. Nak jumpa Ricky. Ricky selalu makan di sini kan. Dah banyak kali Cindy lihat Ricky

sebelum ni. Ricky je yang tak perasankan Cindy.” Jawabnya sebelum sempat aku bertanya.

“Oh,” jawabku.

“So, can you continue answering my last night’s question?”

“Now, it’s very crowded here. You won’t listen to my point.”

“You’re weird Ricky, you’re complaining about you meeting me alone and yet you still

complaining about meeting me in the crowded.”

“It’s not like that Cindy, but the situation didn’t permit us to discuss about it. It’s too noisy here.

Shall we meet up at library later? Are you free at 2 P.M?”

“Ermm. Not at that time I guess. I got histology class at that time. Shall we make it at 4

something?”

“Ermm.. Sure. Well I got to go now, still lot of thing to read up.” Ujarku setelah menghabiskan

cebisan terakhir roti kebab ke mulutku,

“You are not drinking any water Ricky?”

“Alamak… Saya lupa nak pesan minuman.”

“You can have mine.” Pelawa Cindy sambil menghulurkan gelasnya.

“Tak apa lah Cindy. I’ll drink something later at my apartment. See you!”

****************************

“Islam tidak pernah menindas wanita. Jika disingkap sejarah pada zaman jahiliyyah. Wanita

hanya dijadikan bahan mainan. Mereka hanya alat pemuas nafsu lelaki. Anak-anak perempuan

ditanam hidup-hidup. Islamlah yang membela mereka. Selepas Nabi Muhammad di angkat

menjadi Rasul, hak-hak mereka dibela. Mereka dibenarkan memiliki harta, menuntut ilmu dan

dilayan seperti manusia.”

“Tapi, bukankah lelaki itu satu darjat lebih tinggi daripada wanita?” Soal Cindy

“Ya memang betul. Ada dinyatakan dalam Al-Quran.”

“Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” [2:228]

“ Jadi betullah Islam menindas wanita.”

“Bukan begitu, maksud ayat di atas adalah dari segi tanggungjawab suami kepada isteri dalam

menjaga keselamatan isteri dan kesejahteraan rumah tangga. Tapi kalau dalam konsep beribadat,

sama sahaja taraf lelaki dan perempuan itu. Tidak ada beza sedikit pun. Masing-masing akan

mendapat janji ALLAH di akhirat kelak.”

"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik

laki-laki atau perempuan” [3:195]

“supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang

mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi

kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi

ALLAH” [48:5]

****************************

“Ricky, tolong Cindy. Cindy tak tahu apa yang nak dibuatkan lagi. Selamatkan Cindy.”

Tercungap-cungap suara Cindy sewaktu menelefonku.

Aku bingung memikirkan apa yang terjadi. Perkenalanku dengan Cindy baru menjangkau

beberapa bulan. Dia seorang yang ceria sebelum ini. Ketawa nya riang sekali. Tapi sebentar tadi

dia dalam ketakutan. Takut yang amat sangat. Aku sendiri berasa pelik yang amat sangat. Tanpa

berlengah, aku bergegas ke apartmentnya.

Sampai di bahagian bawah apartment nya, aku mendail nombor telefonnya. Sebentar kemudian

dia turun berlari-lari sambil membawa beg pakaian. Mukanya pucat. Ada air mata di pipinya.

“Selamatkan CindyTolong!” Dia memegang tanganku erat.

Aku cuba untuk mengungkai tangannya. Malu dengan orang ramai yang memandang. Malu lagi

dengan Allah. Pendakwah seperti ku berpegangan tangan dengan wanita yang bukan muhrimku.

“Cindy apa yang terjadi ni.” Pujukku.

“Bawa Cindy pergi Ricky, tolonglah.”

Ke mana harus ku bawanya. Aku bingung. Akhirnya aku membawanya ke rumah Dr Mariah.

Hanya dia yang terlintas di fikiranku buat masa sekarang. Dr Mariah turut terkejut melihat

keadaan Cindy. Hampir sahaja dia salah sangka yang aku berkelakuan tidak senonoh terhadap

Cindy.

“Saya sendiri bingung Dr. dari tadi dia meracau meminta tolong.”

“Bertenang Cindy, ceritakan kepada saya kenapa anda begini.” Katanya lembut.

Dr Azman, suami Dr Mariah keluar dari bilik. Aku bersalaman dengannya. Dia memandang

kehairanan. Aku hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Bapa saya Dr…” Cindy memulakan bicara dengan terketar-ketar.

“Kenapa dengan bapa kamu Cindy?” Dr Mariah bertanya.

“Dia sudah tahu mengenai pengislaman saya. Dia dalam perjalanan dari Malaysia. Mati saya Dr.

katanya dia akan bawa saya pulang. Dia nak kurung saya selagi mana saya tidak murtad.”

Astaghfiurllah! Aku terkejut dengan berita itu. Ya Allah, mengapa hebat sekali dugaan mu

terhadap hamba-hambamu. Belum pun sempat dia belajar ilmu fardhu ain sehingga pandai,

sudah mendapat penentangan keluarga. Besar sungguh harga akidah yang dibeli oleh Cindy.

“Rakan senegeri saya yang melaporkannya kepada bapa. Bapa cukup marah sekali. Entah apa

yang harus saya lakukan. Saya sayangkan Islam. Itu jalan pilihan saya. Saya tidak rela

meninggalkannya setelah menerimanya.”

“Hanya ada satu cara untuk menyelamatkan kamu dalam masa yang singkat ini. Jangan risau,

perjalanan untuk sampai ke sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama setengah hari.

Kamu boleh menolong Cindy, Ricky.” Dr Azman pula berbicara setelah memahami kemelut

yang melanda Cindy.

“Apa yang saya boleh buat Dr? katakan sahaja, saya sanggup lakukan. Saya tidak rela akidah

yang dibina dicabut begitu sahaja.”

****************************

"Kau berkahwin dengan Cindy." Ujar Dr Azman pada Ricky. suaranya mendatar dan mukanya

kelihatan serius. Tiada sebarang tanda bahawa doktor itu bergurau.

"Dr. Apa yang Dr cuba sampaikan ini?"

"Apabila Cindy menjadi isterimu, maka kau boleh melindunginya. Lagipun, Cindy sudah

mencapai usia untuk bebas membuat keputusan beliau sendiri"

"MasyaALLAH doktor! saya sudah bertunang doktor. Haram saya memutuskan pertunangan ini"

"Astaghfirullah hal azim!", Dr Azman beristighfar panjang memikirkan cadangan yang baru

sahaja dikemukakannya itu. Entah kenapa idea itu diutarakannya. Syaitan mana yang

merasuknya.

“Cindy sekarang masih berada di bawah tanggungan keluarganya. Perbelanjaan di Michigan ini

agak besar walaupun menerima tajaan biasiswa. Mahu tidak mahu, dia harus mengekalkan

hubungan baik dengan keluarga.” Ucap Dr Mariah tenang.

“Maksud doctor?”, soal Cindy.

“ Dalam situasi ini, ada beberapa cadangan yang boleh kita cuba laksanakan. Terpulang pada

Cindy untuk memilihnya”

“InsyaALLAH saya sedia doctor. Demi akidah yang menjadi nyawa saya ini.”

“Begini Cindy. Pertama, kita boleh berjumpa dengan keluarga Cindy nanti. Saya, Dr Azman dan

Ricky boleh berbincang dengan mereka. insyaALLAH kita jelaskan dengan cara yang baik

nanti.” Sambung Dr Mariah.

“Bagaimana jika mereka masih menentang?”, Cindy memandang tepat anak mata Dr Mariah.

“Jika Cindy mampu maka Cindy boleh ambil keputusan untuk tetap isytiharkan keislaman

Cindy. Namun, kesannya mungkin Cindy akan dibuang oleh keluarga. Perjalanan Cindy sebagai

pelajar masih berbaki enam tahun. Mungkin akan mengalami banyak masalah apatah lagi tanpa

sokongan keluarga. Tapi hal itu jangan dirisaukan yang itu kerana kami berdua sedia membantu

Cindy”

“Saya sayangkan keluarga saya doctor. Saya juga tak sanggup melihat mereka kekal dengan

kekafiran mereka. Saya juga mahu mereka mendapat nikmat islam ini.”, ucap Cundy penuh sayu.

“Kalau Cindy bertegas untuk memeluk Islam, di awalnya memang perit. Mereka akan

membuang Cindy jauh dari hidup mereka. Tapi yakinlah, lama-kelamaan hati mereka akan

lembut. Tambah-tambah lagi ibu Cindy. Naluri keibuan memang kuat apatah lagi dia

mengandungkan Cindy Selama Sembilan bulan, menyusu dan membesarkan Cindy. Namun,

saya tidak berani jamin bila mereka dapat menerima Cindy kembali.” Terang Dr Mariah dengan

penjang lebar.

“Saya pun terfikirkan satu lagi cadangan doctor.” Samput Ricky

“Apa dia Ricky?” soal Cindy kembali.

Dr Azman hanya diam. Mungkin kerana cadangan peliknya sebentar tadi menyebabkan dia

memilih untuk menjadi penonton sahaja.

“ Cindy boleh sahaja berpura-pura keluar dari Islam. Namun di hati, Cindy masih teguh dengan

islam. Jangan tonjolkan keislaman Cindy. Bila Cindy sudah bekerja nanti dan ada kemampuan

dari segi kewangan dan sebagainya, maka boleh sahaja isytihar kembali.”

“Subhanallah! Ricky suruh Cindy murtad dan masuk islam kembali? Bagaimana kalau Cindy

mati dalam kekafiran?”, balas Cindy.

“Ya Allah! Bila pula saya suruh Cindy murtad. Saya suruh berpura-pura sahaja. Lagipun, hati

cindy sudah teguh berpegang pada Islam. Sekarang ni dikira sebagai darurat. insyaALLAH

dalam islam ada jalan keluar untuk setiap kemudharatan. Sewaktu Islam masih belum bertapak

dengan kukuh dahulu, Yasir juga murtad kerana ingin menyelamatkan nyawanya dari dibunuh.

Namun, kemurtadan itu tidak dikira kerana dia melakukannya atas sebab mudharat.”

“Ricky, Cindy tidak mahu menjadi pembohong. Walaupun ia mungkin untuk kesenangan Cindy.

Ini bukan prinsip hidup Cindy. Cindy pilih cadangan Dr Mariah. Cindy mahu berterus terang

pada papa dan mama. Jika mereka ingin buang Cindy sebagai anak mereka, Cindy terima.

InsyaALLAH, Cindy yakin yang Cindy mampu untuk hadapi dugaan ini. Soal kewangan,

insyaALLAH biasiswa yang ada lebih dari cukup untuk hidup. Cuma tidak mampu untuk

bermewah seperti sekarang. Pada masa sama, Cindy tak kan putus asa untuk berdakwah pada

mereka.”

“Hurm!”, Ricky tidak mampu untuk bersuara.

“Cuma, saya pohon dari kamu semua untuk menemani saya bertemu papa dan mama. Saya tiada

kekuatan untuk menemui mereka sendirian.”

“Apa Cindy sudah tetap dengan keputusan ini. Cadangan Ricky tadi pun agak bernas juga,”

sampuk Dr Mariah.

“Ya doctor! Saya nekad. Saya tidak mahu berbohong walaupun ia dibolehkan. Saya anggap ini

semua ujian dari Allah untuk saya. Ricky juga pernah beritahu bahawa tidak beriman seseorang

itu selagi mana tidak di uji. Mungkin ini ujian yang ingin Allah berikan pada saya. Demi akidah

ini, saya rela berkorban. Akidah ini hadiah termahal dari Allah yang harus saya pertahankan.”

“Subhanallah! Besar sungguh pengorbanan Cindy itu. Moga Allah memberikan kekuatan

padamu. insyaALLAH, kami akan bersama Cindy menghadapi ujian ini”,akhirnya Dr Azman

kembali bersuara.

Cindy merenung ke luar tingkap. Salji mula turun menandakan musim sejuk sudah pun bermula.

Moga hati mama dan papanya turut sejuk dalam menerima pengislamannya. Moga mereka juga

diberi hidayah oleh Allah S.W.T. dalam hatinya, dia berharap agar segala ujian ini dapat

ditempuhi dengan penuh sabar. Moga kekuatan terus bersamanya.

~TAMAT ~